Thursday, September 29, 2011

Safee Sali Intai Peluang Beraksi Dengan Kelab Elit Lain



Penyerang sensasi negara, Safee Sali berminat untuk mencuba kebolehannya dengan kelab elit lain sekiranya pasukan kelab Cardiff City tidak memilihnya beraksi bersama pasukan 'Bluebirds' itu.

Bagaimanapun, di sebalik tiada keputusan rasmi sama ada Safee terpilih menyarung jersi Cardiff City atau tidak, masih ada khabar gembira mengiringi kepulangannya ke tanah air, apabila pengurus pasukan kelab Liga Kejuaraan Inggeris itu Malky Mackay memintanya kembali untuk penilaian lanjut selama dua minggu lagi.

"Bagi saya peluang latihan 10 hari di sana tidak mencukupi kerana saya tidak berpuas hati dengan kemampuan diri sendiri. Saya sememangnya berharap dapat bermain dalam perlawanan persahabatan di sana bagi membuktikan aksi sebenar.

"Saya harapkan ada talian positif dari pihak pengurusan Cardiff dan saya sememangnya amat berminat untuk bermain di sana," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari menjalani latihan percubaan 10 hari bersama pasukan itu Rabu.

Pemain kelab Pelita Jaya di Indonesia itu berkata beliau tiada masalah mengikuti latihan yang diberikan kelab Cardiff City yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia Datuk Chan Tien Ghee tersebut.

"Walaupun saya di sana selama dua minggu, saya dapat lihat latihan yang mereka praktikkan berbeza dari segi kepantasan serta cara berfikir mereka juga lebih cepat.

"Dari segi latihan saya boleh ikuti dan cuaca pun tidak menjadi masalah," katanya.

Pemain berusia 27 tahun itu berkata sekiranya tidak dapat bermain di England, beliau sudah bersedia untuk menerima tawaran latihan dari kelab elit lain.

"Saya harap bukan saya sahaja pergi mencuba di luar sana...kalau pemain lain diberi peluang tawaran, mereka patutlah mencuba," katanya.

Dalam perkembangan lain, Safee berkata perlawanan persahabatan antarabangsa skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal menentang Australia pada 7 Okt di Brisbane ini akan memberikannya 'sengat' bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha di barisan hadapan.

"Saya lihat Norshahrul sudah pulih dan prestasinya dalam Piala Malaysia mewakili Kelantan pun dilihat bagus. Ini merupakan satu khabar yang baik untuk skuad kebangsaan," katanya.

Selepas perlawanan persabatan itu, beliau dijadualkan pulang ke Indonesia mewakili Pelita Jaya bagi mengharungi saingan Liga Super Indonesia yang bermula 9 Okt ini.

-- BERNAMA

Aziz Ismail, Baddrol & Asrar Perkuat Skuad Sukan Sea, Olimpik

Seorang lagi bintang dalam pembikinan dari Kelantan, Abd Aziz Ismail antara yang dipanggil menjalani latihan bersama skuad bawah 23 tahun kebangsaan bimbingan Ong Kim Swee sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan Sea 2011 hujung tahun ini.



Aziz Ismail

 Tiada kejutan besar dilakukan Kim Swee yang berdepan cabaran hebat dalam mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Vientiane, Laos, 2 tahun lalu, apabila memanggil semula beberapa pemain lain yang digugurkan sebelum ini antaranya Fakri Saarani.

Sementara itu, dua pemain skuad senior kebangsaan, Asrarudin Putra Omar dan Baddrol Bakhtiar dipanggil memperkuat skuad B-23 tahun kebangsaan selepas berjaya mempamer prestasi meyakinkan dalam saingan Liga Malaysia yang sedang rancak berlangsung ketika ini.

Baddrol Bakhtiar

Pasukan B-23 tahun kebangsaan akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Jemputan Antarabangsa Piala VFF di Hanoi, Vietnam dari 17 hingga 24 Oktober depan.

Senarai penuh skuad B-23 tahun kebangsaan (Sukan Sea) yang dikehendaki melapor diri pada 1 Oktober 2011 :

Fakri Saarani, Hazwan Bakri, See Kok Luen, Faizal Abu Bakar, Aziz Ismail, Izuan Solahudin, Syazwan Roslan, Azrul Azmi, D.Sarvindran, Abdul Shukor Jusoh, A.Tamil Arasu, Ferris Danial Mat Nasir, Gary Steven Robbat, Nazirul Naim Che Hashim, Amer Saidin, Fandi Othman, Izham Tarmizi, Zamir Selamat, K.Sasikumar, Nazmi Faiz Mansor, Syazwan Tajuddin.

Manakala 12 lagi pemain, dikehendaki melapor diri ke kem skuad Olimpik/B-23 pada 9 Oktober 2011.

Khairul Fahmi Che Mat, Zubir Azmi, Yong Kuong Yong, Baddrol Bakhtiar, Asrarudin Putra Omar, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, G.Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan, Syarul Azwari, Wan Zaharulnizam, K.Rubben.

Wednesday, September 28, 2011

Senarai Skuad Australia Menentang Malaysia




Goalkeepers

Mark Schwarzer - Fulham (injured)
Adam Federici - Reading

Defenders

Lucas Neill - Al Jazira
Sasa Ognenovsk - Seongnam Ilhwa
Michael Zullo - FC Utrecht
Luke Wilkshire - Dinamo Moscow
Rhys Williams - Middlesbrough
Matt Spiranovic - Urawa Reds

Midfielders

Tim Cahill - Everton (injured)
Matt McKay - Rangers
Brett Holman - AZ Alkmaar
Mile Jedinak - Crystal Palace
Neil Kilkenny - Bristol City
Carl Valeri - Sassuolo
James Troisi - Kayserispor
Adam Sarota - FC Utrecht

Strikers

Joshua Kennedy - Nagoya Grampus
Alex Brosque - Shimizu S-Pulse
Robbie Kruse - Fortuna Dusseldorf


***********

Pemain yang harus diberi pastinya tim cahill, pemain negara kita seharusnya menggunakan peluang ini untuk menimba pengalaman yang berguna bila perlawanan persahabatan ini berlangsung

Apa pun kami dari kisah sukan mengharapkan pasukan olimpik negara kita memberi tentangan yang sengit.

Senarai skuad pasukan negara kita ke Australia belum pasti lagi..akan kami update kemudian,

Kami dari Kisah Sukan teringatkan pemain kelahiran negara kita yang berada di Australia bernama Brendan Gan, kan bagus kalau Brendan Gan berada bersama skuad kita..('',)




Sekian

Tuesday, September 27, 2011

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2011




Pasukan yang bakal berentap di suku akhir nanti :


N. SEMBILAN vs FELDA UNITED

T-TEAM vs SABAH

KELANTAN vs TERENGGANU

PERAK vs SELANGOR


Perlawanan pertama suku akhir berlangsung pada 10/10/11 dan perlawanan kedua suku akhir akan berlangsung pada 14/10/11

Perlawanan ini ditunda kerana pasukan negara kita akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan bola sepak Australia dari 4/10/11 ke 8/10/11 di Australia


*******

Dua Bekas Bintang EPL Mantap Skuad Pilihan Selangor

 Jesper Blomqvist dan Jason McAteer.


KUALA LUMPUR, - Pasukan pilihan Selangor akan diperkuatkan dengan dua bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) pada perlawanan bola sepak menentang pilihan Singapura pada edisi ke-10 Piala Sultan Selangor pada 1 Okt ini.

Pengerusi jawatankuasa penganjur Datuk Abdul Karim Munisar berkata dua pemain tengah EPL tersebut ialah bekas pemain Manchester United, Jesper Blomqvist dan bekas pemain kelab Liverpool, Jason McAteer.

"Saya harap kehadiran dua bekas pemain kelab terkenal England itu dapat menarik lebih ramai penonton dan peminat kelab Inggeris itu menyaksikan perlawanan tahunan itu di Stadium Shah Alam," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Blomqvist, yang kini menjadi jurulatih sebuah kelab di Sweden, dijangka tiba di Malaysia Khamis depan manakala McAteer, yang bermain sambilan di England, akan tiba pada hari berikutnya.

Abdul Karim berkata sejumlah 15,000 tiket telah dijual setakat ini bagi perlawanan tersebut sempena ulang tahun ke-10 pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah.
- BERNAMA

**************

Khabar angin sebelum ini yang mengatakah Paul Scool sangat merepek...('',)


Kim Swee tidak mahu bersikap terburu-buru



TUGAS yang digalas oleh pengendali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee ketika ini sememangnya cukup berat.

Selain 'menatang' harapan jutaan peminat bola sepak tempatan yang mahu pingat emas Sukan SEA dipertahankan, cabaran untuk meneruskan perjuangan bagi aksi kelaya- kan Olimpik 2012 Zon Asia juga tidak boleh dipandang sebelah mata.

Yang mana satu menjadi keutamaan Kim Swee? Jika yang dikejar tidak dapat yang dikendong pula berciciran, sudah tentu yang rugi tidak lain tidak bukan ialah Kim Swee sendiri.

Menyedari kedua-duanya sama penting, Kim Swee enggan begitu tertekan sebaliknya mahu fokus satu persatu cabaran skuad negara terlebih dahulu sekaligus menjanjikan persembahan terbaik skuad Olimpik negara pada kedua-dua kejohanan tersebut.

Menurut Kim Swee, buat masa ini beliau masih 'bertafakur' dan menilai semula kelebihan dan kekurangan skuadnya yang tewas 0-2 kepada gergasi Asia, Jepun pada aksi kelayakan Olimpik bagi Kumpulan C di Stadium Tosu, Fukuoka minggu lalu.

Walaupun masa masih panjang lantaran Sukan SEA hanya bermula No- vember depan, Kim Swee juga enggan 'menyiapkan kerja rumah' pada saat-saat akhir kerana sedar skuad kendalian beliau mempunyai misi yang cukup besar.

"Apa yang penting, saya mahu fokus satu persatu terlebih dahulu.

"Bagi saya kedua-duanya (Olimpik dan Sukan SEA) adalah sama penting, jadi anak-anak buah saya harus lebih bersedia," katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad Olimpik negara kini dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Palembang, Indonesia yang berjaya dimenangi anak-anak buah Datuk K. Rajagobal di Laos dua tahun lalu, sekali gus menamatkan kemarau 20 tahun Malaysia yang kali terakhir memenangi pingat emas pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.

Venue bagi aksi bola sepak begitupun hanya berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di pusat bandar Jakarta dan Stadium Lebak Bulus selepas tuan rumah bersama, Palembang secara rasmi mengesahkan tidak boleh menjadi tuan rumah pada perlawanan kelayakan kumpulan sebelum majlis perasmian Sukan SEA pada 11 November.

Selain itu, cabaran anak buah Kim Swee bagi aksi pusingan akhir kelayakan Olimpik juga masih belum pudar sekiranya berjaya mencatatkan keputusan memberangsangkan menentang Syria dan Bahrain di gelanggang keramat, Stadium Nasional, Bukit Jalil pada penghujung November depan.

Mengenai kemungkinan bahawa 'menyerang adalah pertahanan yang lebih baik' berbanding hanya bertahan 90 minit yang dilihat seolah- olah tidak menjadi ketika menentang Jepun sebelum ini, Kim Swee dengan tenang memberitahu: "Kita harus 'ukur baju di badan sendiri', Jepun sememangnya sebuah pasukan berkelas dunia.

"Daripada dibolosi begitu banyak gol, sekurang-kurangnya kita mampu menyerap tekanan serangan bertali- arus Jepun, sekali gus lebih mence- rahkan peluang kita untuk mara lebih jauh," katanya.

Dalam pada itu, mengenai kecede- raan tonggak negara, Wan Zack Haikal Wan Nor yang terpaksa dikeluar- kan semasa menentang Jepun tempoh hari, kata Kim Swee perkara itu telah dimaklumkan kepada pengeta- huan kelab pemain itu, ViOn Zlate Moravce untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya semalam mengeluarkan senarai nama yang dipilih mengikuti latihan di bawah kendalian Kim Swee pada 1 dan 9 Oktober depan.-kosmo

Monday, September 26, 2011

Beckham Malaysia akui seronok di kelab EPL

Safee Sali

Dalam masa yang sama, Safee masih berharap sarung jersi Cardiff City

Kata-kata dari Safee Sali :

SAYA rasa sudah melakukan yang terbaik dan berasa cukup gembira. Saya telah berusaha keras tetapi tidak begitu mengharap sangat kerana sedar tentang masalah permit kerja.

Apa pun saya masih berharap dapat beraksi di Cardiff. Saya benar-benar mahu menyertai Cardiff City.
Demikian kata penuh semangat dilaungkan penyerang sensasi negara, Safee Sali dipetik menerusi laporan akhbar Wales On Sunday semalam yang menggunakan tajuk Beckham Malaysia, Safee Sali berharap untuk kembali selepas ujian percubaan bersama Cardiff City.

Safee, 27, turut menyatakan bahawa banyak perkara baru dipelajarinya sepanjang tempoh dua minggu berlatih bersama skuad utama Cardiff City di bawah kendalian pengurus, Malky Mackay.

Saya sangat seronok dengan corak latihan di sini. Pemain-pemain Cardiff City juga baik dengan saya. Terasa kehadiran saya ke sini begitu dihargai.

Ia pengalaman baru bagi saya. Tahap bola sepak di sini jauh berbeza. Mackay pula seorang pengurus yang baik, seorang yang cukup jujur dan senang untuk berkerja, kata Safee.

Pemain kelahiran Kajang, Selangor itu akan menjalani latihan terakhir hari ini sebelum berlepas pulang esok dan tiba di tanah air pada Rabu.

Tambah Safee lagi: Apa pun yang terjadi pada masa akan datang, pengalaman dua minggu di Cardiff ini akan memberi impak besar dalam karier bola sepak saya


********

Kami dari Kisah Sukan tetap akan menyokong Safee Sali walau apa jua yang dihajati oleh Safee Sali, pengalaman yang Safee Sali dapat di Cardiff City satu pengalaman yang manis tidak semua rakyat Malaysia dapat peluang seperti beliau.



Safee Sali Ada Peminat Di Cardiff City

  GAME MASA CARDIFF VS LEICHESTER UNITED DLM AKSI CARLING CUP. SAFEE SALI HANYA MENYAKSIKANNYA DI BANGKU KOSONG..


Dari gambar ini pasti ada yang mengatakan budak-budak sahaja yang minat pada Safee Sali, tetapi bagi kami itu tanggapan negetif..!!!


Di sana mereka puja footballer yang ada,tidak kira devision berapa pun mereka masih menghormati setiap pemain dan memujanya. Kalau di Malaysia kita mengamalkan sikap seperti itu kami yakin mutu pemain kita akan lebih berkembang.




Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bangga dengan pencapain Safee Sali setakat ini, walaupun tidak dapat bermain di sana tetapi Safee Sali berjaya mengharumkan nama negara., orang luar memuji pemain kita, tetapi kebanyakan rakyat Malaysia mengutuk pemain negara kita sendiri itu yang terkeluarnya kata-kata #somalaysian...




Gambar Safee Sali di Cardiff City klik SINI <---


Biodata Safee Sali klik SINI <---


Sekian.. 

 

Saturday, September 24, 2011

Man. United cipta fenomena baru


DARI KIRI, Nani, Anderson, Wayne Rooney dan Hernandez antara tonggak muda yang menjadikan permainan Manchester United lebih pantas dan bertenaga pada awal musim baru. - REUTERS


MUSIM baru Liga Perdana Inggeris (EPL) baru saja memasuki perlawanan kelima tetapi Manchester United sudah mencetus satu fenomena baru.

Lima kemenangan dicipta dengan jumlah jaringan besar iaitu 21 gol, satu permulaan garang dan mengejutkan buat peminat setia kelab tersebut kerana United biasanya sering bermula lembap pada awal musim.

Siapa boleh lupa aksi hebat United membaham Arsenal 8-2 pada 28 Ogos lalu? Kekalahan terburuk dalam tempoh 125 tahun sepanjang penubuhan Gunners dan United.

Keputusan tersebut mengejutkan ramai pemerhati bola sepak walaupun Arsenal pada masa itu tidak dapat menurunkan ramai pemain utama.

Bermula dengan menang tipis 2-1 ke atas West Brom, itu pun ihsan gol sendiri Steven Reid di minit ke-81. Namun, Red Devils bagaikan dirasuk bermula dari perlawanan kedua.

Selepas membenam Tottenham 3-0, mereka menang besar 8-2 ke atas Arsenal, diikuti membelasah Bolton 5-0 di Stadium Reebok. Kemenangan terbaru adalah menewaskan pencabar utama liga, Chelsea 3-1 pada 18 Septemberlalu.

Kali terakhir United memulakan musim dengan hebat adalah pada 1985 di bawah kendalian Ron Atkinson apabila menang 10 perlawanan pertama. Namun, mereka dipintas oleh Liverpool selepas memasuki separuh saingan.

Apa rahsia kejayaan United yang amat garang pada awal musim ini? Jika ditanya kebanyakan peminat setia mereka, sudah tentu ramai yang merujuk kepada Wayne Rooney yang kembali menemui sentuhan pemusnah dalam semua perlawanan.

Hanya selepas lima perlawanan, Rooney sudah menyumbat sembilan gol, permulaan cemerlang yang tidak dijangkakan kerana penyerang itu mempamer aksi kurang konsisten musim lalu.

Namun, berdasarkan statistik, rekod jaringan menakjubkan Rooney sebenarnya dibantu oleh kehadiran bintang baru dari Aston Villa, Ashley Young, selain sayap Portugal, Nani.

Young yang semakin mengukuhkan kedudukan dalam skuad England mempunyai chemistry yang baik dengan Rooney dan tahu apa yang diperlukan oleh anak emas Ferguson itu.

Mengikut statistik awal musim EPL, Young merupakan pemain paling banyak melakukan hantaran dan membantu rakan mencipta jaringan (lima), diikuti Nani tiga.

Tidak dinafikan, Young adalah permata baru United dan pembelian paling berbaloi Ferguson jika aksi sepanjang Ogos dan September dijadikan penilaian. Kehadirannya di Old Trafford nyata menceriakan Rooney.

Nama lain yang turut membawa perbezaan besar dalam skuad United musim ini adalah pemain muda seperti Phil Jones, Chris Smalling, Tom Cleverly, selain Danny Welbeck.

Ini merupakan berita baik buat Ferguson andai berdepan kecemasan, seperti kecederaan atau penggantungan pemain utama. Dia masih memiliki skuad mantap sekalipun hanya menurunkan barisan kedua.

Ketika ini, hanya Manchester City dilihat mampu memberi cabaran hebat kepada United dalam merebut gelaran liga pada ketika kelab besar lain - Chelsea, Liverpool, Arsenal atau Tottenham belum menunjukkan aksi yang cukup meyakinkan.

Namun begitu, walaupun memiliki ramai pemain berkualiti, Ferguson perlu memberi peningkatan kepada anak-anak buahnya agar tidak bersikap lewa kerana sejarah membuktikan banyak pasukan yang bermula baik pada awal musim akhirnya kecundang ketika saingan memasuki fasa akhir. Lihat apa yang terjadi Chelsea kepada musim lalu dan Arsenal pada saingan 2007/08.

Friday, September 23, 2011

Malaysia Lagi Hebat Dari Jepun..!!!!




 Siapa kata Jepun lagi hebat dari Malaysia...?????


Kita sebagai rakyat MALAYSIA harus berbangga menjadi rakyat MALAYSIA.., walaupun pasukan Olimpik Malaysia kalah pada pasukan  Olimpik Jepun pada perlawanan bola sepak



Itu belum menjaminkan yang JEPUN lagi hebat dari MALAYSIA ok..!! tak percaya tengok keputusan terbaru dibawah ini..



Datuk Lee Chong Wei (malaysia) vs Kinechi Tago (jepun)

21 - 23, 21 -7 , 21-18.



Datuk Lee Chong Wei telah menafikan kata-kata yang jepun lagi hebat dari malaysia...('',)

Kami dari Sukan Kita mengharapkan rakyat Malaysia terus menyokong pasukan bola sepak kita...

Sekadar Menaikan Semangat Penyokong...


Tahniah Lee Chong Wei


LOVE U ALL

Safee Sali Tak Peduli



KATA-KATA sumbang yang mempertikaikan pemergian penyerang Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali menjalani ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City sememangnya menyakitkan.

Dikatakan hanya membuang masa gara-gara belum tentu dipilih kerana masalah permit kerja juga ‘memadam’ terus cerita sebenar di sebalik pemergian Safee yang sebe- narnya lebih teruja menjalani latihan bersama skuad kendalian Malky Mackay itu, sekali gus menimba pengalaman berguna sepanjang ‘berguru’ di sana.

Apa lagi yang tidak puas hati sebenarnya? Safee sendiri mengakui tidak peduli dengan laporan-laporan negatif media Britain yang mempersoalkan kredibilitinya kerana dilihat tidak mampu menyele- saikan masalah ketumpulan jentera penyudah Cardiff bagi jangka masa pendek.

Apa yang penting kata pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim ialah sejauh mana kematangan Safee mengendalikan tekanan sepanjang menjalani latihan di sana, dan soal terpilih atau tidak bukannya terletak di bahu Safee.

“Safee sendiri mengakui tidak peduli dengan apa jua desas-desus negatif termasuk isu permit kerja yang jelas tidak mengganggu konsentrasinya sebagai pemain yang matang di dalam dan di luar padang.

“Apa yang penting ketika ini adalah pengalaman yang berguna sepanjang mengikuti latihan, bukan senang hendak mendapat peluang berlatih bersama pemain-pemain yang hebat di England,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! pada 19 September lalu melaporkan mengenai kesukaran yang dialami Safee bagi menyarung jersi Cardiff gara-gara masalah permit kerja.

Antaranya termasuklah ranking Malaysia yang ketika ini begitu jauh daripada syarat kelayakan kelompok 70 pasukan terbaik Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain perlu beraksi lebih 75 pera- tus dalam perlawanan berstatus A ketika mewakili pasukan kebangsaan.

Syarat permit kerja itu bagaimanapun difahamkan lebih longgar apabila Cardiff ketika ini hanya beraksi pada Liga Kejuaraan England, dan ia jelas tidak sesukar usaha sebuah lagi kelab yang beraksi di Liga Perdana England, Queen Park Rangers (QPR) yang dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmat Safee.

Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebe- lum ini juga tidak menolak kemungkinan mengenai pengecualian permit kerja itu sekiranya pemain negara dilihat benar-benar berpotensi untuk beraksi di England.

Dalam pada itu, mengenai pendapat Mackay yang dikatakan enggan ‘bersusah payah’ mendapatkan Safee jika mempunyai pilihan lain seperti mana yang dipetik media tempatan Britain, Zakaria membe- ritahu, ia cuma pendapat peribadi jurulatih tersebut.

“Safee sendiri memberitahu betapa Mackay begitu tertarik dengan disiplin dan corak permainan beliau sepanjang mengikuti latihan.

“Situasinya sama seperti memohon peluang pekerjaan, walaupun majikan mahukan kita, namun pada masa yang sama majikan lazimnya tidak mahu ambil tahu kesusahan kita sama ada kita datang kerja naik LRT ataupun tidak.

“Yang penting ialah usaha Safee memikat Mackay, itu yang paling utama. Soal permit kerja itu soal kedua,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee semasa dihubungi juga memberi jaminan akan berusaha sedaya upaya membantu penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu menyarung jersi The Bluebirds.

“Di pihak pengurusan, kami hanya menunggu ‘lampu hijau’ dari- pada Mackay, dan setakat ini ia memang satu perkembangan yang positif.

“Mackay memberitahu kami yang beliau begitu kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Safee.

“Jika Mackay betul-betul berminat, kami akan berusaha sedaya upaya membantu Safee termasuk meminjamkannya untuk beraksi sekurang-kurangnya setahun di kelab lain di Eropah sebagai salah satu syarat permit kerja.

“Sehingga kini, kita tunggu dan lihat prestasi Safee sehingga sesi ujian pemilihan berakhir sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Safee yang tiba di bumi England sejak seminggu lalu selepas mendapat pelepasan daripada kelabnya, Pelita Jaya kini kembali menjalani latihan ringan bersama rakan sepasukannya yang berjaya mara lebih jauh selepas menewaskan Lei- cester City 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan ketiga Piala Liga kelmarin.

Liga bola Indonesia di saluran Astro



JAKARTA - Populariti penyerang Malaysia, Mohd. Safee Sali menerusi kelab Pelita Jaya, menarik minat syarikat produksi Broadway Media untuk menyiarkan perlawanan bola sepak Liga Perdana Indonesia musim baru di negara ini.

Bermula 8 Oktober ini, Broadway Media bakal menyiarkan perlawanan Liga Perdana Indonesia menerusi saluran berbayar, Pelangi dan Bintang di stesen televisyen satelit pertama negara, Astro.

Pengerusi Eksekutif Broadway Media, Datuk Syed Ahmad Khalid Syed Mohammed berkata, selain kejayaan Safee di Indonesia, penayangan Liga Perdana Indonesia di Astro akan membantu membuka lembaran baru industri bola sepak Malaysia.

"Broadway Media menyediakan platform yang turut membuka ruang kepada usaha meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.

"Kita percaya banyak hal yang boleh industri bola sepak Malaysia pelajari daripada Liga Perdana Indonesia menerusi kerjasama yang dimeterai ini," kata Syed Ahmad di sini, baru-baru ini.

Syed Ahmad mewakili Broadway Media menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PT Liga Prima Indonesia yang merupakan pengelola pertandingan bola sepak profesional Indonesia, Liga Perdana Indonesia yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Widjajanto.

Menyaksikan majlis menandatangani MoU itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Andi Mallarangeng.

Menerusi MoU itu, kata Syed Ahmad, Broadway Media memperoleh hak untuk menayangkan perlawanan berkenaan di saluran Bintang (saluran 141, Astro) dan Pelangi (saluran 142, Astro) serta untuk tayangan di Brunei. - Utusan

Thursday, September 22, 2011

Safee serasi bersama Cardiff


 
BIAR pun baharu seminggu bersama Cardiff City, Mohd. Safee Sali kini semakin serasi dengan gaya permainan bola sepak England yang terkenal dengan corak serangan pantas.

Penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya itu telah menjaringkan lebih lima gol sepanjang sesi latihan bersama Cardiff.

Malah, penyerang prolifik negara itu antara penyerang kegemaran bagi pengurus Cardiff, Malky Mackay yang dilihat semakin stabil bersama Bluebirds apabila mempamerkan semangat dan disiplin yang tinggi.

Pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim memberitahu, Safee kini beraksi dengan lebih tenang dan sentiasa memperbaiki mutu permainannya sepanjang sesi latihan bersama kelab dari England itu.

“Gaya permainan yang ada pada Safee antara faktor jelas mengapa pengurus Cardiff selesa menjadikannya pilihan utama sepanjang sesi latihan.

“Dia (Safee) yang kini beraksi dengan lebih tenang dan konsisten, pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk terus mempamerkan aksi cemerlang sepanjang sesi latihan demi memikat pengurus (Mackay).

“Nyata, pihak pengurus Cardiff berpuas hati dengan prestasi Safee bersama pasukan yang dikenali Bluebirds yang dilihat semakin positif,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurutnya, nasib Safee yang hanya mempunyai baki seminggu lagi untuk menjalani latihan di England bergantung kepada pihak pengurusan Cardiff.

“Sama ada keputusan itu akan diumumkan sebelum Safee pulang ke Malaysia pada 28 September ini atau selepas beraksi bersama Pelita Jaya, semuanya bergantung kepada pihak pengurusan Cardiff.

“Sekiranya Cardiff berminat untuk mendapatkan khidmat Safee, mereka akan berunding dengan Pelita Jaya bagi melengkapkan perpindahan sensasi ini,” katanya.

Jelas Zakaria, meskipun Safee gagal di England, ia tidak bermakna perjuangan bekas pemain Selangor itu berakhir malah dengan pengalaman berharga ini, mutu permainan Safee pasti menyumbangkan sesuatu kepada negara kelak.

“Berjaya atau tidak, Safee telah pun mempamerkan aksi cemerlang sepanjang bersama Cardiff. Apa pun, saya berharap semua masyarakat di Malaysia mendoakan kejayaan Safee untuk bergelar pemain pertama negara beraksi di pentas Eropah.-kosmo


Gambar Safee Sali di Cardiff City klik SINI

Wednesday, September 21, 2011

Live Streaming Malaysia vs Japan


Malam ini perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia, malah rakyat Jepun juga. Perlawanan yang sangat menarik, olimpik Malaysia akan bertandang di Stadium Tosu, Japan. Perlawanan ini adalah perlawanan peringkat kumpulan yang akan menentukan sama ada Malaysia layak atau tidak akan pergi ke olimpik London 2012 nanti. Selain Jepun, Malaysia juga turut bersama pasukan Syria dan Bahrain

Rk.Kumpulan C:PMSKJBMata
1.Bahrain0000000
2Japan0000000
3Malaysia0000000
4Syria0000000



Barisan Kemungkinan

 Mari kita doakan kejayaan pasukan Harimau Muda


  Siaran Langsung

Tv2 Dan Astro Arena

(6.45 pm).

Ataupun Live Streaming di Bawah

klik SINI , SINI , SINI



Gambar Pemain Malaysia Sebelum Perlawanan Dengan Jepun

Malaysian Olympic team in Fukouka City. Japan vs Malaysia






Gambar diambil di Facebook Kris Yong



Dinner in the Sea Hawk Hilton Hotel









In the dressing room before official training at the Tosu Stadium.






Nampaknya semua pemain dalam keadaan bersedia sepenuhnya...doakan kejayaan pasukan Harimau Muda...!!!!! 

Senarai 26 Pemain Malaysia vs Australia 2011



Desas-desus negatif mengatakan pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal sering ‘pilih kasih’ dalam membentuk pasukannya sebelum ini sememangnya tidak berasas.

Semalam, dua tonggak kebangsaan, Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal yang selama ini dilihat sering menjadi keutamaan Rajagobal tiba-tiba ‘tercicir’ daripada senarai 26 pemain yang terpilih menjelang aksi persahabatan menentang Australia di Sydney pada 10 Oktober depan.

Meskipun Safiq difahamkan terpinggir gara-gara penggantungan setelah mendapat kad merah semasa menentang Singapura pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini, ketiadaan Amirulhadi dalam senarai pemain kali ini sememangnya mengejutkan.

Tidak mustahil, prestasi hambar yang ditunjukkan oleh Safiq dan Amirulhadi ketika mewakili Selangor pada kancah saingan Piala Malaysia kali ini juga antara penyebab mengapa kedua-dua pemain itu digugurkan daripada senarai pemain negara bagi menentang Socceroos kelak.


SENARAI PENUH PEMAIN MALAYSIA VS AUSTRALIA


PENJAGA GOL

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA), Farizal Marlias (N.Sembilan FA), Norazlan Razali (Kuala Lumpur FA).

PERTAHANAN

Mahali Jasuli (Harimau Muda A), Norhafiz Zamani Misbah (N.Sembilan FA), Mohd Muslim Ahmad (Harimau Muda A), Fadhli Shas (Harimau Muda A/ loan to ViOn Zlaté Moravce), Farisham Ismail (Kelantan FA), Faizal Muhammad (Harimau Muda A/ loan to Terengganu FA), Asrarudin Putra Omar (Selangor FA), Zubir Azmi (Terengganu FA).

TENGAH

Amar Rohidan (Kedah FA), Baddrol Bakhtiar (Kedah FA), Khyril Muhymeen Zambri (Kedah FA), S. Kunanlan (N.Sembilan FA), Joseph Kalang Tie (Terengganu FA), Shahrom Kalam (Kuala Lumpur FA), Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur FA), K. Gurusamy (Harimau Muda A), Wan Zaharul Nizam (Harimau Muda A).

PENYERANG

Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A), Syahrul Azwari (Harimau Muda A), K. Reuben (UKM), Shahrizal Saad (Johor FC), Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan FA), Safee Sali (Pelita Jaya).


AUSTRALIA VS MALAYSIA
Stadium Canberra, Australia
07/10/2011(Jumaat)
Jam 8:00pm(6:00 petang waktu Malaysia)





Tuesday, September 20, 2011

Kim Swee "Larang" Media Jepun




KUALA LUMPUR - Sejak tiba di Jepun Ahad lalu, jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee mengamalkan dasar 'tutup pintu' apabila tidak membenarkan media Jepun membuat sebarang liputan pada sesi latihan pasukan kebangsaan.

Bukan mahu merahsiakan kekuatan dan strategi yang akan digunakan pada perlawanan Kelayakan Olimpik esok, Kim Swee menegaskan dia bertindak demi memastikan anak-anak buahnya tidak terganggu menjelang pertemuan dengan Samurai Biru.

"Memang saya tidak memberi ruang kepada media di sini membuat liputan sesi latihan kami. Saya lebih menekankan fokus pemain supaya tidak terganggu.

"Mungkin esok (hari ini) baru saya akan berikan kelonggaran buat media Jepun buat liputan sesi latihan terakhir, iaitu sehari sebelum perlawanan.

"Buat masa ini, saya tidak mendengar apa-apa pandangan Jepun terhadap pasukan Malaysia.

"Itu tidak penting kerana saya hanya menumpukan perhatian kepada kekuatan sendiri, " katanya yang dihubungi, semalam.

Malaysia memulakan langkah pertama saingan Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012 berdepan Jepun, yang diletakkan sebagai pilihan utama untuk menempah tiket ke London di Stadium Tosu esok, pukul 6.45 petang waktu tanah air.

Menyentuh persiapan skuad negara, Kim Swee berkata, pemain tidak menghadapi masalah besar menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang sedikit berangin dan lembap di Wilayah Saga.

"Suhu ketika latihan adalah sekitar 20 ke 23 darjah celsius. Dijangkakan pada hari perlawanan nanti, suhu akan mencecah bawah 20 darjah celsius.

"Ia tidak menjadi masalah besar buat pemain yang pernah mendapat pendedahan di Slovakia, yang hampir sama dengan cuaca di sini, malah cuaca di Slovakia lebih sejuk," katanya.

Namun, skuad Olimpik mendapat perkhabaran kurang menggembirakan apabila dua tonggak tengah, Mohd. Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Noor masih dibelenggu kecederaan.

Kim Swee mengakui masalah itu mampu menjejaskan rentak pasukan.

"Jika mereka tidak dapat diturunkan, memang ia boleh mengurangkan kualiti bahagian tengah, tetapi saya ada perancangan lain kerana pengganti mereka mampu menjalankan peranan jika diturunkan.

"Namun saya optimis mereka boleh beraksi," katanya.






Monday, September 19, 2011

Gambar Safee Sali di Cardiff City

Salam.


Kami di Sukan Kita ingin berkongsi gambar safee sali training di cardiff city


Ramai yang sedia maklum penyerang kebangsaan Safee Sali sekarang berada di Cardiff City untuk menjalani latihan disana.


Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berasa bangga dan memberi sokongan kepada penyerang luar biasa kelahiran negara kita








 

Sama-sama kita doakan kejayaan Safee Sali dalam karier bola sepaknya disamping mengharumkan nama negara

Biodata Safee Sali klik SINI<--

tags : gambar safee sali di cardiff city, gambar safee sali training di england, gambar safee sali training di cardiff city



Paul Scholes sarung jersi Selangor?




BAGAIKAN mimpi jadi realiti.

Itu tanggapan peminat bola sepak tempatan sekiranya bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes menyarung jersi Selangor pada perlawanan Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 menentang Singapura 1 Oktober depan, lapor AHMAD FAZLI MOHD. YADI.

Spekulasi itu timbul apabila legenda United itu menepati kriteria pemain import yang dimaksudkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi memperkuatkan skuad Gergasi Merah pada pertandingan itu kelak.

Selain itu, FAS juga difahamkan turut berminat untuk membawa bekas pemain Liverpool untuk digandingkan bersama Scholes yang menjaringkan 150 gol sepan- jang 676 penampilan bersama United.

Apa yang pasti, ribuan penyokong setia bola sepak tanah air pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan dua bekas pemain Liga Perdana England ini menyarungkan jersi Gergasi Merah dengan lebih dekat.

Seandainya desas-desus itu menjadi kenyataan, satu lagi seja- rah bola sepak tanah air bakal tercipta apabila menyaksikan kelibat Scholes dan bekas pemain Liverpool beraksi bersama bekas penyerang Selangor, Mohd. Safee Sali untuk merobek gawang Sang Singa di Stadium Shah Alam.

Namun pengerusi penganjur PSS, Datuk Abd. Karim Munisar bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu, sambil memberi- tahu, teka-teki itu hanya akan terjawab sebaik pengumuman rasmi senarai penuh pemain Sela- ngor hari ini.

"Kita telah mengenal pasti dua pemain import itu tetapi buat masa ini tidak dapat mengumumkan nama mereka kerana kami masih menunggu persetujuan daripada mereka.

"Setakat ini perkara ini masih dalam proses rundingan dan akan diumumkan kelak," jelasnya.

-kosmo

Saturday, September 17, 2011

Jadual dan Keputuan Malaysia di Kejohanan AFF U19 2011

UPDATE


  
Jadual, Keputusan, Kedudukan
 
Tarikh : September 8-20, 2011

Venue : Youth Training Center, Yangon, Myanmar

Kumpulan A : Thailand, Singapura, Filipina, Malaysia dan Kemboja
Kumpulan B : Myanmar, Indonesia, Laos, Vietnam dan Brunei

Jadual Perlawanan

Sept 09, 2011 (Jumaat): Cambodia 0-0 Malaysia
Sept 11, 2011 (Ahad)): Malaysia 0-1 Thailand
Sept 13, 2011 (Selasa): Singapore 0-6  Malaysia  
Sept 17, 2011 (Sabtu): Malaysia 6-0 Philippines new


*Malaysia layak memasuki separuh akhir menentang Vietnam pada 19 Sept.


kredit ; malaysiafootball

tags : keputusan malaysia di aff u19 2011, result malaysia vs thailand aff u19 2011, keputusan malaysia vs singapore aff u19 2011, result singapore vs malaysia aff u19 2011, result malaysia vs philippines aff u19 2011

Video Hightlights Malaysia U-23 vs Oman U-23


Vidio Perlawanan persahabatan Olimpik Malaysia vs Olimpik Oman.


Perlawanan persahabatan ini turut di hadiri trio pemain kebangsaan yang bermain di FC Vion



Kekalahan ini agak mengecewakan peminat pasukan Malaysia, tetapi pujian harus diberikan kerana memberi saingan kepada pihak lawak

Jurulatih Oman turut memuji persembahwan permain pasukan Malaysia.


tags : video malaysia vs oman, keputusan malaysia vs oman,

Friday, September 16, 2011

Jadual dan Keputuan Malaysia di Kejohanan AFF U16 2011






Kejohanan AFC U-16 2012

Jadual, Keputusan, Kedudukan  

Kumpulan E

Tarikh: September 8-18, 2011
Venue: Kim II Sung Stadium, Pyongyang
Pasukan: DPR Korea, China P.R, Timor Leste, Singapore, Malaysia

Jadual dan Keputusan Perlawanan :

September 08, 2011 (Khamis): China P.R 3-1 Malaysia
September 10, 2011 (Sabtu): DPR Korea 3-0 Malaysia
September 13, 2011 (Selasa): Malaysia 3-0 Timor Leste
September 15, 2011 (Khamis): Singapore 1-1 Malaysia


Team GP W D L GF GA +/- Pts
DPR KOREA 15 2 13  9
CHINA P.R. 8 2 9
MALAYSIA 5 7 -2  4
SINGAPORE 2 5 -3  1
TIMOR LESTE 2 16 -14  0

 Info

 -Senarai Pemain Malaysia U16 klik SINI<---
- Jadual dan Keputusan Malaysia di Kejohanan AFF U19 klik SINI <----


tags : keputusan kejohanan AFF U16 2011

Safee Sali Tunjuk Taring

 Keratan Akbar Luar Negara
KUALA LUMPUR - Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.
Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.

Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.
"Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila
mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.

"Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.

"Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan)," katanya semalam.

Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.

"Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik.
"Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain," katanya.

Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.

Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai 'David Beckham Malaysia', Zakaria berkata: "Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.
"Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City," katanya.

Thursday, September 15, 2011

Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Oman


Keputusan Penuh

Malaysia 0 - 1 Oman

(Hussain Ali 41')


Perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik Oman hari ini merupakan persiapan terakhir skuad Olimpik Malaysia sebelum bertemu Jepun pada pusingan kelayakan Olimpik 2012 bagi Kumpulan C Zon Asia pada 21 Sept ini.

Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata dalam perlawanan persahabatan tersebut di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam petang ini (Khamis), beliau akan menguji senarai pemainnya bagi melihat kelemahan yang harus diatasi sebelum membawa mereka ke Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun.

"Saya mahu melihat adakah senarai nama pemain ke Jepun nanti benar-benar sudah bersedia di samping saya mahu memperkemaskan persiapan menjelang pertemuan dengan skuad gergasi Asia itu.

"Bagaimanapun saya tidak akan turunkan Gary Steven Robbat dan Ahmad Fakri Saarani yang merupakan antara lima nama yang digugurkan selain Affize Faisal Mamat, Azrul Azmi dan penjaga gol K Sasikumar.

"Gary dan Fakri tidak dapat beraksi bertemu Jepun akibat penggantungan kad merah sebelum ini," katanya kepada Bernama Rabu.

Gary menerima kad merah ketika perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Olimpik menentang Lebanon manakala Fakri menerima kad merah ketika skuad kebangsaan bertemu Singapura pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014.

"Perlawanan persahabatan terakhir ini akan dijadikan persiapan terbaik sebelum kita berlepas ke Jepun pada 16 September untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Tosu.

"Jadi kita mempunyai lima hari untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana. Saya rasa ia amat memadai," jelas Kim Swee.

Dalam satu perlawanan persahabatan sebelum ini, skuad Olimpik negara seri tanpa jaringan ketika menentang kelab Iraq, Al-Arbil yang beraksi dalam Liga Juara Asia.

***************
Jom Meriahkan Stadium Uitm Shah Alam

Ingin diingatkan, laluan masuk penonton ke Stadium Uitm hanya melalui pintu dari Dewan Agong Tuanku Canselor dan Kolej Perindu sahaja. Laluan pintu di hadapan akan ditutup kepada semua penyokong bagi tujuan keselamatan perlawanan.-Pusat Sukan Uitm-

tags: Keputusan Malaysia vs Oman , keputusan oman vs malaysia, results malaysia vs oman

Wednesday, September 14, 2011

Awek Cun bersama Jersi Terbaru QPR (Queens Park Rangers)


Pengurus QPR, Neil Warnock bersama 3 awek cun..


KUALA LUMPUR - Teka-teki siapa penaja jersi pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) terjawab apabila kelab itu mengumumkan perjanjian penajaan selama dua tahun bersama dua syarikat penerbangan kebanggaan negara, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia.

Uniknya, MAS akan menaja jersi QPR pada aksi di laman sendiri.

Logo AirAsia pula mendapat penghormatan dipaparkan pada jersi untuk aksi tempat lawan dan sebagai jersi ketiga.

Pengumuman dibuat di Stadium Loftus Road, London semalam oleh Pengarah Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Mohd. Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif (QPR), Phillip Beard.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Rantau Komersial AirAsia, Kathleen Tan.

Rashdan berkata: "MAS berbesar hati dikaitkan dengan QPR dalam Liga Perdana Inggeris.

"Penajaan jersi QPR di laman sendiri oleh Mas dan jersi aksi di tempat lawan oleh AirAsia adalah julung kali dalam Liga Perdana. Ia juga sebagai meraikan kerjasama kami dengan AirAsia.

"Penajaan ini meningkatkan lagi kehadiran kami pada peringkat global dan menjadi francais premium untuk peminat bola sepak dari seluruh Eropah, Asia Pasifik, Amerika, Australia serta keempat-empat penjuru dunia,".

Beared pula menyifatkan kerjasama QPR dengan dua syarikat penerbangan itu sebagai unik.

"Mendapat penajaan dua syarikat terkemuka Asia ini membuktikan jenama QPR mempunyai daya tarikan global.

"Kami cukup positif dalam kerjasama ini dengan harapan dapat mengembangkan pengaruh QPR di Asia Tenggara dan sekelilingnya.

"Ini satu urusniaga bersejarah yang menambah kegembiraan kepada kelab ini sejak pengambilalihan baru beberapa minggu lalu," ujarnya

Jersi QPR dengan logo MAS dipakai buat kali pertama dalam perlawanan melayan kunjungan Newcastle semalam.



Mohammed Rashdan Mohd. Yusof (dua dari kanan) dan pengurus QPR, Neil Warnock (tiga dari kanan) pada majlis pengumuman MAS dan AirAsia sebagai penaja kelab Liga Perdana Inggeris itu di Stadium Loftus Road, London semalam. 


 Tags : jersi terbaru QPR, new jersey QPR ,

Tuesday, September 13, 2011

Video Hightlights Olimpik Malaysia vs Al Arbil Iraq

Perlawanan persahabatan di antara Malaysia vs Al-Arbil(Iraq) berkesudahan seri 0-0

Jom layan video perlawanan di antara kedua pasukan




tags : video malaysia vs al-arbil iraq, hightlights malaysia vs al arbil iraq

Monday, September 12, 2011

Malaysia vs Australia SAH JADI




Australia will face Malaysia for the first time in almost 20 years when they host the Asian nation in a friendly in Canberra next month.

The two teams have met seven times previously but not since 1992 when Malaysia upset the Socceroos 1-0 in Jakarta.

The match would act as a warm-up for Australia ahead of the team's third 2014 FIFA World Cup™ qualifier against Oman in Sydney on 11 October, four days after the Canberra test.

The Socceroos currently lead Group D in Asian qualifying with six points after defeating Thailand 2-1 and Saudi Arabia 3-1.

sumber di SINI

****

Perlawanan akan berlangsung pada

(7.10.2011)




VS