Thursday, December 29, 2011

Dollah Mahu Pulihkan Skuad Tok Gajah

KUALA LUMPUR - Mahu pulihkan maruah yang tercalar! Itu harapan jurulatih skuad Tok Gajah, Dollah Salleh yang meletakkan sasaran mahu membawa Pahang kembali ke kancah saingan Liga Super pada musim 2013.

Biarpun tidak dibarisi pemain berstatus bintang, Dollah melaungkan amaran kepada pencabar Liga Perdana lain bahawa skuad pada tahun ini antara yang terbaik dikendalikannya sepanjang bersama Pahang tiga tahun lalu.

Tambah bekas pemain Pahang dan Selangor pada era 90-an itu, lima pemain yang dibawa masuk dari pasukan Shahzan Muda bakal menjadi senjata rahsia Pahang dalam usaha memburu kejuaraan Liga Perdana pada musim ini.

"Selepas gagal mempertahankan kedudukan dalam Liga Super musim lalu, saya mahu memulihkan kembali maruah pasukan Pahang yang tercalar dengan menjadi antara pencabar utama kejuaraan Liga Perdana.

"Walaupun tiada pemain ternama dalam pasukan ini, tetapi dengan beberapa muka baru yang dibawa masuk terutama lima bekas pemain Shahzan Muda, saya lihat skuad ini menampakkan perubahan besar dan paling mantap sepanjang saya jadi jurulatih Pahang.

"Kehadiran lima pemain Shahzan banyak memberikan peningkatan dalam pasukan yang saya sedang bentuk sekarang dan kehebatan mereka terbukti dengan membawa Pahang melangkah ke Piala Emas Raja-Raja.

"Selain mereka berlima, enam lagi pemain turut membantu Pahang dalam saingan Piala Emas Raja-Raja yang menjadikan 11 pemain semuanya, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Lima pemain Shahzan Muda yang dimaksudkan ialah Mohd. Fauzi Roslan dan Mohd. Hafiz Kamal yang bermain pada posisi penyerang selain Khairul Azwan Awang Long di bahagian pertahanan.

Manakala dua lagi pemain, Abdul Wafiy Abdul Ghafar dan Mohd. Hazuan Mohd. Daud bermain di bahagian tengah.

Menurut Dollah, walaupun sedar laluan berliku yang akan ditempuh pada musim ini dengan kehadiran 'Manchester City' Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilimpahi ramai pemain bintang selain satu lagi pasukan berstatus kelab, Sime Darby FC, dia tidak gentar.

"ATM melakukan persiapan agak rapi dengan membawa masuk ramai pemain berstatus bintang tetapi saya yakin kami mampu bagi saingan," katanya.

Bagi memperkuatkan cabaran Pahang, Dollah berharap khidmat seorang lagi pemain import, Sergey Ivanov dari Rusia bakal mendapat pelepasan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) walaupun sedar ia kelihatan tipis selepas FAM bertegas menunggu April depan bagi pendaftaran kali kedua.

"Sebenarnya status Ivanov terdapat sedikit kekeliruan kerana dia memang beraksi dalam Divisyen Dua (Rusia) tetapi dipinjamkan ke Divisyen Tiga buat seketika.

"Saya optimis FAM akan benarkan Ivanov bermain selepas meneliti rayuan yang diberikan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), " katanya, yang akan membawa skuad Tok Gajah berkampung ke Kuala Lumpur selama beberapa hari bagi menjalani latihan mulai esok.

Kim Swee Risau dan Resah




SIKAP ‘membisu’ Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berhubung jadual perlawanan dan juga gelanggang rasmi skuad Harimau Muda menjelang saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan menimbulkan tanda tanya jurulatih, Ong Kim Swee.

Menurut Kim Swee, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada FAS berhubung perkara itu walaupun difahamkan, saingan Liga-S bakal bermula pada 9 Februari depan.

Meskipun mengakui persiapan anak-anak buahnya tidak terjejas dengan situasi berkenaan, Kim Swee benar-benar berharap supaya FAS dapat menyalurkan maklumat itu kepadanya ataupun menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kadar segera.

“FAS masih tidak beritahu saya mengenai perkara itu, dengan FAM pun belum lagi.

“Saya harap semua urusan ini boleh diketahui dalam tempoh terdekat bagi memudahkan kami menyusun jadual memandangkan pemain Harimau Muda A akan beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 22 tahun pada Jun tahun depan, selain menempuh baki kelayakan Olimpik Februari nanti.

“Bukan apa, saya tidak mahu ada sebarang pertindihan jadual nanti.

“Mungkin FAS sudah dimaklumkan mengenai jadual kita dalam pusingan kelayakan Olimpik, cuma saya bimbang mereka terlepas pandang mengenai kejohanan Piala AFC,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Muda A bakal bersaing dalam Liga-S selama empat musim hasil perjanjian persefahaman selama empat tahun di antara FAS dan FAM sebelum ini. Skuad itu akan dibarisi 28 pemain yang berusia bawah 22 tahun.

‘Sistem barter’ itu juga menyaksikan penyertaan pasukan Singapura yang dikenali sebagai Lions XII FC pada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan yang begitupun menimbulkan rasa ‘kurang senang’ pemerhati bola sepak kerana menyenaraikan 10 pemain berusia lebih 23 tahun.

Bagi baki aksi kelayakan Kumpulan C temasya Olimpik Zon Asia nanti, skuad muda negara bakal berkunjung ke Bahrain pada 5 Februari tahun depan sebelum melayan kunjungan Jepun pada 22 Februari. Perlawanan terakhir berdepan Syria pada 14 Mac pula bakal diadakan di gelanggang berkecuali.

Ketika ditanya sama ada Stadium Yishun, Singapura yang berkapasiti 3,400 penonton mungkin menjadi gelanggang rasmi buat skuad Harimau Muda A nanti, Kim Swee juga enggan mengulas lanjut kerana masih belum dimaklumkan FAS.

“Tidak kisahlah beraksi di mana-mana stadium sekalipun, asalkan penyokong negara kita yang bekerja di sana hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada kami,” kata Kim Swee yang akan memanggil semula barisan pemainnya untuk berkumpul semula di Majlis Sukan Negara (MSN) pada 3 Januari depan.

Dalam pada itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, sambil memberitahu, sebarang keputusan berhubung perkara itu akan diketahui hari ini.

Wednesday, December 28, 2011

Yishun kubu Harimau Muda


STADIUM Yishun yang boleh memuatkan kapasiti 3,400 penonton mungkin menjadi gelanggang rasmi buat skuad Harimau Muda A apabila tampil kali pertama dalam saingan Liga Singapura (Liga S) tahun depan.

Namun semuanya masih belum pasti kerana belum ada pengumuman rasmi dibuat, malah bukan itu saja, segala maklumat termasuk jadual perlawanan liga juga masih tidak diketahui.


Perkara itu diakui sendiri jurulatih Ong Kim Swee yang menyatakan beliau belum mendapat maklumat terkini mengenai penyertaan mereka dalam Liga S yang dijangka bermula pada 9 Februari ini.

“Saya setakat ini belum dimaklumkan mengenai perkara itu,” katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Stadium Yishun akan menjadi gelanggang Harimau Muda A.


“Saya belum tahu mengenai jadual perlawanan Liga S, cuma apa yang saya dimaklumkan liga itu akan bermula pada 9 Februari. Saya berharap semua urusan ini boleh diketahui dalam tempoh terdekat ini kerana akan memudahkan kami menyusun jadual kerana pemain Harimau Muda A turut bersaing dalam kelayakan Olimpik London pada Februari dan kejohanan Piala AFC bawah 22 tahun, Jun nanti.


“Saya tidak mahu ada sebarang pertindihan jadual nanti. Mungkin pihak Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sudah dimaklumkan mengenai jadual kita dalam pusingan kelayakan Olimpik, cuma saya bimbang mereka terlepas pandang mengenai kejohanan Piala AFC,” katanya.

Tuesday, December 27, 2011

Shabery minta Safee bertenang sebelum buat keputusan

KEMAMAN - Penyerang handalan negara Safee Sali yang bermain dengan Kelab Pelita Jaya di Indonesia dinasihat supaya bertenang sebelum membuat sebarang keputusan tentang kariernya dengan kelab tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Safee perlu membiarkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menyelesaikan masalah dalaman mereka terlebih dahulu.

"Buat masa sekarang saya tidak fikir Safee patut susah hati. Cuma kita perlu lihat kalau benar perkara itu (pengharaman kejohanan Liga Super Indonesia (ISL), apakah implikasinya kepada Safee," katanya semalam.

Beliau mengulas tentang isu yang timbul berikutan laporan portal berita akhbar Repulika, Indonesia bahawa ISL telah menerima status haram oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Namun pengharaman itu belum disahkan secara rasmi oleh mana-mana pihak.

Ahmad Shabery yakin masalah itu akan dapat diselesaikan oleh PSSI kerana jika tidak ia juga akan menjejaskan pemain utama dari republik berkenaan seperti Christian Gonzales, Bambang Pamungkas, Boaz Salossa dan Firman Utina. - Bernama

Safee Sali sudah ada plan sendiri


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



PENYERANG berbisa Harimau Malaya, Safee Sali tidak mahu cepat melatah di sebalik kemelut yang melanda Liga Super Indonesia (ISL) dan Liga Premier Indonesia (IPL) ketika ini.

Sejak minggu lalu, pelbagai khabar angin yang melanda bekas penyerang Selangor itu yang dilaporkan terdesak untuk mencari majikan baharu ekoran status ISL yang dikatakan tidak diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarangsa (FIFA).

Namun kapten Pelita Jaya ini tetap serius untuk menumpukan fokus bersama kelab yang disertainya itu sejak Februari lalu.

Bagi Safee, masalah pentabdiran Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) - badan yang bertanggungjawab mengendali ISL langsung tidak bermain di fikirannya, sebaliknya dia berharap kemelut itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Sehingga kini, saya masih menghormati kontrak bersama Pelita Jaya yang akan berakhir pada 31 Januari depan.

“Baru-baru ini, pihak Pelita Jaya telah mengemukakan kontrak selama tiga tahun (kepada saya), tetapi saya perlu meneliti tawaran tersebut memandangkan ia (kontrak baharu) agak lama.

“Jika bersesuaian dengan kontrak, saya mahu lagi beraksi untuk mengetuai Pelita Jaya bagi memburu gelaran juara ISL,” katanya pada sidang akhbar di Garden, The Curve Mutiara Damansara petang semalam.

Berhubung kemelut yang melanda PSSI, sekiranya Safee menandatangani kontrak baharu bersama Pelita Jaya, masa depan pemain berusia 28 tahun itu masih terselamat sekalipun FIFA meletakkan status haram terhadap ISL, IPL mahupun PSSI.

Ini kerana Safee masih boleh ‘ditukarkan’ kepada kelab Australia, Brisbane Roar FC atau sebuah kelab Belgium yang dipegang oleh pemilik Pelita Jaya, Bakrie Group yang dimiliki Dermawan Bakrie.

Selain itu, Pelita Jaya juga masih boleh beraksi secara jemputan dalam mana-mana liga yang diiktiraf FIFA di rantau Asia Tenggara jika PSSI diharamkan.

Sementara itu, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Pelita Jaya bagi membincangkan masa depan peledak berbisa Harimau Malaya itu.

Jelas Zakaria, beliau bersama Safee perlu merujuk kandungan kontrak yang diterima sebelum bersetuju untuk melanjutkan kontrak bersama Pelita Jaya.

Dalam masa yang sama, Zakaria turut membayangkan kepada mana-mana pasukan tempatan yang berhajat untuk ‘merantai’ penyerang kelahiran Kajang itu supaya menawarkan kontrak yang sewajarnya.

Ini kerana menurutnya, meskipun Safee mahu menumpukan karier di luar negara dalam tempoh lima tahun lagi, tidak mustahil pemain itu akan kembali beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) sekiranya mendapat tawaran menarik.

Sunday, December 25, 2011

FAM sedia bantu Safee Sali




“PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berusaha membuat rayuan kepada badan induk bola sepak dunia (FIFA) untuk Safee Sali sekiranya kejohanan Liga Super Indonesia (ISL) sudah sah diharamkan.”

Demikian respons Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar kecil) ketika diminta mengulas mengenai nasib yang bakal menimpa penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali sekiranya ISL diharamkan.

Safee kini beraksi dengan kelab Indonesia, Pelita Jaya dan pemain kelahiran Kajang, Selangor itu mungkin tidak boleh mewakili skuad negara sekiranya ISL diharamkan.

Katanya, meskipun FAM tidak terlibat dalam perundingan Safee bersama pengurusnya, Zakaria Rahim dengan bekas kelabnya, Selangor dan Pelita Jaya, FAM tetap akan membantu Safee daripada terjebak dengan status haram ISL.

Menurutnya lagi, kehilangan peledak berbisa Asia Tenggara itu pasti dirasai oleh skuad negara selepas kesemua pemain yang beraksi di ISL akan dikenakan pembekuan status perpindahan.

“Sudah tentu FAM akan membantu Safee meskipun rundingan perpindahan ke Pelita Jaya dari Selangor hanya melibatkan Safee bersama pengurusnya (Zakaria) sahaja.

“Kehilangan Safee yang tidak dapat mewakili negara sekiranya dia mendapat status haram sememangnya sukar untuk diterima oleh peminat-peminat bola sepak tempatan.

“Skuad kebangsaan masih menagih khidmat Safee. Oleh itu, FAM mungkin akan bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi menangani masalah ini mengikut undang-undang FIFA,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Azzuddin memberitahu kesahihan berita mengenai pengharaman ISL belum lagi terjawab memandangkan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat daripada FIFA setakat ini.

Jelasnya, beliau berharap peminat-peminat bola sepak tempatan bersabar dan tidak bertindak secara melulu untuk membuat sebarang spekulasi selagi surat pengharaman ISL oleh FIFA belum disahkan.

“Saya tidak mengetahui hal itu terjadi (ISL diharamkan oleh FIFA). Saya akan pastikan maklumat tersebut benar terlebih dahulu sebelum mengemukakan rayuan kepada FIFA.

“Saya berharap penyokong tempatan tidak mudah terpedaya dengan khabar angin atau membuat sebarang spekulasi mengenai hal ini selagi isu ini belum disahkan oleh pihak FIFA,” katanya.

Sementara itu, Safee ketika dihubungi Kosmo! enggan mengulas lanjut berhubung isu pengharaman ISL. Bekas penyerang Selangor itu akan menjelaskan situasi tersebut pada sidang media minggu depan.

“Saya akan menjawab segala pertanyaan pada sidang akhbar Isnin depan,” katanya.

Safee sebelum ini berkata, sekiranya kelab Pelita Jaya yang diwakilinya terlibat dengan penggantungan FIFA, beliau akan cuba mencari peluang bermain di negara lain dan dalam masa yang sama mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

Semalam, portal berita akhbar Republika Indonesia melaporkan, surat pengharaman ISL oleh FIFA itu ditujukan kepada Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui oleh badan dunia itu.

Menurut kandungan surat tersebut, FIFA menerusi surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Jarome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terlibat dengan ISL.

“Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain dalam liga atau kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA.

“Pemain seperti Safee juga terancam, tidak boleh bermain di luar ISL,” menurut portal tersebut.

FIFA bagaimanapun memberikan tarikh akhir 20 Mac tahun depan kepada Indonesia untuk menyelesaikan segala polemik yang berkaitan dengan arena bola sepak di republik itu atau berdepan dengan tindakan penggantungan atau pengharaman.

ISL merupakan kejohanan kelab-kelab bola sepak profesional di Indonesia tetapi tidak bernaung di bawah PSSI.

*****************
Untuk melihat Biodata Safee Sali klik SINI <----


p/s : semoga safee sali terus sukses

Saturday, December 24, 2011

"Contohi Semangat Harimau Muda"

RAJAGOBAL (kanan) mahukan semua pemain dalam skuad negara agar mempergunakan sepenuhnya pengalaman untuk membentuk keyakinan serta persefahaman di kalangan mereka.

SELEPAS aksi cemerlang yang dipamerkan Harimau Muda ekoran kejayaan mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA 2011 di Jakarta pada November lalu, tumpuan kini mula teralih kepada Harimau Malaya.

Selaku tuan rumah Piala AFF Suzuki bersama Thailand pada kejohanan edisi kesembilan itu tahun depan, cabaran getir bakal menanti pasukan negara selaku juara bertahan.

Skuad Harimau Malaya yang dibimbing oleh jurulatih berkaliber negara, Datuk K. Rajagobal telah berjaya menamatkan penantian selama 14 tahun apabila muncul juara kejohanan dwi-tahunan anjuran Persekutuan Bola Sepak Asean itu bermula 1996 yang kini dikenali sebagai Piala AFF Suzuki.

Sebelum ke pentas final kejohanan edisi lalu, pasukan negara tewas 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan namun kembali bangkit membenam Laos 6-0 dan mengatasi Thailand 2-1.

Namun, ia tidak sesekali mematahkan semangat pasukan negara yang sememangnya memiliki karakter sebagai jaguh Asean selepas menumpaskan seteru utama, Indonesia menerusi agregat 4-2 pada perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur (3-0) dan Jakarta (1-2).

Namun bagi Rajagobal, beliau tidak mahu barisan pemainnya terlalu lena dibuai mimpi indah dengan kejuaraan yang diraih pada edisi kelapan itu.

Jelasnya, kejayaan lalu sekadar perangsang dalam membina kejayaan pada musim hadapan dan dia mahu anak-anak buahnya mencontohi sifat pasukan 'adik', Harimau Muda di atas prestasi cemerlang ketika beraksi di Sukan SEA lalu.

"Saya akui kejayaan muncul sebagai juara Piala AFF Suzuki merupakan satu kenangan manis tetapi selaku juara bertahan, kami terpaksa berkerja dengan lebih keras dan gigih untuk mempertahankan reputasi tersebut.

"Mempertahankan kejuaraan adalah lebih susah jika dibandingkan merebut kejuaraan di mana setiap pasukan akan memberikan tentangan habis-habisan untuk merampas gelaran juara dari kami.

"Jadi, saya mahu barisan pemain saya mencontohi skuad kendalian Ong Kim Swee itu yang beraksi dengan cemerlang untuk melakar kejayaan pada Sukan SEA di Jakarta, baru-baru ini.

"Mereka (Harimau Muda) bukan sahaja berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah namun dalam masa yang sama, mereka telah menunjukkan kekuatan fizikal dan mental meskipun beraksi di gelanggang lawan yang sentiasa memberi provokasi terhadap skuad negara.

"Kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada kami dalam usaha untuk mempertahankan status juara Piala AFF Suzuki pada tahun lalu," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Ditanya mengenai prestasi skuad Harimau Malaya ketika perlawanan persahabatan menentang India pada pertengahan November lalu, Rajagobal melahirkan rasa bangga dengan komitmen yang dipamerkan oleh semua pemain.

Meskipun skuad negara sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 sebelum tewas 2-3 pada aksi kedua, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan beberapa muka baharu yang diserapkan dalam skuad kendaliannya itu.

"Jangan terlalu cepat kritik kepada pasukan kami. Saya membawa tujuh pemain yang tidak pernah beraksi di pentas antarabangsa tetapi masih mampu memberikan saingan sengit kepada India. Saya mahu membuka ruang dan peluang kepada pemain-pemain ini untuk membina kombinasi mantap dalam pasukan. Keputusan perlawanan bukan ukuran tetapi pengalaman yang diraih perlu dimanfaatkan," ujarnya.

Senarai Pemain dan Pegawai Harimau Muda ke Liga Singapura 2012

  Senarai Pemain Harimau muda ke Liga Singapura 2012



Senarai Pegawai Harimau Muda ke Singapura 2012

Dato’ Haji Affandi Hamzah (Pengurus)
Ong Kim Swee (Ketua Jurulatih)
Hassan Sazali Hj Mohd Waras (Penolong Jurulatih)
Yong Wai Hwang (Jurulatih Penjaga Gol)
Dr. Jasmiza Khuzaire Jasme (Pegawai Perubatan)
Mohd Nasrul Ahmad Tajuddin (Physio)
Mohd Sukri Haimi (Kitman)
Mohd Zaidi Abdul Latif (Massuer)
Ahmad Hilmi Abdul Jalil (Sports Code)
NorFaezah Abdul Jalil (Nutritionist)


*****************
Harimau Muda punya sasaran ialah berada pada kedudukan 5 terbaik liga..,

Friday, December 23, 2011

Malaysia Makin Hebat

 
SKUAD bola sepak negara terus menikmati peningkatan dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia seolah-olah membuktikan betapa seriusnya Malaysia untuk berada dalam kalangan 70 pasukan terbaik dunia.

Jika momentum cemerlang berterusan, tidak mustahil impian tersebut boleh dicapai dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Jika berjaya berada dalam kelompok 70 terbaik, masa depan pemain Malaysia untuk bergelar pemain profesional di bumi Eropah sangat cerah.

Malaysia perlu berada dalam kumpulan 70 pasukan terbaik memandangkan peraturan liga Eropah khususnya Liga Perdana England hanya akan membenarkan pemain daripada kalangan negara yang berada dalam kelompok tersebut beraksi dalam liga mereka.

Ia tidak mustahil dicapai jika kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA terus berubah.

Dalam senarai terbaharu, skuad bola sepak negara mengakhiri musim 2011 di kedudukan ke-148, naik tujuh anak tangga berbanding bulan lepas.

Peningkatan ranking pasukan negara itu adalah hasil daripada beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepanjang tahun ini.

Peningkatan itu turut dibantu dengan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, November lalu selain pencapaian cemerlang pada aksi kelayakan Olimpik 2012.

Berdasarkan ranking terbaharu FIFA yang dikeluarkan semalam, Malaysia memungut tambahan tujuh mata selepas mencatat beberapa kemenangan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang mereka harungi sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun, kedudukan terbaik skuad negara tahun ini adalah pada bulan Mac lepas iaitu di tangga ke-138, yang pada hakikatnya masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada 1993.

Menerusi kedudukan terbaharu itu, pasukan negara kini setanding dengan negara-negara lain seperti Singapura (145), Turkmenistan (146), Lesotho (147), Samoa (149) dan Equatorial Guinea (150).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (99), Thailand (122), Indonesia (142) dan Singapura (145).

Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-24 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-27 bulan lepas.

Sementara itu, kedudukan teratas ranking dunia masih dipegang juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, diikuti Belanda dan Jerman daripada keseluruhan 203 buah negara.

***************
Kami dari SUKAN KITA rindukan aksi skuad Harimau Muda...

Thursday, December 22, 2011

15,000 tiket untuk aksi Kelantan vs Persebaya

 
Afandi Hamzah (tiga kanan) bersama wakil MSL, Raja Azura Shamim (kiri) menunjukkan baju 'Unity Cup' yang akan dipakai pemain Kelantan pada aksi persahabatan dengan Persebaya, esok

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyediakan 15,000 keping tiket perlawanan antara Kelantan menentang juara Liga Prima Indonesia (IPL) Persebaya FC bagi merebut kejuaraan Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, (esok).

Timbalan Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah berkata, tiket-tiket tersebut akan dijual bermula pukul 10 pagi ini di Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurutnya, peminat setia Red Warriors boleh mendapatkan tiket pada harga RM30 untuk astaka utama, RM20 (astaka dua), RM12 (terbuka) dan RM5 bagi kanak-kanak.

"Peminat dinasihat supaya mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelak kesesakan di kaunter. Pertemuan ini menjanjikan persembahan menarik kerana kedua-dua pasukan merupakan juara liga di negara masing-masing.

"Ditambah pula dengan kehadiran tunggak import, perlawanan ini dijangka sengit. Ini peluang terbaik buat peminat bola sepak tempatan khususnya di Kota Bharu menyaksikan aksi berprestij kedua-dua pasukan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Affendi memberitahu, pertemuan ini merupakan satu penghormatan tertinggi kepada Kelantan selaku juara Liga Super musim ini, begitu juga kelab tersebut.

Harapkan Sentuhan Misbun




TANPA berselindung, jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei masih mengharapkan sentuhan bekas ‘sifunya’, Datuk Misbun Sidek dalam mempersiapkan diri menghadapi temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Bagaimanapun, pemain No. 1 dunia itu menjelaskan bahawa sebarang keputusan hanya boleh dibuat oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Jika saya mahukan Misbun kembali membimbing saya semula sekalipun, saya masih tidak boleh berbuat apa-apa kerana sebarang keputusan hanya boleh dibuat oleh BAM.

“Saya terikat dengan BAM. BAM ada pengurus yang buat keputusan dan saya hanya ikut saja,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelantikannya sebagai duta jenama Cafe 99 Ipoh White Coffee di Shah Alam semalam.

Misbun yang telah berkhidmat dengan BAM selama lapan tahun telah meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan pada 31 Disember tahun lalu selepas dilaporkan berselisihan faham dengan badan induk sukan badminton negara itu.

Ketiadaan Misbun sekali gus menyaksikan Chong Wei kini berada di bawah kendalian Tey Seu Bock dan Rashid Sidek.

Misbun merupakan individu yang bertanggungjawab meletakkan Chong Wei selaku pemain No. 1 dunia sejak 2008.

Tambah Chong Wei, tatkala hanya tinggal lapan bulan sahaja lagi sebelum Sukan Olimpik membuka tirainya, dia menganggap tempoh tersebut adalah sangat penting buat dirinya untuk melakukan persiapan.

Malah, pemain berusia 29 tahun itu turut mengalu-alukan sebarang bantuan dari sesiapa saja dalam memastikan sandaran yang diletakkan di atas bahu untuk membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik berjaya direalisasikan.

“Namun, saya tahu, yang penting adalah diri saya sendiri. Saya sendiri kena fokus dan melakukan persiapan,” tambah Chong Wei yang mengakui sedikit tertekan dengan harapan tinggi semua pihak.

Jelasnya, berbanding seteru utamanya, Lin Dan dari China yang mempunyai sokongan daripada pemain-pemain muda seperti Chen Long dan Chen Jin, beliau terpaksa menanggung beban meraih pingat emas Sukan Olimpik seorang diri.

“Begitupun, itu semua tidak apa. Sukan Olimpik kali ini merupakan penampilan terakhir saya.

“Saya sudah tidak kisah dengan tekanan. Saya anggap ini satu cabaran dan saya harap media dan semua yang lain memberi sokongan,” jelas Chong Wei.

Wednesday, December 21, 2011

Harap Jangan Gantung Raket Dulu




















BERDASARKAN prestasi semasa, impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyumbangkan pingat emas pertama pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London tampak sukar.

Ia ekoran rekod kekalahan berturut- turut yang dialami oleh pemain No. 1 dunia itu dalam beberapa kejohanan utama sejak akhir-akhir ini.

Kemerosotan prestasi Chong Wei dilihat semakin ketara selepas dia tewas kepada Lin Dan pada final Kejohanan Badminton Dunia di London, Ogos lalu.

Kehebatan Lin Dan terus membayangi Chong Wei apabila dia tewas sebanyak dua kali berturut-turut iaitu pada aksi separuh akhir Terbuka Hong Kong dan Terbuka China bulan lalu.

Terbaharu, Chong Wei dikejutkan dengan kekalahan 16-21, 21-16, 18-21 kepada bintang muda China, Chen Long pada aksi separuh akhir Siri Super Akhir di Liuzhou, China, Sabtu lalu.

Sebelum itu, Chen Long turut menewaskan Chong Wei di final Terbuka Jepun (September) dan Terbuka Denmark pada Oktober lalu.

Jika sebelum ini hanya Lin Dan dilihat sebagai ancaman terbesar buat Chong Wei tetapi kini dia sudah ada musuh baharu.

Peningkatan yang dipamerkan Chen Long dalam beberapa kejohanan perlu diberikan perhatian.

Sekiranya gagal, ia pasti akan melenyapkan impian Chong Wei dan seluruh rakyat Malaysia untuk membawa pulang pingat emas pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Ekoran prestasi tidak menentu Chong Wei sejak kebelakangan ini, timbul spekulasi apabila segelintir pihak seakan- akan mendesak Chong Wei supaya menggantung raketnya, sekali gus memberi laluan kepada pemain-pemain muda yang lain.

Bagaimanapun, Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj berkata, belum masa untuk pemain kelahiran Pulau Pinang itu memikirkan isu persaraan.

Bagi James, khidmat Chong Wei masih diperlukan dalam usaha merealisasikan impian merangkul pingat emas pertama Sukan Olimpik 2012.

"Bagi saya, Chong Wei masih boleh meneruskan karier sebagai seorang pemain badminton selepas Sukan Olimpik 2012 berakhir meskipun ketika itu nanti usia pemain itu sudah menjangkau 30 tahun.

"Soal usia tidak menjadi masalah. Cuma, dia perlu lebih bekerja keras pada sesi latihan bagi memastikan staminanya sentiasa berada pada tahap terbaik," kata James ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Malah, James turut mengingatkan Chong Wei agar lebih selektif selepas ini dalam memilih kejohanan-kejohanan yang perlu disertainya.

Jelas beliau, antara faktor utama yang menyebabkan kemerosotan prestasi pemain itu adalah disebabkan terlalu banyak menyertai kejohanan sehingga menyaksikan tubuh badannya menjadi keletihan.

"Apa yang saya harapkan, selepas ini Chong Wei memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi Sukan Olimpik. Itu perkara utama yang perlu difikirkannya.

"Tidak perlu untuk menyertai terlalu banyak kejohanan. Cukup sekadar kejohanan-kejohanan utama seperti Terbuka Malaysia, Terbuka Korea Selatan, Seluruh England dan Piala Thomas yang berlangsung tahun depan sebelum Sukan Olimpik.

"Jika terlalu banyak menyertai kejohanan, ia hanya akan mengundang risiko buat Chong Wei," jelas James.

Sementara itu, Chong Wei yang dihubungi Kosmo! bagi mendapatkan penjelasan berhubung kemerosotan prestasinya itu enggan mengulas lanjut

Tuesday, December 20, 2011

Gambar Suka Suki Harimau Muda di AUSTRALIA

Tamat sudah perlawanan persahabatan Harimau Muda di bumi Australia., keputusan penuh kesemua perlawanan ada di bawah gambar

Di sini kami kongsikan gambar kenangan Harimau Muda di Australia, sumbar dari Facebook












*******************


Keputusan penuh perlawanan persahabatan Harimau Muda di Australia

Perlawanan pertama

Harimau Muda 1 - 0 Sydney FC

Perlawanan kedua

Harimau Muda 0 - 1 Central Coast Mariners

Perlawanan ketiga

Harimau Muda 4 - 1 Central Coast Mariners

Tahniah dari kami dari SUKAN KITA..

Harimau Muda tunjuk taring

 
THAMIL ARASU turut mencipta nama sebagai penjaring pada aksi Malaysia menentang Central South Mariner di Sydney, Australia semalam. Malaysia menang 4-1. 


BAGAIKAN harimau yang kelaparan.Itu perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan prestasi skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee yang tampil garang untuk membelasah Central South Mariner 4-1 pada perlawanan persahabatan terakhir mereka di bumi Australia semalam.

Tewas pada aksi kedua kepada pasukan yang sama di Sydney pada 14 Disember lalu nyata tidak mematahkan semangat skuad remaja negara itu, malah mereka tampil dengan rentak yang lebih bertenaga dan terancang.

Dua gol daripada Ahmad Hazwan Bakri dan satu gol masing-masingnya dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani dan A. Thamil Arasu sudah cukup untuk membuktikan betapa mereka inginkan kemenangan sebelum kembali ke tanah air hari ini.

Kehadiran Mohd. Muslim Ahmad yang baru pulih daripada kecederaan betis turut memberikan impak kepada benteng pertahanan negara dalam mengekang asakan pasukan tuan rumah.

Bagi Kim Swee, dia merupakan individu paling gembira dengan kemenangan tersebut kerana ia dicapai dengan gaya yang sungguh memberangsangkan.

Menurutnya, semua pemain beraksi cemerlang dan mereka betul-betul mempergunakan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.

“Saya amat berpuas hati dengan prestasi semua pemain. Barisan serangan pada hari ini (semalam) amat berjaya terutama Hazwan yang telah menjaringkan dua gol. Fakri dan Thamil juga tidak mengecewakan saya.

“Sebenarnya kami memiliki banyak peluang untuk menambah jaringan ketika menentang Central South Mariner pada babak kedua perlawanan namun nasib tidak menyebelahi kami.

“Saya sangat gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh skuad ini. Ini menunjukkan satu keputusan sangat positif yang dilihat sebagai persiapan terbaik untuk menghadapi Liga Singapura dan kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 22 tahun pada tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Sydney semalam.

Selain dua kejohanan penting itu, Kim Swee juga menegaskan beliau mahu membina satu pasukan yang lebih mantap untuk jangka masa panjang dalam menghadapi saingan temasya Sukan SEA 2013 Myanmar kelak.

“Sudah tentu kami kini sedang berusaha untuk meningkatkan tahap prestasi pemain muda ini untuk terus membina satu pasukan yang lebih kuat bagi menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang.

“Dengan pendedahan perlawanan bermutu tinggi seperti ini, saya amat mengharapkan pemain dapat memanfaatkan segala pengalaman dan peluang untuk terus tampil dengan aksi terbaik dalam aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Bahrain pada tahun depan.

“Paling mustahak, mereka harus mengekalkan konsistensi dalam corak dan rentak permainan masing-masing,” katanya.

Monday, December 19, 2011

Live Streaming Arsenal vs Manchester City | live arsenal vs man city 19/12/2011

Pertembungan menarik antara


Arsenal vs Manchester City



or




tags : live manchester city vs arsenal, live streaming arsenal vs man city 18/11/11, siarang langsung arsenal vs man city

Sunday, December 18, 2011

Hoki: Ranking skuad negara meningkat

SKUAD hoki negara berjaya memperbaiki kedudukan ranking dunia apabila melonjak satu anak tangga daripada kedudukan ke-14 kepada kedudukan ke-13 dalam senarai yang dikeluarkan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) bagi hujung tahun 2011 dan permulaan 2012.

Kali terakhir Malaysia berada di posisi yang sama ialah pada 2005 sebelum mengalami kemerosotan prestasi dengan silih berganti menghuni tangga ke-14 dan ke-15 dalam masa enam tahun kemudian.

Pencapaian terbaik skuad hoki negara dalam ranking dunia sebelum ini ialah menduduki tempat keempat pada tahun 1975, kelapan (2002), kesepuluh (2003) dan kesebelas (2004).

Jurulatih negara, Tai Beng Hai menjelaskan, kedudukan ranking ke-13 dunia ini adalah hasil daripada prestasi yang memberangsangkan anak-anak buahnya termasuk kejayaan memenangi pingat perak di temasya Sukan Asia 2010 dan juga pingat gangsa di Trofi Juara-Juara Asia 2011, September lalu.

"Buat kali pertama sejak beberapa tahun yang lalu, kita akhirnya berjaya memperbaiki ranking ke posisi 13 daripada 14," kata Beng Hai.

"Malah, buat kali pertama juga kita berjaya mengumpul lebih seribu mata dalam sistem kutipan mata yang diperkenalkan FIH.

"Jadi bagi saya, ini adalah bukti bahawa skuad hoki kita telah banyak meningkat dan berada dalam prestasi terbaik sejak dua tahun lepas sehingga berjaya memperbaiki kedudukan ranking dunia," jelasnya lagi ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Insentif Kejohanan Cabaran Juara-Juara I di Kuala Lumpur, semalam.

Pada kejohanan Cabaran Juara-Juara I yang berlangsung di Afrika Selatan baru-baru ini, Malaysia berjaya mencapai sasaran menduduki tempat kelima.

Ranking baharu dunia dikeluarkan oleh FIH selepas beberapa kejohanan utama antarabangsa, iaitu kira-kira tiga atau empat kali setahun sejak diperkenalkan pada 2003.

Saturday, December 17, 2011

Harimau Muda penyeri Liga S




KEHADIRAN Harimau Muda A yang gah dengan reputasi selaku juara Sukan Sea Indonesia dalam kancah Liga Singapura (Liga S) tahun depan amat dinantikan 11 lagi kelab yang bersaing dalam liga itu.

Ternyata penyertaan kali pertama pasukan Malaysia ke Liga S bakal menyuntik elemen baru dalam liga negara jiran itu yang beberapa tahun kebelakangan ini dikatakan gagal menarik perhatian penonton ke stadium.


Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Winston Lee, biarpun Harimau Muda A hanya dibarisi pemain bawah 22 tahun, aksi mereka tunjukkan ketika mempertahankan pingat emas di Jakarta bulan lalu membuktikan mereka pasukan yang perlu diberi perhatian.

“Liga S akan semakin menarik dengan penyertaan Harimau Muda A. Harimau Muda A pasukan menjuarai dua kali pingat emas Sukan Sea dan semestinya mereka pasukan yang bagus,” katanya ketika ditemui pada Majlis Taklimat Liga M 2012 di Shah Alam baru-baru ini.


Penyertaan Harimau Muda A ke liga itu direalisasikan menerusi kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FAS yang turut menyaksikan pertukaran pasukan Lions XII ke dalam Liga Malaysia tahun depan.


Biarpun Lions XII turut dibarisi 10 pemain berusia lebih 23 tahun, namun jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee tetap memilih barisan 100 peratus pemain muda dalam usahanya membentuk pasukan ke kejohanan Piala AFC 2012, Sukan Sea Myanmar 2013 dan Sukan Asia Incheon 2014.

Kim Swee : Harimau Muda Hayati Ilmu di Bumi Australia

BARISAN pemain skuad Harimau Muda harus sentiasa memiliki sikap untuk meningkatkan gaya permainan masing-masing bagi menjamin keyakinan diri.


“HAYATI segala ilmu yang diperoleh di bumi Australia bagi membantu mematangkan gaya permainan masing- masing.”

Demikian peringatan jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee (gambar kecil) kepada anak-anak buahnya yang ketika ini sedang berada di Australia bagi mengadakan tiga siri perlawanan persahabatan dengan kelab tempatan di sana.

Menurut Kim Swee, mereka (pemain) sendiri akan rugi jika tidak memanfaatkan sepenuhnya segala pengalaman serta ilmu yang diperoleh daripada tiga aksi persahabatan di bumi kanggaru itu.

Meskipun perlawanan persahabatan itu sekadar dilabel sebagai aksi pemanas badan sebelum menentang Bahrain pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia peringkat Kumpulan C, namun Kim Swee tetap mahukan anak-anak buahnya memandang serius dengan apa yang mereka lalui di negara tersebut.

“Jika mahu berjaya, pemain perlu bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baharu selain menggunakan setiap peluang yang ada bagi meningkatkan prestasi masing-masing,” katanya.

Menurutnya, tiada ruang buat pemainnya untuk berasa selesa kerana banyak lagi cabaran lebih getir perlu dihadapi selepas ini.

Harimau Muda akan beraksi dalam Liga Singapura (Liga S) yang bermula pada Februari tahun depan.

Justeru katanya, amat penting buat semua pemain untuk mengekalkan prestasi masing-masing pada tahap terbaik.

Sejak berada di Australia, skuad Harimau Muda sudah mengharungi dua aksi persahabatan yang menyaksikan mereka menang 3-0 pada perlawanan pertama menentang kelab Sydney FC, Selasa lalu.

Begitupun, anak-anak buah Kim Swee itu tewas 0-1 kepada Central South Mariner pada perlawanan kedua.

Mereka akan sekali lagi menentang Central South Mariner pada aksi ketiga dan terakhir hari ini sebelum pulang ke tanah air keesokan harinya.

“Pemain-pemain menjalani sesi latihan mengikut persiapan biasa, cuma kami rehat semalam (kelmarin) sele- pas menentang Central South Mariner.

“Apabila mengharungi permainan yang bermutu tinggi seperti ini, saya mahu semua pemain mengambil peluang dan memanfaatkan pengalaman sebelum beraksi menentang Bahrain pada aksi kelayakan Olimpik kelak.

“Namun saya percaya, cabaran sebenar bakal menanti pasukan kami apabila beraksi di Liga Singapura pada Februari depan serta Kejohanan AFC bawah 22 tahun pada Jun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Sydney semalam.

Jelasnya, beliau tidak mahu meletakkan sebarang harapan dan tekanan kepada pemain pada aksi perlawanan persahabatan itu, sebaliknya memberi tumpuan untuk menilai kemampuan semua pemain.

Tambahnya, apa yang lebih mustahak, setiap pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama nanti dapat mengekalkan rentak dan corak permainan yang telah diterapkan.

Sekarang Zaman Gelap Sepak Takraw Kita

JURULATIH juga perlu didedahkan dengan ilmu secukupnya ke arah membantu meningkatkan mutu sukan sepak takraw negara.

KEGAGALAN membawa pulang sebutir pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia bulan lalu memberi tamparan yang hebat buat sukan sepak takraw negara.

Selain jurulatih dan barisan pemain skuad elit itu, pemimpin tertinggi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) turut menerima tempiasnya.

Selepas hampir sebulan temasya itu berlalu, kegagalan tersebut masih lagi menjadi topik hangat dalam kalangan pemerhati dan pengkritik sukan tanah air.

Kesempatan ini juga digunakan sepenuhnya oleh musuh-musuh PSM untuk mengkritik dan mendesak barisan pemimpin tertinggi persatuan tersebut supaya meletak jawatan.

Beberapa individu termasuk bekas jurulatih dan pemain negara mendakwa Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail perlu bertanggungjawab atas kekalahan memalukan itu.

Sebagai balasannya, Ahmad perlu meletak jawatan untuk memberi ruang kepada individu yang lebih berwibawa bagi memimpin badan induk sukan tradisi orang-orang Melayu itu.

Bagaimanapun, bercakap memang mudah tetapi untuk menghadapinya cukup sukar.

Ini kerana, budaya menuding jari kepada orang lain sudah sebati dalam kehidupan harian masyarakat di negara ini.

Persoalannya, adakah dengan peletakan jawatan Ahmad itu nanti mampu memulihkan kegemilangan sukan tersebut yang sudah mula tercalar.

Sekiranya benar, siapa agaknya individu yang layak mengambil alih kepimpinan PSM, sekali gus dapat mengubah masa depan sukan sepak takraw negara ini.

Ia mungkin terjawab malam ini apabila beberapa pemimpin tertinggi persatuan negeri dan ahli gabungan bakal mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur.

Selain kemerosotan prestasi para pemain, isu peletakan jawatan itu juga dijangka menjadi topik hangat perbincangan dalam kalangan ahli-ahli majlis badan induk persatuan sepak takraw negara ini.

Namun, beberapa pemimpin tertinggi yang dihubungi Kosmo! memberi pandangan berbeza mengenai isu tersebut.

Naib Presiden 1 PSM, Datuk Tengku Muhammad Sultan Abu Bakar berkata, beliau enggan memberi sebarang komen kerana ia dilihat bakal mengeruhkan lagi situasi tersebut.

“Saya sudah lama tidak ‘bersama’ PSM kerana mengalami masalah kesihatan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri.

“Atas faktor kesihatan juga, saya bersedia melepaskan jawatan selaku Naib Presiden 1 PSM, sekali gus memberi tumpuan sepenuhnya kepada persatuan negeri,” kata Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Pahang (PSNT) itu.

Naib Presiden II, Datuk Awang Sham Amit pula berpendapat, sudah sampai masanya ahli jawatankuasa PSM mengundurkan diri, sekali gus memberi peluang kepada individu lain untuk memimpin dan memajukan sukan tersebut.

Katanya, kegagalan pada Sukan SEA 2011 di Indonesia bulan lalu memberi gambaran yang amat jelas bahawa kepimpinan PSM ketika ini tidak lagi berkemampuan untuk memikul tugas tersebut.

“Bukan sahaja pemain, bekas pemain, peminat dan pemerhati sukan serta pemimpin tertinggi negara juga berasa kecewa dengan kemerosotan skuad negara di peringkat antarabangsa.

“Jadi, saya rasa sudah sampai masanya ahli jawatankuasa PSM termasuk presiden mengundurkan diri. Perkara ini akan saya bangkitkan dalam mesyuarat yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur malam esok (malam ini).

“Atas kapasiti Naib Presiden PSM, saya bersedia meletak jawatan dan berharap rakan-rakan seperjuangan yang lain turut berbuat demikian. Sudah terlalu lama persatuan ini bergolak.

“Kita perlu sedar, ada orang tidak sukakan kita. Jadi, kita perlu memberi peluang kepada individu lain untuk memimpin,” kata Awang Sham yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Sabah (Astaka).

Awang Sham berkata, beliau yakin ramai individu di luar sana yang boleh memimpin persatuan ini tetapi sedikit perubahan perlu dilakukan, terutamanya yang berkaitan dengan perlembagaan.

Untuk rekod, Awang Sham pernah menggalas tugas selaku pengurus pasukan pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Sementara itu, Naib Presiden IV, Datuk Dr. Paruwadi Musa berkata, isu peletakan jawatan Ahmad hanya satu mainan politik dan dicetuskan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

“Jangan campuradukkan sukan dengan politik. Kita sepatutnya berfikir bagaimana cara untuk memajukan sukan tradisi orang- orang Melayu ini. Sukan ini sedang menuju ke era profesional.

“Persoalan utama, sekiranya Ahmad mengundurkan diri, siapa calon yang lebih layak dan terbaik untuk menggantikan tempat tersebut?

“Sebenarnya, beliau (Ahmad) tidak ada masalah untuk meletak jawatan. Beliau tidak ada apa-apa kepentingan. Beliau cuma sayangkan sukan ini dan sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk kemajuan sukan ini,” kata Paruwadi yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS).

Menurut Paruwadi, kemerosotan sukan sepak takraw di negara ini bukan berpunca daripada presiden, pengurus atau jurulatih.

Sebaliknya, sikap para pemain itu sendiri yang menyebabkan mutu sukan ini semakin merudum sejak akhir-akhir ini.

“Segala-galanya tidak akan menjadi tanpa kerjasama dan semangat para pemain itu sendiri. Apa yang saya lihat, kegagalan skuad negara berpunca daripada tiadanya semangat juang yang tinggi dalam diri para pemain.

“Kekurangan ini dapat dilihat dengan jelas, terutamanya pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia bulan lalu. Para pemain negara kelihatan lesu, tidak bermaya dan seolah-olah belum bersedia untuk menghadapi perlawanan penting tersebut.

“Persatuan menerusi jurulatih dan pengurus telah melakukan segala-galanya tetapi sikap para pemain itu sendiri yang menyebabkan mereka tewas.

“Saya tidak berdiri teguh di belakang Ahmad tetapi akan memberi sokongan padu kepada individu yang boleh buat kerja. Ahmad memiliki ciri-ciri yang diperlukan itu,” kata Paruwadi yang menggalas tugas selaku pengurus skuad wanita pada Sukan SEA lalu.

Paruwadi menegaskan, secara peribadi beliau beranggapan sesiapapun yang memegang jawatan presiden akan berdepan masalah sekiranya sikap berpolitik wujud dalam persatuan tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PSM, Mohd. Shapian Ali menganggap pemecatan Ahmad bukan jalan penyelesaian terbaik.

Sebaliknya, Shapian yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) menegaskan, semua persatuan negeri perlu bangkit dan mengadakan program pembangunan masing-masing.

“Tidak ada kejohanan atau program pembangunan dibuat oleh persatuan-persatuan negeri menyukarkan PSM untuk mencari pemain bagi mewakili negara,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kemerosotan prestasi skuad negara di pentas antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Menurut Mohd. Shapian, beliau yakin negara dapat melahirkan pemain-pemain baharu melalui program pembangunan sekiranya persatuan-persatuan negeri bergerak aktif dan tidak berpeluk tubuh.

“Tiada langsung program dan kejohanan menyebabkan kita ditinggalkan oleh negara- negara lain,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, PSM juga perlu melihat semula keupayaan jurulatih-jurulatih yang ada kerana sukan itu sekarang semakin pantas berkembang.

“PSM perlu tingkatkan ilmu pengetahuan jurulatih dengan ilmu-ilmu baharu.

“Kekecewaan pada Sukan SEA 2011 di Indonesia bulan lalu sepatutnya dijadikan iktibar dan pengajaran untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan tersebut,” jelas beliau.

Friday, December 16, 2011

Singapura Kebal



TERCOROT pun tetap kekal dalam saingan Liga Super.Demikian ‘kekebalan’ pasukan negara jiran, Lion XII FC dari Singapura yang tetap kekal beraksi dalam saingan Liga Super bagi musim 2013 meskipun menduduki tangga tercorot liga yang membabitkan 14 pasukan itu pada aksi Liga Malaysia (Liga M) musim 2012.

Keistimewaan itu tidak dimiliki mana-mana baki pasukan lain kerana dalam liga walaupun menamatkan aksi di tangga ke-13 Liga Super di depan Lion XII FC sekalipun, mereka bakal ‘terhumban’ ke Liga Perdana bagi musim 2013.

Malah, lain pula ceritanya dengan Harimau Muda B yang terpaksa melupakan aksi Liga Super 2013 walaupun skuad kendalian Ismail Ibrahim itu berjaya muncul juara Liga Perdana pada musim depan, tetapi mereka tetap bersaing dalam Liga Perdana. Penyertaan mereka hanyalah sebagai pendedahan.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin begitupun tidak mahu perkara itu disensasikan mana-mana pihak memandangkan penampilan pasukan negara jiran dalam saingan Liga Super itu sudah termaktub dalam memorandum persefahaman (MoU) antara FAM dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebelum ini.

“Selain tidak dibenarkan menggunakan khidmat pemain import seperti mana pasukan lain, pasukan Lion XII FC juga hanya akan menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM750,000 sekiranya muncul juara Liga Super.

“Mereka juga tidak akan menerima sebarang insentif lain seperti mana pasukan lain dalam saingan musim depan, jadi cukup-cukuplah mensensasikan isu ini,” katanya semalam.

Kehadiran Lion XII FC yang kembali mewarnai saingan bola sepak tempatan selepas 17 tahun lalu, kali ini jelas ‘kurang disenangi’ segelintir pemerhati bola sepak tempatan, terutamanya tindakan skuad tersebut menyenaraikan 10 pemain berusia lebih 23 tahun.

Berdasarkan MoU itu, Lion XII FC yang dikendalikan V. Sundramoorthy bakal beraksi dalam saingan Liga M selama empat musim sehingga 2015 sebagai pertukaran dengan skuad Harimau Muda yang akan beraksi dalam Liga Singapura (Liga S) bermula Februari tahun depan.

Dalam pada itu, Hamidin berkata, hanya 12 pasukan sahaja yang akan kekal beraksi dalam saingan Liga Super 2013 berbanding 14 pasukan pada musim depan.

Selain Lion XII FC katanya, sembilan pasukan terbaik akan kekal dalam aksi Liga Super sementara dua lagi pasukan diisi oleh juara Liga Perdana serta pemenang perlawanan playoff.

“Untuk perlawanan playoff (Liga Super bagi musim 2013), ia akan membabitkan naib juara Liga Perdana 2012 serta tiga pasukan yang menghuni tangga ke-10, 11 dan 12 Liga Super 2012.

“Sementara pasukan tercorot Liga Super musim depan (selain Lion XII FC) pula akan terus diturunkan ke Liga Perdana bagi musim 2013,” katanya.

Kemboja Pula Minat Sertai Liga M

KELAB Kemboja, Preah Khan Reach antara pasukan dari rantau ASEAN yang berminat beraksi dalami Liga Malaysia.


KEHADIRAN semula pasukan negara jiran, Singapura yang kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan dilihat bukan sahaja mengujakan peminat bola sepak tempatan tetapi juga warga republik itu sendiri.

Kembali dengan nama Lion XII FC, sebahagian besar peminat bola sepak tempatan begitupun pastinya masih belum lupa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang 'berpatah arang berkerat rotan' dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta bertindak keluar daripada saingan Liga M sebelum ini.

Ia gara-gara FAS dikhabarkan tidak berpuas hati dengan peraturan levi tiket sebelum membentuk Liga Singapura (Liga S) kira-kira 17 tahun lepas.

Biarpun ada yang 'kurang senang' dengan 'kepulangan' Singapura kali ini termasuk sikap 'manja' mereka yang membariskan 10 pemain melebihi usia 23 tahun, sudah pasti kehadiran mereka bakal menghangatkan lagi saingan bola sepak tempatan serta mengundang gerun pasukan lawan.

Tidak mustahil akan ada lebih banyak pasukan atau kelab dari negara serantau bakal mengikuti jejak langkah Singapura selepas ini, sekali gus membantu meningkatkan lagi tahap kompetitif Liga M, dan ia turut diakui Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Menurut beliau, selain kelab Preah Khan Reach dari Kemboja yang pernah membuat permohonan bagi menyertai aksi Piala FA sebelum ini, pihaknya juga telah menerima beberapa permohonan daripada beberapa kelab terkemuka dari Thailand dan Indonesia yang turut melahirkan hasrat sama.

"Begitupun, segala-galanya masih di peringkat perbincangan dan tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa terdekat setelah meneliti pelbagai aspek.

"Namun, saya juga tidak menolak kemungkinan mengenai penyertaan mereka pada masa depan yang dilihat dapat mengeratkan lagi rangkaian perhubungan antara negara terlibat demi kemajuan bola sepak serantau," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Untuk rekod, selain Singapura, Brunei juga pernah beraksi dalam saingan bola sepak tempatan apabila pernah muncul juara Piala Malaysia 1999, selain pasukan kelab dari negara itu, Brunei DPMM FC yang juga pernah mewarnai saingan Liga M sejak 2005 sebelum berhijrah ke Liga S pada musim 2009.

Meskipun keputusan FAM mengalu-alukan penyertaan pasukan dari luar bagi mewarnai kancah Liga M selepas ini, mungkin ia bakal mengundang persepsi negatif segelintir pemerhati bola sepak yang menganggapnya kurang sesuai, termasuk seolah-olah menjadikan Liga M sebagai 'liga rojak'.

Kesungguhan FAM yang tidak pernah jemu memikirkan formula terbaik bagi meningkatkan kualiti dan tahap kompetitif Liga M supaya muncul sebagai antara liga yang sempurna dan disegani di rantau Asia Tenggara selama ini sememangnya harus dipuji.

Thursday, December 15, 2011

Harimau Muda tewas pada Pasukan Hebat


Keputusan Malaysia vs Central Coast Mariners FC

Malaysia 0 - 1 Central Coast Mariners FC



Tidak perlu rasa kecewa dan banyak perkara yang dipelajari.

Itulah yang dikatakan oleh jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee selepas tewas 0-1 kepada Central Coast Mariners dalam perlawanan kedua siri perlawanan persahabatan di Australia, semalam.

Menurut Kim Swee, apa yang paling mustahak adalah bukan keputusan tetapi pendedahan yang diraih pemain cukup banyak tambah lagi bertemu dengan salah sebuah pasukan hebat di Liga Australia.

"Kita dapat nilai kelemahan pasukan hari ini (semalam) dan pemain mula memperbaikinya dalam perlawanan, mereka (Central Coast Mariners) juga bukan calang-calang pasukan kerana beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Jelasnya, Central Coast menurunkan pemain utama mereka dan ia sesuatu yang positif buat anak buahnya kerana berkesempatan untuk beraksi pada peringkat tertinggi berbeza ketika bertemu Sydney FC kelmarin.

"Ketika menang dengan Sydney FC 3-0 semalam (kelmarin) kita berdepan dengan pasukan yang mempunyai tahap yang berbeza, mereka menurunkan pemain simpanan tidak seperti Central Coast Mariners yang menampilkan pemain utama.

"Ini adalah pasukan yang hebat dalam Liga Australia kerana berada di kelompok teratas, ini sesuatu yang cukup baik buat pasukan di mana kami amat memerlukan perlawanan seperti ini seberapa banyak yang mungkin," ujarnya.

Central Coast Mariners yang menduduki tempat kedua liga musim ini dibimbing oleh Graham Arnold yang merupakan bekas pemain kebangsaan Australia dan pernah membimbing skuad Socceroos pada 2006-2007.

Kim Swee berkata, pemain harus mengekalkan corak permainan meneruskan intensiti yang ada sekarang sebagai bekalan pada perlawanan penting pada masa akan datang.

Kecuali penjaga gol, Kim Swee menyenaraikan pemain utama termasuk rangkaian pertahanan Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Zubir Azmi manakala rangkaian tengah pula diisi oleh K. Gurusamy, Nazmi Faiz Mansor, Fandi Othman dan Wan Zack Haikal Wan Noor. Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Hazwan Bakri diletakkan di bahagian serangan.

Skuad Harimau Muda beraksi cemerlang pada keseluruhan perlawanan sebelum bolos pada minit ke-83. Isnin depan mereka akan berdepan satu lagi perlawanan persahabatan bertemu pasukan Newcastle United Jets di Stadium Ausgrid, Newcastle.

Wednesday, December 14, 2011

Video Hightlights Malaysia vs Sydney FC

Keputusan  Harimau Muda vs Sydney FC ini sedikit sebanyak menaikan semangat pemain Harimau Muda untuk terus maju lagi

PENYERANG berbakat, Ahmad Hazwan Bakri meledak dua gol ketika membantu skuad Olimpik negara menewaskan juara bertahan Liga-A Australia, Sydney FC 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan di Sydney, semalam.

Hazwan yang memang dahagakan aksi antarabangsa selepas terpaksa melupakan saingan Sukan SEA dan kelayakan Olimpik 2012 bulan lalu akibat kecederaan, menggunakan kesempatan sebaik mungkin untuk membuktikan kemampuannya kepada jurulatih, Ong Kim Swee.

Namun bagi Kim Swee yang mempersiapkan Harimau Muda untuk musim sulung Liga Singapura dan kelayakan Piala AFC 2013 yang akan bermula Jun depan, masih terlalu awal untuk menghamburkan pujian kepada penyerang 20 tahun itu, sebaliknya menuntut aksi lebih konsisten daripada semua pemain pada perlawanan seterusnya.

“Memang ini satu keputusan positif,” kata Kim Swee.

“Walaupun Sydney FC tidak menurunkan kesebelasan utamanya, saya juga melakukan perkara sama dengan menurunkan 80 peratus pemain simpanan yang jarang diturunkan.

“Saya tidak mahu pemain cepat berpuas hati dengan kemenangan ini. Bagi saya ujian lebih besar adalah menentang Central South Mariner esok (hari ini) kerana mereka mungkin menurunkan skuad terbaiknya.”

K Gurusamy membuka jaringan menerusi tendangan percuma pada babak pertama ketika menewaskan Sydney FC dan Hazwan yang dimasukkan pada babak kedua, menemui sasaran dua kali.





Tahniah dari kami buat HARIMAU MUDA..!!

tags : keputusan malaysia vs sydney fc, keputusan harimau muda vs sydney fc, results malaysia vs sydney fc, result young tiger vs sydney fc, video goal malaysia vs sydney fc

Tuesday, December 13, 2011

Harimau Muda Uji Sydney FC

 
KIM SWEE (kiri) tetap akan menurunkan barisan terbaik pada aksi menentang Sydney FC hari ini. 


TEKA-TEKI sama ada pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee bakal diuji dengan skuad terbaik ketiga-tiga kelab elit sepanjang 'berguru' di Australia bakal terjawab menjelang pertemuan pertama menentang Sydney FC pagi ini.

Apa yang pasti, Kim Swee tanpa berselindung mengakui bakal mempertaruhkan barisan terbaik dalam ketiga-tiga pertemuan itu nanti sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Singapura (Liga S) yang akan membuka tirainya Februari tahun depan.

Menurut beliau, mengikut perjanjian asal sebelum ini, ketiga-tiga kelab elit tersebut, termasuk Central South Mariner dan Newcastle Jets berjanji akan menurunkan pemain terbaik pasukan masing-masing ketika menghadapi Harimau Muda.

"Sekiranya mereka sekadar menurunkan skuad simpanan sekalipun, saya tetap mempertaruhkan barisan terbaik dalam ketiga-tiga perlawanan itu biarpun tidak memi- kirkan sangat mengenai keputusan perlawanan.

"Bagi saya, cabaran daripada ketiga-tiga kelab elit itu tidak boleh di- pandang mudah kerana sudah tentu pemain simpanan mereka juga tidak kurang hebatnya kerana tahap permainan mereka amat berbeza, selain beraksi dalam liga yang cukup kompetitif seperti mana Liga Jepun dan Korea Selatan.

"Namun pada masa sama, saya tetap mencuba beberapa pemain baharu dan yang jarang diturunkan sebelum ini pada ketiga-tiga perla- wanan itu nanti," katanya kepada Kosmo!.

Hari ini, Harimau Muda bakal berdepan Sydney FC pada pukul 11.30 pagi waktu Australia (pukul 8.30 pagi waktu Malaysia) sebelum menentang Central South Mariner esok dan menutup aksi menentang Newcastle Jets pada 19 Disember ini.

Difahamkan, Central South Mari- ner merupakan antara pencabar utama Liga Australia (Liga A) musim lepas, manakala Sydney FC dan Newcastle Jets pula merupakan pasukan-pasukan yang menghuni pertengahan liga.

Antara muka lama yang dijangka mendapat kepercayaan Kim Swee dalam kesebelasan utama dalam ketiga-tiga perlawanan itu nanti termasuklah kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat selain Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd. Irfan Fazail, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Shas, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Syahrul Azwari Ibrahim dan Fakri Saa- rani.

Begitupun kata Kim Swee, tahap kecergasan Syahrul Azwari, Mohd. Irfan dan K. Gurusamy masih lagi diragui dan hanya boleh diketahui hari ini.

Dalam pada itu, Kim Swee juga yakin dengan kredibiliti kesemua 23 pemain yang dibawa 'terbang' ke Australia kali ini, termasuk beberapa muka baharu seperti Shahrul Mohd. Saad, S. Sivanesan dan Mohd. Shahril Saari.

"Untuk makluman semua, saya terpaksa membuat keputusan mengetepikan beberapa pemain seperti Shukor Jusoh dan Gary Steven Robbat untuk dibawa ke Australia kali ini kerana masih belum cergas sepenuhnya gara-gara kecederaan, selain pemain seperti Syazwan Yusof juga terpaksa diketepikan kerana saya difahamkan dia masih mempunyai ujian peperiksaan.

"Justeru, saya harap kesemua 23 pemain yang dibawa ke Australia kali ini dapat menimba ilmu yang berguna, bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi juga dapat berkongsi ilmu dengan rakan sepa- sukan yang tidak dapat turut serta," katanya.

Tuesday, November 29, 2011

Kelab Indonesia Lamar Baddrol dan Farizal




KUALA LUMPUR - Selepas Safee Sali, kelibat pemain negara semakin mencuri perhatian di kalangan kelab di negara seberang apabila kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya dan Persisam Putra Samarinda menyatakan tawaran secara rasmi untuk mendapatkan beberapa tonggak Harimau Malaya.

Pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Rahim yang dihubungi mengesahkan dua penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias, juga ketua pasukan negara pada Sukan SEA XXVI, Baddrol Bakhtiar, menjadi buruan dua kelab berkenaan.

Selain itu, menurut laporan media Indonesia, PSPS Pekanbaru turut mengintai peluang untuk melamar bintang Selangor, Safiq Rahim yang sedang menjalani latihan di Cardiff City.

"Pelita Jaya amat berminat dengan Khairul Fahmi dan Baddrol manakala Persisam Putra Samarinda yang pada mulanya mahu memikat Khairul Fahmi kini mengalihkan perhatian kepada Farizal Marlias.

"Buat masa ini, perbincangan mengenai perpindahan Baddrol dan Farizal sedang berjalan namun peluang ke sana masih belum pasti kerana mereka masih ada baki kontrak setahun.

"Namun peluang Khairul Fahmi sedikit sukar kerana melalui pertemuan saya dengan Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini, beliau masih belum bersedia melepaskan Khairul, " katanya.

Jelas Zakaria, prestasi hebat Baddrol semasa mengetuai cabaran negara mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini punca Pelita Jaya terpikat kepada pemain dari Sungai Petani itu.

"Wakil dari Pelita telah berjumpa dengan saya dan kami telah mengadakan perbincangan. Buat masa ini ia pada peringkat awal dan Kedah telah sedia maklum akan situasi tersebut, " katanya.

Bagi Farizal, dia berkata, pada mulanya Persisam berminat dengan khidmat Khairul Fahmi namun setelah diberikan penjelasan situasi di Kelantan, Zakaria telah mencadangkan nama Farizal sebagai pengganti dan mereka turut berminat dengan aksi yang ditunjukkan oleh penjaga gol Negeri Sembilan itu.

"Situasi Farizal juga lebih kurang sama dengan Baddrol sementara Khairul Fahmi saya rasa peluangnya agak sukar, mungkin tahun hadapan dia boleh beraksi di sana bergantung kepada baki kontrak tetapi tahun ini saya lihat agak tipis, " katanya.

Jelas Zakaria, penambahan kuota pemain import dari empat kepada lima pemain dengan dua dikhususkan kepada pemain dari benua Asia yang sebelum ini hanya satu pemain, membuka ruang pemain Malaysia beraksi di sana.

"Perkara ini baru sahaja diputuskan pada mesyuarat pengurusan pertandingan ISL baru-baru ini dan ia adalah satu berita baik kepada pemain Malaysia yang mahu beraksi di sana, " katanya.

Harimau Muda akui Terleka

 
Aksi Mohd. Fandi Othman (tengah) yang diasak pemain Bahrain dalam perlawanan Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.


KUALA LUMPUR - "Perasaan saya amat kecewa kerana tidak dapat membalas pengorbanan para peminat yang datang menyokong kami dari awal sehingga akhir perlawanan.

"Untuk itu saya meminta maaf kepada semua penyokong bola sepak negara kerana menghampakan anda semua dengan kekalahan ke atas Bahrain."

Demikian luahan pemain sayap skuad bawah 22 negara, Mohd. Fandi Othman selepas skuad negara kalah 2-3 kepada Bahrain pada perlawanan Kelayakan Olimpik kelmarin.

Mengakui masih sukar menerima kekalahan tersebut, Fandi berkata, kelekaan selepas mendahului 2-0 menjadi penyebab utama mereka dikejutkan dengan tiga gol pantas Bahrain.

Ia meleburkan impian pasukan negara untuk mencatat kemenangan pertama dalam saingan pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik London 2012.

"Selepas mendahului dengan kelebihan dua gol, kami sedikit leka dan mengambil sikap mudah tambahan lawan bermain dengan 10 orang.

"Sebaik sahaja lawan memperoleh gol pertama pada minit ke-80, mereka seolah-olah mendapat semangat baru.

"Sedangkan kami sebaliknya gagal bertahan dengan baik mempertahankan kedudukan.

"Perlawanan ini boleh dikatakan paling pahit dalam karier saya bergelar pemain bola sepak profesional.

"Diharapkan kekalahan semalam memberikan pengajaran paling berguna kepada saya dan rakan-rakan yang lain pada masa akan datang, " kata Fandi, yang beraksi dalam kecederaan hamstring sepanjang perlawanan.

Selain Fandi, seorang lagi tonggak tengah, Mohd. Irfan Fazail juga terpaksa menghabiskan baki permainan dalam keadaan cedera.

Ini kerana tiada lagi pertukaran pemain dapat dilakukan selepas Wan Zack Haikal, Mohd. Affize Faisal dan Mohd. Nazmi Faiz digantikan kerana turut mendapat kecederaan.

Pertahanan negara, Mohd. Fadhli Shas juga meminta maaf kepada kepada penyokong, sambil mengakui dia sukar melelapkan mata apabila mengenangkan kembali detik 10 minit terakhir perlawanan.

"Saya tidak dapat tidur semalaman selepas perlawanan. Sukar hendak percaya dengan apa yang terjadi, tidak tahu bagaimana saya hendak memperjelaskan bagaimana situasi sebenar semalam.

"Segalanya berlaku dengan pantas, pemain hilang fokus dan kebanyakan antara kami mula keletihan di samping beberapa rakan sepasukan bermain dalam keadaan cedera, " katanya.

Walaupun sedar peluang Malaysia semakin tipis untuk melayakkan diri ke saingan Sukan Olimpik London, Fadhli tetap berharap mereka dapat menebus maruah yang tercalar pada perlawanan di Bahrain yang dijadualkan pada 5 Februari depan.

"Kami akan cuba lupakan kekalahan dengan Bahrain, kami mahu memulihkan kembali semangat dalam masa tiga bulan ini apabila akan ke Australia pada bulan depan," katanya.

Senarai Pemain Malaysia U17

klik gambar untuk besarkan


Senarai Pemain Malaysia bawah 17 tahun ini kami kongsikan untuk bacaan umum, sumbar dari FAM


Standing from the left :

Mohd Norhamizaref Bin Hamid, Muhammad Nazmi Faiz Bin Mansor, Mohd Khairul Bin Mohamad, Mohamad Izdihar Qaedi Bin Jidi, Osman Bin Mohd Yusof, Mohd Furquon Bin Ahmad, Muhammad Syazwan Bin Tajudin, Muhammad Hafiz Bin Mohd Fauzi, Mohamad Ashmawi Bin Md Yakin, Muhammad Asri Bin Mardzuki, Mohamad Faiz Bin Abdul Khalid, Muhamad Yazid Bin Zaini , Mohammad Ridzuan Bin Abdunloh.


Seating from the left :

Salamon Raj A/L Adaickalam, Nur Areff Bin Kamaruddin, Muhammad Nizam Bin Mohd Ruslan, Muhamad Akhir Bin Bahari, Muhamad Shaaban Bin Roslan, Haris (Assistant Coach), Sivam (Assistant Coach,) Aminuddin (Coach), Richard (Gk Coach), Sara Yasmin (Physiotherapy), Muhammad Hanif Bin Mat Dzahir, Mohamad Akmal Bin Ishak, Mohamad Fazrul B Mohammad, Nik Syafiq Syazwan Bin Nik Min.

********************

Salah seorang dari mereka iaitu Nazmi Faiz Mansor telah menjadi bintang baru Harimau Muda

Biodata Nazmi Faiz Mansor <----

tags : senarai pemain malaysia bawah 17 tahun, pemain harimau muda bawah 17 tahun , player malaysia under 17, senarai pemain harimau muda bawah 17 tahun, senarai pemain malaysia u17, nama jurulatih malaysia bawah 17 tahun, nama jurulatih bola sepak malaysia bawah 17 tahun, senarai pemain bola sepak malaysia bawah 17 tahun

Monday, November 28, 2011

Bahrin Malukan Harimau Muda

PEMAIN pertahanan Harimau Muda, Mohd. Zubir Azmi (kiri) diasak pemain Bahrain, Sami Mohamed Al Husaini pada aksi Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 di Stadium, Bukit Jalil malam tadi. Harimau Muda tewas 2-3.

*****************

TIGA gol pasukan lawan dalam tempoh enam minit mengundang padah buat Harimau Muda apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Lebih mendukacitakan, anak-anak buah Ong Kim Swee gagal menggunakan kelebihan dua gol sekalipun Bahrain terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.

Ternyata beraksi di depan lebih 40,000 penyokong sendiri bukannya kelebihan buat Harimau Muda yang mungkin sudah boleh melupakan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan.

Percaturan jurulatih Bahrain, Salman Shareeda yang membawa masuk dua penyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna, dalam tempoh 10 minit membuahkan hasil apabila kedua-dua pemain itu meledak ketiga-tiga gol pasukan pelawat.

Bahrain terlebih dahulu menguji gawang negara apabila rembatan Mohamed Ali Tayeb Al-Alawi terus ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat seawal minit kedua.

Tersentak dengan asakan itu, Harimau Muda yang kembali mengatur gerak, namun rembatan Wan Zack Haikal Wan Nor hasil hantaran cantik satu dua bersama Irfan Fazail, mudah dibaca penjaga gol pelawat, Ashraf Waheed Al-Sebaie lima minit kemudian.

Gol pendahuluan Harimau Muda akhirnya menjelma apabila rembatan deras kaki kiri Nazmi Faiz Mansor dari luar kotak penalti terus menerjah jaring Bahrain pada minit ke-30.

Jaringan itu ternyata menambah tonik Harimau Muda apabila berterusan menggandakan asakan, namun tandukan Mohamed Amer Saidin sedikit melewati palang gol hasil sepakan penjuru Mahali Jasuli pada minit ke-37.

Sebaik babak kedua bersambung, Bahrain dilihat semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Mohd. Affize Faisal Mamat pada minit ke-58.

Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya Harimau Muda yang berjaya menggandakan kelebihan apabila kesilapan mudah Ashraf Waheed yang gagal menangkap kemas bola hantaran lintang Mohd. Fandi Othman dihukum Mahali Jasuli yang tenang menyambar bola muntah untuk gol kedua pada minit ke-66.

Bahrain yang tidak berputus asa berjaya merapatkan kedudukan apabila sepakan gunting Saad Salah terus menerjah gawang Harimau Muda pada minit ke-80.

Gegak gempita di Stadium Nasional, Bukit Jalil akhirnya bertukar sunyi sepi apabila Isa Ahmed berjaya menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh dua minit bagi memastikan tiga mata berharga buat Bahrain.

Cubaan Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tidak berhasil apabila Mohd. Ferris Danial Mat Nasir yang tidak dikawal gagal menyambut hantaran Mahali pada masa kecederaan.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Harimau Muda dalam saingan kelayakan Olimpik selepas tewas 0-2 dalam dua-dua perlawanan menentang Jepun dan Syria sebelum ini.

Dengan keputusan itu, Harimau Muda kini kekal di tangga tercorot Kumpulan C, sementara Jepun kekal menerajui takhta apabila menjinakkan Syria 2-1 di Stadium Olimpik Nasional, Tokyo semalam.-kosmo

******************
Kami agak kecewa dengan keputusan semalam, tetapi kami paham dan pasti pemain harimau muda juga kecewa, mereka pasti tahu kesilapan mereka sendiri.

Setakat ini kami bangga dengan pencapaian anak buah OKS

Sunday, November 27, 2011

Friday, November 25, 2011

Harimau Muda kembali lengkap

 





KUALA LUMPUR – Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee mempunyai beberapa sebab untuk tersenyum menjelang perlawanan getir menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Pertama, tiga tonggak utama, Syahrul Azwari Ibrahim, Fadhli Shas dan Irfan Fazail dijangka cergas untuk kembali memperkuatkan kesebelasan utama dalam misi mengutip tiga mata penuh.

Hanya kemenangan mampu menghidupkan peluang kita untuk setidak-tidaknya merebut kedudukan naib juara Kumpulan C.

“Syahrul, Irfan berkemungkinan besar dapat diturunkan dan Fadhli yang tidak bermain menentang Syria kerana demam, patut tiada masalah untuk beraksi Ahad ini,” kata Kim Swee yang akhirnya boleh menarik nafas lega selepas mengharungi jadual padat Sukan SEA dan menghadapi kekangan masa untuk membuat persiapan menentang Syria, kelmarin.

Rehat selama tiga hari merupakan peluang terbaik untuk seluruh skuad terutama sebilangan pemain yang terpaksa beraksi dalam dua perlawanan tegang berturut-turut dalam tempoh kurang dari 48 jam.

Bagi Kim Swee, dia sendiri juga mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persiapan dan percaturan taktikal lebih rapi berbanding ketika bertemu Syria.

“Saya tiada peluang untuk bermimpi pun,” keluhnya merujuk kepada masalah kekangan masa.

Bagaimanapun persembahan bertenaga di luar jangkaan daripada kesebelasan terbaik yang dapat diturunkan kelmarin, telah membangkitkan keyakinan dalam dirinya bahawa peluang mengejutkan Bahrain adalah cerah dengan adanya skuad yang lebih lengkap dan cergas.

Aksi menakjubkan pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Noor yang membuat penampilan sulung selepas lebih dua bulan tidak bermain, mendapat pujian Kim Swee.

“Saya agak terkejut Wan Zack mampu beraksi dengan sempurna sepanjang 90 minit permainan, ia satu keadaan yang agak luar biasa untuk seorang pemain yang diketepikan bagi tempoh panjang.

“Ini menunjukkan sepanjang tempoh dia tidak berlatih bersama kami, dia sendiri telah bersungguh-sungguh membuat latihan untuk mengembalikan sentuhan dan kecergasannya. Saya rasa sikap seperti ini patut dicontohi semua pemain,” jelasnya.

Sementara itu, Kim Swee juga mengharapkan lebih ramai penonton membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk memberi kekuatan tambahan kepada pasukannya.

Beliau mengakui, kejayaan menumpaskan Indonesia pada final Sukan SEA XXVI, Isnin lalu menukar senario bola sepak negara.

Justeru, beliau berharap peminat terus memberi sokongan untuk anak-anak buahnya berdepan Bahrain. “Saya amat terharu dengan semangat penyokong yang setia bersama kami walaupun tewas 0-2 kepada Syria, mereka tidak berganjak dari tempat duduk. Kami akan membalas sokongan anda pada Ahad ini,”’’ katanya lagi.

Video Peminat Menyambut Harimau Muda di LCCT

Penyokong setia Harimau Muda sehati sejiwa menunggu ketibaan pemain kesayangan mereka tiba di LCCT


Thursday, November 24, 2011

Bekas pemain bola sepak kebangsaan meninggal

PULAU PINANG - Bekas pemain bola sepak negara pada era 1960-an, Abu Hassan Mohamad, 74, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat serangan strok kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Menurut anak sulungnya, Azhar Abu Hassan, 44, pemain sayap kiri pasukan Malaya itu mula dimasukkan ke hospital kelmarin kira-kira pukul 9 malam selepas serangan strok.

Jelasnya, anggota keluarga termasuk beliau berada di sisi ketika bapanya menghembuskan nafas terakhir.

"Kami sekeluarga sebenarnya terkejut dengan pemergiannya kerana beliau langsung tidak menunjukkan sebarang tingkah laku yang pelik.

"Allahyarham hanya berpesan kepada ibu saya, supaya mengejutkan dirinya daripada tidur bagi menonton perlawanan akhir Malaysia lawan Indonesia. Namun hasratnya tidak kesampaian apabila di serang strok," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jenazah Abu Hassan dibawa ke rumah ibu saudaranya di Gelugor di sini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gelugor selepas solat Zuhur.

Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah ialah rakan-rakan sepasukan Allahyarham seperti Datuk M. Kuppan, Datuk Namat Abdullah dan Datuk Mohd. Junid Mohd. Noor.