Friday, September 23, 2011

Safee Sali Tak Peduli



KATA-KATA sumbang yang mempertikaikan pemergian penyerang Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali menjalani ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City sememangnya menyakitkan.

Dikatakan hanya membuang masa gara-gara belum tentu dipilih kerana masalah permit kerja juga ‘memadam’ terus cerita sebenar di sebalik pemergian Safee yang sebe- narnya lebih teruja menjalani latihan bersama skuad kendalian Malky Mackay itu, sekali gus menimba pengalaman berguna sepanjang ‘berguru’ di sana.

Apa lagi yang tidak puas hati sebenarnya? Safee sendiri mengakui tidak peduli dengan laporan-laporan negatif media Britain yang mempersoalkan kredibilitinya kerana dilihat tidak mampu menyele- saikan masalah ketumpulan jentera penyudah Cardiff bagi jangka masa pendek.

Apa yang penting kata pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim ialah sejauh mana kematangan Safee mengendalikan tekanan sepanjang menjalani latihan di sana, dan soal terpilih atau tidak bukannya terletak di bahu Safee.

“Safee sendiri mengakui tidak peduli dengan apa jua desas-desus negatif termasuk isu permit kerja yang jelas tidak mengganggu konsentrasinya sebagai pemain yang matang di dalam dan di luar padang.

“Apa yang penting ketika ini adalah pengalaman yang berguna sepanjang mengikuti latihan, bukan senang hendak mendapat peluang berlatih bersama pemain-pemain yang hebat di England,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! pada 19 September lalu melaporkan mengenai kesukaran yang dialami Safee bagi menyarung jersi Cardiff gara-gara masalah permit kerja.

Antaranya termasuklah ranking Malaysia yang ketika ini begitu jauh daripada syarat kelayakan kelompok 70 pasukan terbaik Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain perlu beraksi lebih 75 pera- tus dalam perlawanan berstatus A ketika mewakili pasukan kebangsaan.

Syarat permit kerja itu bagaimanapun difahamkan lebih longgar apabila Cardiff ketika ini hanya beraksi pada Liga Kejuaraan England, dan ia jelas tidak sesukar usaha sebuah lagi kelab yang beraksi di Liga Perdana England, Queen Park Rangers (QPR) yang dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmat Safee.

Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebe- lum ini juga tidak menolak kemungkinan mengenai pengecualian permit kerja itu sekiranya pemain negara dilihat benar-benar berpotensi untuk beraksi di England.

Dalam pada itu, mengenai pendapat Mackay yang dikatakan enggan ‘bersusah payah’ mendapatkan Safee jika mempunyai pilihan lain seperti mana yang dipetik media tempatan Britain, Zakaria membe- ritahu, ia cuma pendapat peribadi jurulatih tersebut.

“Safee sendiri memberitahu betapa Mackay begitu tertarik dengan disiplin dan corak permainan beliau sepanjang mengikuti latihan.

“Situasinya sama seperti memohon peluang pekerjaan, walaupun majikan mahukan kita, namun pada masa yang sama majikan lazimnya tidak mahu ambil tahu kesusahan kita sama ada kita datang kerja naik LRT ataupun tidak.

“Yang penting ialah usaha Safee memikat Mackay, itu yang paling utama. Soal permit kerja itu soal kedua,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee semasa dihubungi juga memberi jaminan akan berusaha sedaya upaya membantu penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu menyarung jersi The Bluebirds.

“Di pihak pengurusan, kami hanya menunggu ‘lampu hijau’ dari- pada Mackay, dan setakat ini ia memang satu perkembangan yang positif.

“Mackay memberitahu kami yang beliau begitu kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Safee.

“Jika Mackay betul-betul berminat, kami akan berusaha sedaya upaya membantu Safee termasuk meminjamkannya untuk beraksi sekurang-kurangnya setahun di kelab lain di Eropah sebagai salah satu syarat permit kerja.

“Sehingga kini, kita tunggu dan lihat prestasi Safee sehingga sesi ujian pemilihan berakhir sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Safee yang tiba di bumi England sejak seminggu lalu selepas mendapat pelepasan daripada kelabnya, Pelita Jaya kini kembali menjalani latihan ringan bersama rakan sepasukannya yang berjaya mara lebih jauh selepas menewaskan Lei- cester City 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan ketiga Piala Liga kelmarin.

0 comments: