Sunday, September 4, 2011

Belanda Cipta Sejarah Rekod Jaringan Baru



EINDHOVEN, Belanda – Robin van Persie meledakkan empat gol untuk membantu Belanda merekodkan kemenangan terbesar dalam sejarah apabila menewaskan San Marino 11-0 pada aksi kelayakan Euro 2012 awal pagi semalam.

Belanda membuka jaringan seawal minit keenam apabila van Persie bijak menyudahkan hantaran pemain tengah, Mark van Bommel dalam aksi Kumpulan E.

Enam minit kemudian, Wesley Sneidjer menjaringkan gol kedua menerusi remba- tan kaki kanan sebelum pemain pertaha- nan, John Heitinga menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-17.

Pemain sayap Liverpool, Dirk Kuyt menambah derita San Marino apabila bijak menyempurnakan hantaran Klaas-Jan Huntelaar untuk gol keempat Belanda pada minit ke-48.

Belanda terus mempamerkan aksi garang apabila Huntelaar menjaringkan gol kelima pada minit ke-56 sebelum disusuli tiga gol dalam tempoh 15 minit daripada penyerang Arsenal, van Persie.

Tiga gol lagi masing-masing diperoleh menerusi Sneijder, Huntelaar dan Georgi- nio Wijnaldum untuk membolehkan skuad bimbingan Bert van Marwijk memimpin saingan dalam kumpulan tersebut.

“Ini bukan satu perlawanan sukar untuk pasukan kami kerana kami beraksi dengan lebih tenang dan bermain secara berpasu- kan,” kata van Marwijk.

Kemenangan ini turut meleburkan rekod terdahulu Belanda yang mencatat kemenangan 9-0 ke atas Finland pada tahun 1912 dan Sweden (1972).

Belanda kini mendahului Kumpulan E dengan 21 mata daripada tujuh perlawa- nan, diikuti oleh Sweden dan Hungary yang mengumpul 15 mata. – Agensi


0 comments: