Monday, September 5, 2011

Wenger Perkuatkan Pertahanan Arsenal



AKHIRNYA, pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger menyedari ada kelemahan dalam falsafah bola sepak beliau sekali gus membuat perubahan dengan pembelian pemain yang lebih berpengalaman lagi matang. Tahun berganti tahun kita dapat menyaksikan satu corak permainan menghibur dan kita bersabar kerana jelas satu hari kelak, pasukan Arsenal akan mencapai kejayaan memenangi piala demi piala.

Namun musim yang sepatutnya menjadi tahun kematangan pasukan Arsenal sebaliknya berlaku. Pasukan yang dikendali Wenger hilang arah tuju dan seterusnya pemain terbaik beliau ingin berhijrah. Pemergian Cesc Fabregas dan Samir Nasri menjadi satu tamparan kerana ini adalah bukti tonggak pasukan sudah hilang keyakinan dengan Gunners.


Kelemahan dan kekurangan pasukan itu terdedah di tangan pasukan yang lebih mundur tetapi Arsene Wenger tetap berdegil memegang kepada prinsip beliau. Ini bukan masalah prinsip malah ramuan yang kurang.

Kini selepas berakhirnya pintu perpindahan pemain, jelas Wenger sudah pulih daripada kepincangan dan pembelian pemain pertahanan serta pemain tengah yang boleh membawa perubahan tanpa menukar prinsip permainan 100 peratus.


Kehadiran pemain pertahanan tengah Jerman, Per Mertesacker akan membawa kestabilan dan pengalaman manakala pemain bek kiri Andre Santos adalah pemain yang selesa bertahan mahupun menyerang ala tradisi bek kiri dari Brazil.


Bersama pemain sedia ada, Bacary Sagna di bek kanan dan Thomas Vermaelen sebagai bek tengah, pasukan Arsenal bakal memiliki barisan pertahanan terbaik dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

Dua pemain tengah berpengalaman juga akan membawa corak permainan dinamis terutama Yossi Benayoun yang menunjukkan semangat serta keinginan kuat untuk berjaya.

0 comments: