Monday, September 26, 2011

Beckham Malaysia akui seronok di kelab EPL

Safee Sali

Dalam masa yang sama, Safee masih berharap sarung jersi Cardiff City

Kata-kata dari Safee Sali :

SAYA rasa sudah melakukan yang terbaik dan berasa cukup gembira. Saya telah berusaha keras tetapi tidak begitu mengharap sangat kerana sedar tentang masalah permit kerja.

Apa pun saya masih berharap dapat beraksi di Cardiff. Saya benar-benar mahu menyertai Cardiff City.
Demikian kata penuh semangat dilaungkan penyerang sensasi negara, Safee Sali dipetik menerusi laporan akhbar Wales On Sunday semalam yang menggunakan tajuk Beckham Malaysia, Safee Sali berharap untuk kembali selepas ujian percubaan bersama Cardiff City.

Safee, 27, turut menyatakan bahawa banyak perkara baru dipelajarinya sepanjang tempoh dua minggu berlatih bersama skuad utama Cardiff City di bawah kendalian pengurus, Malky Mackay.

Saya sangat seronok dengan corak latihan di sini. Pemain-pemain Cardiff City juga baik dengan saya. Terasa kehadiran saya ke sini begitu dihargai.

Ia pengalaman baru bagi saya. Tahap bola sepak di sini jauh berbeza. Mackay pula seorang pengurus yang baik, seorang yang cukup jujur dan senang untuk berkerja, kata Safee.

Pemain kelahiran Kajang, Selangor itu akan menjalani latihan terakhir hari ini sebelum berlepas pulang esok dan tiba di tanah air pada Rabu.

Tambah Safee lagi: Apa pun yang terjadi pada masa akan datang, pengalaman dua minggu di Cardiff ini akan memberi impak besar dalam karier bola sepak saya


********

Kami dari Kisah Sukan tetap akan menyokong Safee Sali walau apa jua yang dihajati oleh Safee Sali, pengalaman yang Safee Sali dapat di Cardiff City satu pengalaman yang manis tidak semua rakyat Malaysia dapat peluang seperti beliau.



0 comments: