Thursday, September 15, 2011

Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Oman


Keputusan Penuh

Malaysia 0 - 1 Oman

(Hussain Ali 41')


Perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik Oman hari ini merupakan persiapan terakhir skuad Olimpik Malaysia sebelum bertemu Jepun pada pusingan kelayakan Olimpik 2012 bagi Kumpulan C Zon Asia pada 21 Sept ini.

Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata dalam perlawanan persahabatan tersebut di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam petang ini (Khamis), beliau akan menguji senarai pemainnya bagi melihat kelemahan yang harus diatasi sebelum membawa mereka ke Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun.

"Saya mahu melihat adakah senarai nama pemain ke Jepun nanti benar-benar sudah bersedia di samping saya mahu memperkemaskan persiapan menjelang pertemuan dengan skuad gergasi Asia itu.

"Bagaimanapun saya tidak akan turunkan Gary Steven Robbat dan Ahmad Fakri Saarani yang merupakan antara lima nama yang digugurkan selain Affize Faisal Mamat, Azrul Azmi dan penjaga gol K Sasikumar.

"Gary dan Fakri tidak dapat beraksi bertemu Jepun akibat penggantungan kad merah sebelum ini," katanya kepada Bernama Rabu.

Gary menerima kad merah ketika perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Olimpik menentang Lebanon manakala Fakri menerima kad merah ketika skuad kebangsaan bertemu Singapura pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014.

"Perlawanan persahabatan terakhir ini akan dijadikan persiapan terbaik sebelum kita berlepas ke Jepun pada 16 September untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Tosu.

"Jadi kita mempunyai lima hari untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana. Saya rasa ia amat memadai," jelas Kim Swee.

Dalam satu perlawanan persahabatan sebelum ini, skuad Olimpik negara seri tanpa jaringan ketika menentang kelab Iraq, Al-Arbil yang beraksi dalam Liga Juara Asia.

***************
Jom Meriahkan Stadium Uitm Shah Alam

Ingin diingatkan, laluan masuk penonton ke Stadium Uitm hanya melalui pintu dari Dewan Agong Tuanku Canselor dan Kolej Perindu sahaja. Laluan pintu di hadapan akan ditutup kepada semua penyokong bagi tujuan keselamatan perlawanan.-Pusat Sukan Uitm-

tags: Keputusan Malaysia vs Oman , keputusan oman vs malaysia, results malaysia vs oman

0 comments: