Monday, August 29, 2011

Usain Bolt Gigit Jari



DAEGU, Korea Selatan - Pelari pecut Jamaica Yohan Blake dinobatkan sebagai juara dunia acara 100 meter yang baru pada Kejohanan Olahraga Dunia di sini, semalam selepas mengetepikan bintang pilihan yang juga penyandang juara, Usain Bolt yang dibatalkan lariannya.

Bolt yang berlari di lorong kelima, melonjak awal sebelum dibatalkan penyertaannya dengan kesemua mata tertumpu kepadanya semacam tidak percaya apa yang sedang berlaku.

Bolt kemudian menanggalkan bajunya sebelum menggelengkan kepalanya beberapa kali lalu meninggalkan trek.

Sementara itu, Blake yang mengerah seluruh tenaganya pada permulaan terus memecut ke garisan penamat untuk mencatat masa terbaiknya musim ini 9.92 saat meninggalkan pemenang tempat kedua Walter Dix dari Amerika Syarikat yang mencatat masa 10.08s.

Sementara bekas juara dunia, Kim Collins dari St. Kitts and Nevis ketinggalan 0.01s di tempat ketiga.

Manchester Mengamuk



Dua pasukan Manchester, Manchester United dan Manchester City unggul dalam pertembungan menentang kelab London semalam apabila membelasah lawan masing-masing dengan jaringan besar, sekaligus meletakkan diri mereka selaku pilihan merangkul gelaran Liga Perdana musim ini.

Penyandang juara, United menambah derita Arsenal menerusi kemenangan besar 8-2 di Old Trafford hasil ledakan hatrik Wayne Rooney, dua gol daripada Ashley Young dan Nani, Park Ji-Sung serta Danny Welbeck masing-masing tidak ketinggalan menyumbat satu gol.

Terdahulu, City pula membenam Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane. Edin Dzeko menjadi pemain pertama menyumbat empat gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini manakala Samir Nasri mencipta gerakan untuk dua gol pembukaan dalam penampilan pertamanya ketika membantu Manchester City membelasah Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane, semalam.

sumber utusan.

Sunday, August 28, 2011

Barcelona Gergasi Eropah






MONACO – Barcelona terus mengukuhkan reputasi mereka sebagai kelab gergasi Eropah.

Semalam, kelab dari Sepanyol itu menjulang gelaran pertama pada musim baharu ini selepas bergelar juara Piala Super.

Ia diraih menerusi kemenangan 2-0 ke atas Porto pada aksi pembuka tirai kejuaraan Eropah.

Piala Super menemukan dua kelab Eropah membabitkan juara Liga Juara-Juara serta juara Liga Europa.

Barcelona memegang status sebagai juara Liga Juara-Juara musim lepas, manakala Porto dari Portugal merupakan juara Liga Europa.

Pada aksi pembuka tirai saingan Eropah semalam, pemain baharu Barca, Cesc Fabregas menikmati saat paling indah apabila tampil sebagai penjaring gol pada perlawanan tersebut dan ia merupakan jaringan pertamanya dalam kejohanan berprestij bersama kelab baharunya itu sejak berpindah dari Arsenal awal bulan ini.

Fabregas menemui penyudah hanya dua minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Lionel Messi meletakkan Barca di depan pada minit ke-39 untuk membantu kelab gergasi Sepanyol itu menambah koleksi kejuaraan Piala Super Eropah selepas mereka turut memenangi Piala Super Sepanyol minggu lepas. – AFP

sumber kosmo


Video Hightlights Harimau Muda Vs FC Nitra (0-1)

Latest Game




Keputusan perlawanan persahabatan di Slovakia klik di Perlawanan Terbaru Harimau Muda (klik)

3 pemain Malaysia Sah bermain di FC VION

Pemain skud olimpik negara Wan Zack Haikal Wan Noor, Mohd Irfan Fazail dan Mohd Fadhli Mohd Shas sah akan bermain di FC VION

Majlis menandatangani perjanjian dan penerimaan jersi kelab fc vion untuk trion negara di slovakia telah berlangsung pada 26/8/2011





Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan pencapaian anak muda ini yang berjaya beraksi di negara luar. Walaupun beraksi sebagai pemain pinjaman , mereka boleh berbangga kerana club FC VION berada di tangga ke 3 di liga slovakia.

Posision

Mohamad Fadhli Mohd Shas, - defender

Wan Zack Haika Wan Nor, - midfielder

Mohd Irfan -midfielder

Wednesday, August 24, 2011

Jika Pasukan Bola Sepak Layak Final Suka Sea



Jika layak ke Final Sukan Sea:

7 November 2011 - Group Stage of Sea Games
21 September 2011 - vs Japan (Away)
22 November 2011 - Final Sukan Sea
23 November 2011 - vs Syria (Home)
27 November 2011 - vs Bahrain (Home)

Berikutan jadual yang padat, FAM sedang menimbang samada membuat rayuan penundaan tarikh Final Sukan Sea atau mewujudkan Malaysia B.

Perlawanan Terbaru Harimau Muda(U23)




LATEST GAME : Malaysia U23 (0) vs FC Nitra (1)

Malaysia U23 (1) vs Moldava (0)
Malaysia U23 (2) vs Topolcany (1)
Malaysia U23 (2) vs Liptovsky Mikulas (1)
Malaysia U23 (1) vs Honved Budapest (4)
Malaysia U23 (2) vs Dolny Kubiu (0)