Friday, September 16, 2011

Safee Sali Tunjuk Taring

 Keratan Akbar Luar Negara
KUALA LUMPUR - Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.
Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.

Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.
"Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila
mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.

"Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.

"Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan)," katanya semalam.

Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.

"Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik.
"Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain," katanya.

Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.

Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai 'David Beckham Malaysia', Zakaria berkata: "Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.
"Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City," katanya.

2 comments:

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semangat giler aq baca... aq harap safee brjaya....

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

malaysian:in the eyes of the world :)tak kire dari segi muzik:mizz nina,yuna, ct,bnkface dll dan sports,harimau malaya :)