TUGAS yang digalas oleh pengendali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee ketika ini sememangnya cukup berat.
Selain 'menatang' harapan jutaan peminat bola sepak tempatan yang mahu pingat emas Sukan SEA dipertahankan, cabaran untuk meneruskan perjuangan bagi aksi kelaya- kan Olimpik 2012 Zon Asia juga tidak boleh dipandang sebelah mata.
Yang mana satu menjadi keutamaan Kim Swee? Jika yang dikejar tidak dapat yang dikendong pula berciciran, sudah tentu yang rugi tidak lain tidak bukan ialah Kim Swee sendiri.
Menyedari kedua-duanya sama penting, Kim Swee enggan begitu tertekan sebaliknya mahu fokus satu persatu cabaran skuad negara terlebih dahulu sekaligus menjanjikan persembahan terbaik skuad Olimpik negara pada kedua-dua kejohanan tersebut.
Menurut Kim Swee, buat masa ini beliau masih 'bertafakur' dan menilai semula kelebihan dan kekurangan skuadnya yang tewas 0-2 kepada gergasi Asia, Jepun pada aksi kelayakan Olimpik bagi Kumpulan C di Stadium Tosu, Fukuoka minggu lalu.
Walaupun masa masih panjang lantaran Sukan SEA hanya bermula No- vember depan, Kim Swee juga enggan 'menyiapkan kerja rumah' pada saat-saat akhir kerana sedar skuad kendalian beliau mempunyai misi yang cukup besar.
"Apa yang penting, saya mahu fokus satu persatu terlebih dahulu.
"Bagi saya kedua-duanya (Olimpik dan Sukan SEA) adalah sama penting, jadi anak-anak buah saya harus lebih bersedia," katanya kepada Kosmo! semalam.
Skuad Olimpik negara kini dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Palembang, Indonesia yang berjaya dimenangi anak-anak buah Datuk K. Rajagobal di Laos dua tahun lalu, sekali gus menamatkan kemarau 20 tahun Malaysia yang kali terakhir memenangi pingat emas pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.
Venue bagi aksi bola sepak begitupun hanya berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di pusat bandar Jakarta dan Stadium Lebak Bulus selepas tuan rumah bersama, Palembang secara rasmi mengesahkan tidak boleh menjadi tuan rumah pada perlawanan kelayakan kumpulan sebelum majlis perasmian Sukan SEA pada 11 November.
Selain itu, cabaran anak buah Kim Swee bagi aksi pusingan akhir kelayakan Olimpik juga masih belum pudar sekiranya berjaya mencatatkan keputusan memberangsangkan menentang Syria dan Bahrain di gelanggang keramat, Stadium Nasional, Bukit Jalil pada penghujung November depan.
Mengenai kemungkinan bahawa 'menyerang adalah pertahanan yang lebih baik' berbanding hanya bertahan 90 minit yang dilihat seolah- olah tidak menjadi ketika menentang Jepun sebelum ini, Kim Swee dengan tenang memberitahu: "Kita harus 'ukur baju di badan sendiri', Jepun sememangnya sebuah pasukan berkelas dunia.
"Daripada dibolosi begitu banyak gol, sekurang-kurangnya kita mampu menyerap tekanan serangan bertali- arus Jepun, sekali gus lebih mence- rahkan peluang kita untuk mara lebih jauh," katanya.
Dalam pada itu, mengenai kecede- raan tonggak negara, Wan Zack Haikal Wan Nor yang terpaksa dikeluar- kan semasa menentang Jepun tempoh hari, kata Kim Swee perkara itu telah dimaklumkan kepada pengeta- huan kelab pemain itu, ViOn Zlate Moravce untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya semalam mengeluarkan senarai nama yang dipilih mengikuti latihan di bawah kendalian Kim Swee pada 1 dan 9 Oktober depan.-kosmo
0 comments:
Post a Comment