Tuesday, January 31, 2012

Rajagobal Masih Tunggu Jawapan Arab Saudi


K. Rajagobal memberi arahan kepada pemain pada hari pertama sesi latihan skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan dengan Arab Saudi dan Filipina di padang Wisma FAM Kelana Jaya


PETALING JAYA - Hasrat skuad Harimau Malaya untuk menguji Arab Saudi belum menjadi kenyataan apabila masih tiada maklum balas daripada negara itu mengenai perlawanan persahabatan yang dijadualkan 24 Februari ini.

Jurulatih Datuk K. Rajagobal berkata, beliau dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menanti status sebenar perlawanan tersebut, walaupun beliau secara peribadi menanam keyakinan pertemuan dengan gergasi Asia itu tetap akan berjalan seperti dirancang.

"Arab Saudi belum memberi apa-apa jawapan mengenai pertemuan dengan Malaysia.

"Namun ada tanda positif mereka berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut.

"Saya yakin ia tetap akan diadakan sebelum kami bertemu Filipina pada 29 Februari ini.

"Jika perlawanan dengan Arab Saudi tidak jadi, kami tidak boleh menggantikan dengan pasukan lain pada saat akhir kerana terikat dengan kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa)," katanya ketika ditemui pada sesi latihan hari pertama Harimau Malaya di Wisma FAM.

Pengendali berusia 56 tahun itu turut mengesahkan skuadnya berpeluang menguji Kelantan dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

"Namun pada perlawanan itu nanti, saya tidak dapat menggunakan beberapa pemain ATM (Angkatan Tentera Malaysia).

"Ini kerana mereka terlibat dalam perlawanan Liga Perdana menentang Pahang Jumaat ini. Saya akan memberi peluang kepada pemain lain," katanya.

Wednesday, January 25, 2012

Status Bintang bukan jaminan ok..!


MARLON (dua dari kiri) menjadi sandaran ATM untuk mengharungi saingan Liga Perdana musim ini.


HARUS keluar dari zon ‘selesa’.
Itulah saranan jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan kepada barisan pemain pasukan itu selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Sime Darby pada aksi Liga Perdana Sabtu lalu.

Perlawanan ATM menentang Sime Darby yang dijadualkan pada 20 Januari lalu terpaksa ditunda keesokan harinya selepas hujan lebat.

Ketika itu, ATM selesa mendahului Sime Darby dengan 2-0 menerusi Marlon Alex James.

Begitupun, Sathianathan meluahkan rasa kecewa selepas pasukan itu gagal meneruskan momentum pada aksi ulangan, sekali gus tewas buat julung kalinya musim ini.

Bekas pengendali Kelantan itu menganggap barisan pemain terlalu memandang rendah keupayaan pemain lawan sehingga memakan diri sendiri.

Jelasnya, beliau mahu para pemain berkerja lebih keras dan gigih dengan menukarkan mentaliti tersebut jika berhasrat untuk beraksi di Liga Super pada musim depan.

Tambahnya lagi, beliau tidak mahu anak-anak buahnya terlalu bergantung kepada tenaga import sebaliknya mahu bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Saya tidak mengetahui (punca kekalahan itu). Mungkin pada perlawanan pertama selepas mendahului 2-0 sebelum ditunda pada Sabtu lepas, kami terlalu yakin (untuk meraih tiga mata) menentang Sime Darby.

“Satu pengajaran yang cukup berguna kepada pemain-pemain saya. Sebagai pemain bintang, mereka haruslah beraksi dengan lebih baik dari pemain biasa. Bukan beraksi dengan sambil lewa.

“Nyata, dibarisi ramai pemain bintang namun ia belum cukup untuk 'melengkapkan' pasukan dengan status tersebut untuk meraih sebarang kemenangan.

“Dalam masa yang sama, saya juga tidak mahu mereka terlalu bergantung kepada pemain import dan lebih kepada corak berpasukan. Kami perlu ubah sikap ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Katanya, pemain harus kembali bangkit menjelang aksi menentang Pahang pada 3 Februari depan di dalam usaha untuk kembali merampas kedudukan pendahulu liga dari skuad kendalian Dollah Salleh yang kini mengatasi ATM dengan kelebihan satu mata.

Menurutnya, beliau tidak mahu pasukannya tercicir tiga mata berharga dan berazam untuk terus mencapai mata maksimum sebagai usaha untuk layak ke Liga Super pada tahun depan.

“Saya tidak percaya nasib itu ditentukan oleh orang lain. Kita sendiri yang menentukannya.

“Jika kamu berusaha dengan lebih keras, ia tidak mustahil nasib itu akan menyebelahi kita namun lebih mustahak adalah kami harus memberikan yang terbaik ketika menentang Perlis pada Jumaat depan,” katanya.

FAM tentukan nasib N. Sembilan, Felda

KUALA LUMPUR - Insiden pergaduhan yang melibatkan pemain Negeri Sembilan dan Felda United dalam perlawanan Liga Super, Sabtu lalu mendapat perhatian serius Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Badan bola sepak itu akan membawa kes tersebut untuk tindakan Jawatankuasa Tatatertib.

Menurut Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, beliau telah mendapat penjelasan mengenai apa yang berlaku daripada pegawai kedua-dua pasukan selepas perlawanan berakhir.

Namun, Hamidin enggan memberi sebarang komen mengenai siapa yang dipanggil atau cara siasatan dijalankan kerana ia di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Mohd Taufik Abd Razak.

''Saya telah mendapat laporan mengenai insiden itu daripada kedua-dua pegawai pasukan pada malam hari perlawanan tetapi laporan rasmi akan dibuat pada esok (hari ini) kerana cuti umum Tahun Baru Cina.

''Selepas itu, laporan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan Datuk Mohd. Taufik Abd Razak untuk diteliti sama ada perlu memanggil saksi daripada kedua-dua pihak persatuan bola sepak.

''Saya tidak mahu memberi sebarang komen berlebihan dalam isu ini, lebih baik kita semua tunggu apa kata Datuk Taufik selaku pengerusi termasuk tarikh pendengaran kes berkenaan, " katanya yang dihubungi, semalam.

Kekecohan di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu lalu bermula apabila pemain Felda, Hardi Jaafar bergaduh dengan pemain import Negeri Sembilan, Jean Emmanuel Effa Owona selepas perlawanan tamat.

Setelah dileraikan, Hardi meluru ke tempat duduk penonton tuan rumah yang hampir mencetuskan pergaduhan lebih besar sebelum pengadil mengambil tindakan melayangkan kad merah kepada bekas pemain kebangsaan itu.

Bertambah tegang, ketika penjaga gol Felda, Mohd. Hamsani Ahmad cuba masuk ke bilik persalinan, dia diserang oleh penyokong Negeri Sembilan dan hampir membuatkan bekas penjaga gol Selangor itu naik minyak, namun dapat dileraikan oleh pegawai keselamatan.

Atas insiden tersebut, lebih 1,000 penyokong Negeri Sembilan berkumpul di luar stadium sambil menanti pemain Felda sehingga memaksa pasukan keselamatan mengiringi setiap seorang pemain ke bas.

Sebelum itu, pemain Negeri Sembilan, S. Kunanlan dan Felda, Farid Ramli dilayangkan kad merah kerana terlibat dalam pergaduhan di atas padang.

Hamidin secara peribadi menyatakan kekesalan atas insiden berkenaan dan berharap pemain serta penyokong supaya lebih bijak mengawal emosi masing-masing.

''Perkara ini memang pernah berlaku dalam sukan bola sepak kita tetapi saya tidak mahu ia berterusan terjadi.

''Para pegawai setiap pasukan juga perlu pantas mengawal emosi pemain masing-masing agar perkara buruk dan konfrontasi dengan penyokong dapat dielakkan, " katanya.

Sunday, January 22, 2012

Live Streaming Manchester City vs Tontenham Hotspur





Live Manchester City vs Tontenham

66"
Man City 2 - 2 Spurs
(Half time at the Etihad Stadium)

Thursday, January 19, 2012

Mat Yo berbisa daripada awang import

 
Norshahrul Idlan Talaha (kiri) dicabar pemain Johor FC, Khairi Kiman pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, kelmarin.  


KOTA BHARU - Meskipun saingan Liga Malaysia musim ini dibarisi pemain import, penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Tahala terus membuktikan sentuhannya semakin berbisa apabila membantu Red Warriors menewaskan Johor FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin.

Gol jaringannya pada minit ke-72 sudah cukup untuk memastikan Kelantan meraih tiga mata penuh buat kali pertama di gelanggang sendiri selepas diikat PNKS dalam perlawanan sebelum ini.

Norshahrul atau Mat Yo berkata, jaringan tersebut merupakan pembakar semangat buat dirinya untuk membuktikan kemampuan anak tempatan mampu bersaing dengan pemain import yang beraksi dalam saingan musim ini.

"Ini merupakan gol kedua peribadi saya selepas perlawanan di Singapura. Cita-cita saya selepas ini ialah untuk terus mendapatkan seberapa banyak jaringan untuk membantu pasukan meraih kemenangan dalam setiap perlawanan selepas ini.

"Sejak awal musim lagi saya menanam azam untuk menjaringkan seberapa banyak gol dan bersaing dengan pemain import yang beraksi dalam saingan liga tahun ini," katanya kelmarin.

Tambahnya, dia berharap rakan-rakan sepasukannya dapat membantunya untuk menjaringkan gol bagi memastikan Kelantan mengekalkan kejuaraan musim ini.

Mengulas kejayaan menumbangkan Johor FC dalam aksi ketiga Liga Super kelmarin, Mat Yo berkata kemenangan tersebut adalah adalah hasil kerja keras rakan sepasukan.

"Saya gembira dengan kejayaan ini. Kita telah bekerja keras sepanjang 90 minit perlawanan. Walaupun gagal menjaringkan gol pada babak pertama, namun kita berjaya bangkit pada babak kedua dan berjaya menjaringkan dua gol.

"Kemenangan ini bukan milik saya seorang tetapi ia milik rakan-rakan sepasukan yang tidak mudah berputus asa walaupun dikejutkan dengan jaringan penyamaan pelawat. Untuk perlawanan akan datang saya harap kita dapat mengekalkan momentum ini untuk meraih seberapa banyak mata," ujarnya.

****************
Terbaik boh...!!!!!!!!

Wednesday, January 18, 2012

Safee dan Safiq "tiada rezeki."




SETELAH sekian lama berteka-teki, masa depan dua pemain negara, Safee Sali dan Safiq Rahim bersama Cardiff City akhirnya terjawab semalam.

Meskipun kedua-dua pemain itu dilaporkan berjaya memikat hati pengendali skuad The Bluebirds, Malky Mackay sepanjang menjalani ujian bersama kelab itu sebelum ini, ‘jodoh’ mereka bersama pasukan tersebut jelas tidak berpanjangan gara-gara faktor usia dan masalah permit kerja.

Begitupun pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee mahu semua pihak memandang positif perkara itu.

Katanya, tempoh latihan selama dua minggu bersama pasukan itu perlu dilihat sebagai suatu pendedahan yang bagus buat pemain- pemain negara.

Tien Ghee memberitahu, selepas mengenal pasti peraturan-peraturan berhubung isu permit kerja, pihaknya kini lebih bersedia untuk membawa pemain-pemain muda menjalani latihan di sana sebagai pendedahan dan pengalaman kepada pasukan negara.

“Safee (Sali) sendiri pernah menghantar teks kepada saya dengan mengatakan ‘bagaikan terbang tinggi ke langit’.

“Apa yang dimaksudkan oleh Safee itu adalah selepas dia menjalani sesi latihan bersama Cardiff (City), dia merasa satu jurang tahap permainan yang begitu berbeza.

“Saya percaya, pemergian kedua-dua pemain itu ke Cardiff bakal menjadi satu contoh untuk pemain-pemain muda negara yang lain.

“Mereka (Safee dan Safiq) harus berbangga kerana membuka jalan untuk pemain-pemain muda. Pihak Cardiff akan sentiasa berusaha untuk membantu pemain-pemain Malaysia.

“Terserah kepada mereka (untuk memilih hala tuju) sebagai pemain bola sepak profesional dan jika berminat untuk beraksi di luar negara, kami pasti akan membantu,” katanya pada sidang akhbar majlis perasmian 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, pengurus dan jurulatih Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal serta Datuk K. Raja- gopal, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkeples Embong.

Dengan jawapan Thien Ghee itu, peminat bola sepak tempatan kini sudah boleh melupakan hasrat untuk menyaksikan Safee dan Safiq beraksi di kancah saingan bola sepak England.

Namun pada masa sama, ilmu yang diperoleh kedua- dua pemain itu sepanjang ‘berguru’ di England haruslah dilihat dari sudut yang positif.

Sementara itu, Subahan yang turut menyokong pendapat Tien Ghee berkata, langkah itu dilihat sebagai satu platform yang sihat untuk terus melahirkan pemain-pemain negara berbakat.

Katanya, selain melihat kerjasama melalui FAM dan Cardiff, ia juga membantu meningkatkan imej pemain bola sepak negara di persada dunia melalui 1MCC.

“Dahulu, ramai yang mengatakan, menjadi pemain bola sepak negara tidak memiliki masa depan, namun tanggapan itu perlu diubah kerana dunia bola sepak moden dan saya menyokong pendapat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek yang berhasrat melahirkan pemain bola sepak bertaraf jutawan.

“Saya percaya selepas ini ramai lagi pemain muda seperti Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Khairul Fahmi Che Mat dan Muhammad Fadhli Saas akan menyusul mencuba nasib di liga luar negara, sekali gus memberikan sinar kepada pembangunan bola sepak negara,” katanya.

Kim Swee Risik Kelab Singapura

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


PENGENDALI skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee enggan melatah berhubung isu aksi persaha- batan menentang Arab Saudi.

Ketika ini, Arab Saudi masih belum memberi keputusan sama ada mahu atau tidak meneruskan perlawanan tersebut.

Perlawanan itu sangat penting kerana ia dilihat sebagai persiapan terakhir Harimau Muda bagi mengharungi aksi kelayakan Sukan Olimpik 2012.

Bagaimanapun Kim Swee memberitahu, beliau terpaksa membuat keputusan untuk membatalkan perlawanan itu ekoran kegagalan Arab Saudi memberikan pengesahan.

“Benar, saya tidak diberikan sebarang maklumat (mengenai perlawanan persahabatan) daripada pihak Arab Saudi.

“Sebagai alternatif lain, saya akan ke Singapura pada Khamis depan untuk mesyuarat penyertaan Liga Singapura yang mana kami akan mengemukakan permohonan kepada beberapa kelab Singapura untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

“Saya berharap perlawanan ini dapat diadakan sebagai aksi pemanas badan sebelum bertemu Bahrain pada kelayakan Sukan Olimpik 2012,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada awalnya, skuad Harimau Muda bakal ditempatkan di Riyadh sebagai pusat latihan sebelum aksi menentang Bahrain di Manama.

Skuad negara menduduki tangga tercorot dalam Kumpulan C selepas tewas kepada Jepun 2-0, Syria 2-0 dan Bahrain 3-2.

Kim Swee yang baru pulang dari Kemboja bersama skuad Harimau Muda A yang menjadi teras skuad Olimpik berkata, semua pemain akan berkumpul selepas cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.

Beliau berharap barisan pemainnya sentiasa mengamalkan disiplin meskipun tanpa sebarang pengawasan daripada pihaknya.

“Cuti kami terhad yang mana bermula pada 21 Januari selepas menjalani sesi latihan dan akan kembali berlatih pada 25 Januari nanti.

“Dalam tempoh cuti tersebut, saya berharap para pemain sentiasa berdisiplin dengan menjaga etika sebagai pemain profesional.

“Saya percaya mereka tidak akan menimbulkan masalah dan jaga pemakanan ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina,” ujarnya.

Tuesday, January 17, 2012

Galatasaray intai dengan Safee?


MASA depan Safee (kanan) bersama Pelita Jaya akan diketahui selewat-lewatnya pada penghujung bulan ini.


TEKA-TEKI mengenai masa depan peledak berbisa Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bersama kelabnya, Pelita Jaya hanya akan diketahui selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim memberitahu, setakat ini masih belum ada kata putus mengenai lanjutan kontrak Safee bersama Pelita Jaya sebaik kontraknya tamat pada 31 Januari ini.

“Kita tunggu penghujung bulan ini. Saya akan ke sana (Indonesia) sekali lagi bagi mengadakan perbincangan lanjut bersama Pelita Jaya berhubung kontrak Safee selepas perbincangan sebelum ini masih belum menemui jalan penyelesaian,” katanya ringkas kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Pelita Jaya yang mahu menawarkan kontrak lanjutan selama tiga tahun bagi terus mendapatkan khidmat Safee selepas ini.

Ia begitupun kurang dipersetujui kapten Pelita Jaya itu atas alasan ‘terlalu lama’ yang dikhuatiri bakal membuatkan persembahannya kekal statik tanpa sebarang peningkatan.

Selain turut diintai juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United, Safee menerusi laporan akhbar semalam juga mengakui telah dilamar oleh tiga kelab ternama Eropah.

Safee begitupun enggan mendedahkan nama ketiga- tiga kelab tersebut atas alasan ia sekadar tawaran secara lisan dan masih belum ada sebarang persembahan rasmi dibuat setakat ini.

Difahamkan, ketiga-tiga kelab yang dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Safee ialah kelab dari Turki, Galatasaray, Panathinaikos FC (Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain yang baru sahaja mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru ini.

Zakaria begitupun enggan mengesahkan spekulasi tersebut yang ketika ini begitu rancak diperkatakan oleh peminat bola sepak tempatan di laman blog dan juga Facebook.

“No comment, masih terlalu awal untuk mengumumkan nama ketiga-tiga kelab tersebut. Buat masa ini, Safee masih pemain Pelita Jaya,” katanya ringkas.

Safee yang telah meledak lima gol sepanjang saingan Liga Super Indonesia (ISL) musim ini merupakan penjaring gol kedua terbanyak setakat ini, selain merupakan satu-satunya pemain dari Asia Tenggara yang berada dalam senarai 10 penjaring terbanyak ISL.

Pelita Jaya yang menduduki tangga keenam ISL dengan mengumpul 11 mata bakal berdepan cabaran pasukan di tangga kelapan, Mitra Kutai Kartanegara FC di Kalimantan hari ini.

Ketika ditanya mengenai sasaran peribadi Safee untuk mengatasi rekod tujuh gol yang diledaknya bersama Pelita Jaya musim lalu, kata Zakaria:

“Safee tidak meletakkan sebarang sasaran musim ini, sebaliknya berazam untuk mencetak gol setiap kali turun beraksi.”

Selangor Hormat Felda United


ASRARUDDIN (jersi merah) antara tonggak yang menjadi sandaran Selangor pada aksi menentang Felda United hari ini.




ADA sesuatu yang bermain di kotak hati pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menjelang pertemuan menentang Felda United bagi aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka petang ini.

Bukan aksi bermain sebelah petang yang merunsingkan beliau, sebaliknya ‘muslihat’ yang bakal diterjemahkan pengendali The Settlers, E. Elavarasan lebih menjadi agenda utama Irfan.

Menurut Irfan, beliau yakin kesebelasan pemain utamanya tidak berdepan masalah beraksi pada waktu petang kerana pengalaman itu sudah diasimilasikan pemain dalam beberapa perlawanan pra-musim sebelum ini.

Begitupun katanya, sikap terlalu yakin barisan pemain Gergasi Merah dikhuatiri ‘makan tuan’ ketika perlawanan itu nanti, justeru beliau mahu anak buahnya tidak mengambil mudah cabaran pasukan lawan yang pastinya bagaikan ‘harimau terluka’ gara-gara dibelasah ‘bekas majikan’ Irfan, Terengganu dengan keputusan 0-3 sebelum ini.

“Saya tidak anggap beraksi di sebelah petang merupakan masalah utama kami, sebaliknya lebih berwaspada dengan ancaman Felda United yang pastinya lebih garang setelah dimalukan Terengganu.

“Justeru, saya harap pemain Selangor dapat memanfaatkan ‘kemurungan’ Felda United dan berterusan mencatatkan kemenangan bermakna,” katanya kepada Kosmo!

Irfan dijangka mengekalkan kesebelasan utamanya dalam dua perlawanan sebelum ini apabila penjaga gol, Norazlan Razali dijangka menggalas tugas sebagai penjaga gawang utama, manakala Ramez Dayoub, Nasriq Baharom dan P. Gunalan dijangka mengemudi benteng pertahanan Merah Kuning.

Barisan tengah Gergasi Merah pula besar kemungkinan dijana oleh arkitek berbakat, Safiq Rahim bersama Amirulhadi Zainal dan Azidan Sarudin, manakala kapten, Amri Yahyah dan K. Soley dijangka mengetuai jentera serangan Selangor.

Ketika ditanya mengenai pemain import ‘sakit’, Lelo Mbele yang mungkin terpaksa digugurkan gara-gara kurang cergas pada perlawanan sebelum ini, Irfan begitupun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Monday, January 16, 2012

3 Kelab Eropah Lamar Safee Sali


Safee Sali bersedia untuk berhijrah ke gelanggang lebih besar seandainya tawaran daripada kelab Eropah menjadi kenyataan.




JAKARTA - Kalau sebelum ini, pasukan juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United berminat untuk mendapatkan khidmat Safee Sali, tawaran terbaru yang diterima pemain itu pasti akan melakar satu lagi sejarah baru buatnya.

Safee mengesahkan dia kini diintai pula oleh tiga kelab bola sepak ternama dari Eropah yang sudah menghubungi pengurusannya menyatakan minat melamarnya.

Biarpun enggan mendedahkan nama ketiga-tiga kelab bola sepak dari Eropah itu, namun, Safee secara peribadi mengakui, bersedia untuk berhijrah ke gelanggang lebih besar seandainya tawaran itu direalisasikan.

"Saya mengaku ada menerima tawaran dari tiga kelab Eropah baru-baru ini. Tawaran itu menyatakan minat untuk menawarkan saya peluang bermain di sana.

"Namun, saya belum bersedia untuk mengumumkan nama-nama kelab berkenaan kerana semuanya terlalu awal. Lagipun ia sekadar tawaran secara lisan," kata Safee kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi dari Kalimantan, Indonesia, semalam.

Safee dan pasukannya, Pelita Jaya kini berada di Kalimantan untuk menentang pasukan Mitra Kukar pada 17 Januari ini.

Menurut pemain berusia 27 tahun itu, ketika mendengar khabar lamaran berkenaan, dia amat terkejut kerana tidak menyangka ada kelab sejauh dari Eropah yang mengikuti perkembangan kerjayanya.

Tawaran ini juga disifatkan Safee sebagai satu penghormatan bukan saja buat dirinya bahkan apa yang paling utama ia satu penghargaan buat Malaysia.

"Saya menerima tawaran ini dengan penuh kesyukuran. Tapi seperti yang saya katakan ia sekadar tawaran lisan, belum ada sebarang perbincangan lanjut. Semuanya terlalu awal untuk diumumkan," jelas Safee.

Sehubungan itu, dalam tempoh terdekat pengurusan Safee dijangka mengadakan perbincangan lanjut dengan kelab-kelab berkenaan.

Safee yang kini menggalas tugas sebagai kapten Pelita Jaya berkata, apa yang baik untuk kerjaya bola sepaknya diterima beliau dengan lapang dada.

Kalau tidak ada rezekinya dengan kelab Eropah, Safee masih bersyukur dengan kedudukan sekarang.

"Siapa yang tidak mahu bermain dengan kelab Eropah? Tentunya itulah impian setiap pemain. Kalau sudah tertulis rezeki saya, pasti saya bersedia untuk berhijrah. Kalau tidak sekalipun, saya akan terus bermain di sini (Pelita Jaya)," ujar Safee yang mengakui masih terkejut dengan tawaran itu.

Prestasi Safee dengan Pelita Jaya amat membanggakan apabila dia diberi tanggungjawab mengetuai kelab itu sebagai kapten biarpun kontraknya dengan kelab berkenaan akan berkahir hujung bulan ini.

Kata Safee, selepas setahun bersama Pelita Jaya, dia semakin berasa selesa dengan kelab berkenaan. - Utusan


Live Streaming Arsenal vs Swansea




Live Swansea vs Arsenal 2012

Wednesday, January 11, 2012

Tiada hasrat tersenarai ke Piala Thomas

KUALA LUMPUR - Bekas jaguh perseorangan negara, Wong Choong Hann meminta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melupakan hasrat untuk menyelit namanya dalam skuad Piala Thomas yang bakal mengharungi pusingan kelayakkan di Macau bulan depan atau peringkat akhir di China Mei ini.

Naib juara Kejohanan Dunia 2003 itu merasakan sudah tiba masanya barisan pemain muda diberi peluang menimba pengalaman beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.

Pada usia 35 tahun, Choong Hann yang menghuni ranking ke-43 dunia, masih merupakan pemain perseorangan ketiga terbaik negara di belakang Datuk Lee Chong Wei dan Muhammad Hafiz Hashim.

"Saya sudah beraksi dalam tujuh Piala Thomas. Kalau boleh, saya mahu terus beraksi untuk Malaysia.

"Dua tahun lalu, saya tidak keberatan untuk kembali selepas melihat ada keperluan untuk berbuat demikian.

"Namun tidak kali ini. Ini kerana fizikal saya tidak mengizinkan. Lagi pun, saya fikir sudah sampai masanya untuk pemain junior dan pelapis mengambil alih tugas ini. Berilah pendedahan kepada (Liew) Daren, Mohd. Arif (Latif).

"Menang kalah tidak penting kerana pengalaman yang diraih tidak ternilai dan akan mematangkan mereka," katanya yang beraksi dalam pusingan kelayakkan Terbuka Malaysia semalam.

Kenyataan Choong Hann itu bagaimanapun tidak menampakkan sebarang petanda sama ada Daren dan Mohd. Arif sedia menggalas tugas bermain selaku perseorangan kedua dan ketiga.

Semalam, Mohd. Arif gagal mara ke pusingan pertama, dengan Choong Hann sendiri menjadi pemusnah kepada pemain yang 12 tahun lebih muda dengan kemenangan 22-24, 21-17, 21-14.

Daren pula terpaksa berhempas pulas bertarung tiga set sebelum menewaskan dua lawannya, Gurusaidutt R. M. V. dari India dan Hsueh Hsuan Yi dari Taiwan.

Begitu pun, cabaran Daren dijangka tamat hari ini apabila dipertemukan dengan Chong Wei.

Choong Hann, yang kini beraksi sebagai pemain bebas selepas meninggalkan BAM, membuktikan yang dirinya masih mampu beraksi pada tahap terbaik menerusi dua kemenangan di pusingan kelayakkan semalam.

Terdahulu, dia mudah menewaskan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-12, 21-14.

Choon Hann dijadual bertemu pemain No.22 dunia dari Sepanyol, Pablo Abian hari ini.

Tuesday, January 10, 2012

AWAS SELANGOR !! - Effa Owana


SEREMBAN – Selepas beraksi cemerlang membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah, kudrat Jean-Emmananuel Effa Owona (gambar) terus ditagih bagi membenam Selangor dalam perlawanan sulung Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, ayam tambatan dari Cameroon itu kini berada dalam prestasi baik dan cergas untuk diturunkan membantu pasukan mengutip tiga mata pertama.

‘‘Secara pasti kita akan menurunkan Effa Owona yang merupakan satu-satunya pemain import kita yang diharapkan dapat membantu jentera serangan merobek kubu pertahanan Selangor.

‘‘Biarpun kita baru menjuarai perlawanan Sumbangsih, perlawanan esok (hari ini) adalah berbeza, jadi kita akan melakukan perubahan pemain selepas menilai prestasi mereka,” katanya di sini, semalam.

Tambahnya, pemain senior seperti Mohd. Shukor Adan dan Idris Karim mungkin akan disenaraikan untuk perlawanan itu, tetapi keputusan itu bergantung kepada nasihat dan ujian pakar perubatan pasukan.

Mohd. Azraai turut memberitahu, beliau tidak menjadikan faktor bermain di gelanggang sendiri sebagai satu kelebihan kepada pasukannya kerana secara logiknya semua pasukan pasti bersemangat untuk beraksi cemerlang pada perlawanan pertama pembukaan liga.

‘‘Lagipun siapa yang tidak kenal Red Giants, sebuah pasukan yang hebat dan dibarisi pemain ternama. Apatah lagi, Ifran Bakti dan Selangor sendiri mempunyai sasaran untuk menjuarai piala penting,” ujarnya.

Sementara itu, Effa Owona berjanji akan mempamerkan sentuhan pemusnah sebenarnya apabila bertemu Selangor.

‘‘Ini satu permulaan (gol perlawanan Piala Sumbangsih) dan saya percaya akan menjadi tumpuan pertahanan lawan. Bagaimanapun, saya yakin ia bukan halangan kerana tugas saya adalah menjaringkan gol,” katanya.

Sekurangnya Selangor Perlu SATU PIALA..!!!


Abdul Mokhtar Ahmad (lima dari kiri) bersama pegawai dan pemain Selangor yang akan memikul cabaran dalam Liga Malaysia musim ini. Terdahulu kesemua pemain diperkenalkan dalam satu majlis ringkas di Shah, Alam, semalam.


SHAH ALAM - Sekurang-kurangnya satu piala mesti dimenangi Selangor pada Liga Malaysia musim ini dan anak buah Irfan Bakti Abu Salim itu diingatkan bahawa tiada alasan lagi boleh diterima pihak pengurusan jika terus gagal melakukannya.

Ingatan tegas tetapi wajar itu disuarakan oleh pengurus pasukan Gergasi Merah, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad memandangkan sudah berjuta-juta ringgit dilaburkan penaja untuk mereka, lantas ia perlu dibalas dengan kejayaan yang setimpal dan membanggakan.

Pada sidang akhbar bagi memperkenalkan pasukan di Padang SUK, semalam, katanya: "Tidak kira apa piala pun, sama ada Piala Malaysia atau Piala FA atau Liga Super kerana tahun lalu kami tidak dapat satu gelaran pun dan kami tidak boleh terus gagal lagi.

"(Pemain) mesti faham penaja sudah memberi berjuta ringgit bagi membiayai pengendalian pasukan jadi mereka tidak boleh menghampakan pelaburan mereka dan mesti memandangnya secara serius.''

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) itu bagaimanapun menegaskan bahawa pasukan ini tidak boleh sesekali terbawa-bawa dengan sindrom mudah selesa atau sudah cukup gagah hanya dengan berbekalkan reputasi silam Selangor selaku juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali.

"Banyak pasukan lain sudah bangkit tetapi saya cukup yakin kali ini kami memiliki formula kejayaan yang meliputi keberanian, dedikasi, semangat sepasukan, disiplin dan gandingan tonggak musim lalu dan muka baru serta tenaga yang masih muda di bawah 25 atau 26 tahun.

"Mulai musim ini, pemain Selangor juga wajar memasang cita-cita besar untuk bermain di luar negara, satu hari nanti seperti mana Safee Sali atau Safiq Rahim (bermain profesional di Pelita Jaya dalam Liga Super Indonesia dan dipanggil menjalani ujian di Cardiff City)," katanya.

Mohd. Amri Yahyah akan kembali mengetuai Merah Kuning dengan dibantu tonggak senior seperti P. Gunalan, Razman Roslan, Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Safiq, Amirulhadi Zainal selain dua tenaga import, Ramez Jamal Dayoub dan Blaise Lelo Mbele

Monday, January 9, 2012

Senarai Juara Piala Sumbangsih 1985-2012

Negeri Sembilan menjadi Juara Piala Sumbangsih kali pertama sejak 1985 iaitu 27 tahun Piala ini diperkenalkan.. Negeri Sembilan pernah menjadi finalis pada tahun 2004 tetapi di kalahkan oleh MPPJ Selangor dan pada tahun 2010 kalah kepada Selangor.. Tahniah dari kami.. Berikut merupakan juara Piala Sumbangsih setiap tahun..

2012 -Negeri Sembilan
2011 -Kelantan
2010 -Selangor
... 2009 -Selangor
2008 -Perlis
2007 -Perlis
2006 -Perak
2005 -Perak
2004 -MPPJ Selangor
2003 -Pulau Pinang
2002 -Selangor
2001 -Terengganu
2000 -Kuala Lumpur
1999 -Perak
1998 -Sarawak
1997 -Selangor
1996 -Selangor
1995 -Kuala Lumpur
1994 -Kedah
1993 -Pahang
1992 -Pahang
1991 -Kedah
1990 -Selangor
1989 -Singapura
1988 -Kuala Lumpur
1987 -Selangor
1986 -Johor
1985 -Selangor

Sunday, January 8, 2012

Live Streaming Manchester United Vs Manchester City




Siaran Langsung Man u vs Man City,
tunggu loading dalam beberapa saat.., iklan ditengah itu boleh di padam TQ








kalau lambat sangat tengok sini


Manchester City v Manchester United (English: Sky Sports)
Link checked and working!


Manchester City v Manchester United (English: iTV)
Link checked and working!

LIVE STREAMING LEE CHONG WEI VS LIN DAN Final Korea Open 8 JAN 2012



Live Lee Chong Wei vs Linda (Korea Open 2012)



LINK 1
LINK2
















***

Keputusan dan Video Highlight Kelantan vs Negeri Sembilan 7 Januari 2012 | Piala Sumbangsih

Keputusan Negeri Sembilan vs Kelantan dalam Piala Sumbangsih 2012

Kelantan 1 vs 2 Negeri Sembilan


PEMAIN import Negeri Sembilan, Jean Emmanuel Effa Owana berjaya menjaringkan gol kedua mendahului pasukan Kelantan 2 - 1 pada separuh masa kedua di perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Keputusan masa penuh, Negeri Sembilan menewaskan Kelantan dengan jaringan, 2 - 1.

Video Kelantan vs Negeri Sembilan



Tahniah buat pasukan Negeri Sembilan

Saturday, January 7, 2012

Senarai Pemain Import Yang LULUS bermain Liga Malaysia 2012

Senarai 26 Pemain Import Yang LULUS bermain Liga Malaysia 2012

1. Marlon James (ATM)
2. Bruno Sebastian Martelotto (ATM)
3. Esseh Sodjine Sougan Adah (Johor FC)
4. Daniel Soares Neves (Kedah) BERSYARAT
5. Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo (Kedah)
6. Mohamad Ghaddar (Kelantan)
7. Dennis Agayare (Kelantan)
8. Emmanuel Ayaah Okine (Kelantan)
9. Patrick Ronaldinho (KL Sime Darby FC)
10. Sengbah Kennedy (KL Sime Darby FC)
11. Carlos Alberto Madeo (Negeri Sembilan)
12. Effa Owona Jean Emmanuel (Negeri Sembilan)
13. Nana Agyei Yaw (Pahang)
14. Lazar Popovic (Perak)
15. Michal Kubala (Perak)
16. Brendan Gan (Sabah)
17. Michael William Baird (Sabah)
18. Guy Bwele (Sarawak)
19. Kalle Sone Mause (Sarawak)
20. Ramez Dayoub (Selangor)
21. Mbele Lelo (Selangor) BERSYARAT
22. Zacharia Simukonda (Terengganu PBDKT/TTeam)
23. Bojan Petric (Terengganu PBDKT/TTeam)
24. Muhamadou Sumareh (Terengganu)
25. Evans Chusilo (MP Muar) BERSYARAT
26. Christian Contes (Perlis) BERSYARA

Thursday, January 5, 2012

Nasib Safee Sali Kian Parah

KUALA LUMPUR - Masa depan Safee Sali di Indonesia semakin meruncing apabila beberapa kelab dalam Liga Super Indonesia (ISL) termasuk Pelita Jaya berdepan kemungkinan diharamkan jika enggan menyertai saingan Liga Premier Indonesia (IPL).

Ini disahkan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berkata, mengikut maklumat terkini yang beliau peroleh daripada seorang exco Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), kelab-kelab ISL tersebut diberikan tempoh dua minggu mulai 28 Disember lalu untuk beraksi dalam IPL.

"Menurut pemimpin berkenaan, beberapa kelab ISL akan diharamkan daripada beraksi oleh badan induk bola sepak negara itu jika tidak mahu bergabung dalam IPL dalam tempoh yang diberikan.

"Biarpun difahamkan kemungkinan akan diadakan kongres kira-kira sebulan lagi oleh lebih tiga perempat badan gabungan PSSI untuk mengadakan usul undi tidak percaya Djohar Arifin (Ketua Umum PSSI), itu kita fikirkan kemudian.

"Apa yang mustahak, FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa ) dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) telah mengiktiraf keputusan yang diberikan oleh PSSI mengenai status ISL.

"Jadi, ISL memang akan berdepan pengharaman tidak lama lagi dan Safee memang berdepan kemungkinan tidak boleh bermain dengan skuad negara jika kelab diwakilinya diharamkan oleh PSSI, '' katanya ketika ditemui selepas sidang media Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Jelas Hamidin, dia telah menghubungi Safee dan meminta pemain berusia 27 tahun itu memikirkan semasak-masaknya sama ada mahu menyambung kontrak di Pelita Jaya atau mencari haluan baru bagi memastikan masa depannya bersama skuad negara tidak terjejas.

"Mengenai kontrak, Safee, mengakui dia ada dihubungi oleh pegawai tertinggi Pelita Jaya yang sedia menawarkan kontrak selama dua tahun, namun terpulang padanya untuk membuat keputusan.

"Safee dijangka pulang ke tanah air bulan ini, mungkin seminggu atau dua minggu lagi dan akan berjumpa kami di FAM untuk memperhalusi masalah ini supaya dapat mencari keputusan terbaik masa depannya, " katanya.

Jelas Hamidin, FAM prihatin dan sedia membantu Safee jika penyerang kebangsaan itu membuat keputusan untuk kembali ke tanah air dan beraksi dengan mana-mana pasukan Liga Malaysia.

"Isu sama ada dia dapat didaftarkan dalam saingan Liga Malaysia kerana tarikh pendaftaran telah ditutup, itu adalah persoalan kedua.

"Apa yang penting kita mahu menyelamatkan karier bola sepak Safee bersama skuad negara.

"Saya boleh membawa perkara itu untuk diputuskan dalam mesyuarat exco FAM dan pada yang sama merayu kepada FIFA mengenai urusan ITC (Sijil Perpindahan Antarabangsa) Safee, " ujarnya.

Harimau Muda menanti jawapan Arab Saudi


Keputusan skuad Olimpik menentang Arab Saudi dijangka diketahui selewat-lewatnya hujung minggu ini.


PETALING JAYA - Malaysia masih menanti jawapan Arab Saudi berhubung perlawanan persahabatan antara pasukan Olimpik negara itu menentang skuad Harimau Muda yang kini dalam rangka persiapan bagi mengharungi tiga lagi baki perlawanan kelayakan Olimpik yang bermula Februari ini.

Jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, pihaknya masih lagi menanti jawapan daripada Arab Saudi dan keputusan tersebut dijangka dibuat selewat-lewatnya hujung minggu ini sama ada perlawanan persahabatan itu bakal direalisasikan atau pun tidak.

"Kita masih belum mendapat jawapan yang pasti lagi, tetapi jika ia berlaku perlawanan persahabatan ini akan dilangsungkan di Arab Saudi pada 31 Januari ini iaitu sebelum pertemuan menentang Bahrain pada 5 Februari," katanya.

Beliau menghadiri majlis pelancaran program bual bicara sukan bola sepak terbitan TV9, Kaki Bola di sini, semalam.

Hadir sama Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin, Ketua Pegawai Pemasaran TM, Datuk Rozalila Abdul Rahman dan skuad Harimau Muda.

Menurut Kim Swee, pemilihan pasukan dari negara Asia Barat itu dilihat sebagai persiapan terbaik buat anak-anak buahnya berikutan dua skuad daripada lawan yang bakal ditentang pasukan kebangsaan iaitu Syria dan Bahrain datang dari rantau yang sama.

Jelasnya, corak permainan pasukan-pasukan Asia Barat mempunyai persamaan yang mana para pemainnya berpeluang memanfaatkan kesempatan pada perlawanan persahabatan untuk lebih memahami corak permainan mereka.

"Corak permainan pasukan daripada Asia Barat ini lebih kurang sama dan kebetulan jika perlawanan persahabatan dapat dijayakan, hanya selang beberapa hari selepas itu para pemain saya bakal berdepan Bahrain dan ini satu persediaan yang baik untuk mereka," ujarnya.

Bagaimanapun, sekiranya perlawanan persahabatan itu gagal dilaksanakan, beliau memberitahu, pihaknya perlu mencari pasukan pengganti bagi memastikan sekurang-kurangnya satu perlawanan persahabatan dapat diadakan menjelang kelayakan Olimpik.

Wednesday, January 4, 2012

Mahali Sah Kapten Harimau Muda


MAHALI pemain paling senior dalam pasukan Kim Swee.
MAHALI pemain paling senior dalam pasukan Kim Swee.


PEMAIN pertahanan kanan, Mahali Jasuli secara rasmi diumum selaku kapten baru skuad Harimau Muda A bagi menghadapi saingan Liga Singapura 2012 bermula 9 Februari ini.Perkara itu disahkan jurulatih skuad B-23 negara, Ong Kim Swee pada sesi latihan pertama skuad berkenaan di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, petang semalam.“Mahali adalah pemain paling senior dalam pasukan dan saya yakin dia mampu membimbing pemain muda lain terutama yang baru diserapkan dari skuad Harimau Muda B.

“Saya juga melantik Affize Faisal Mamat dan Irfan Fazail sebagai penolong kapten,” kata Kim Swee ketika ditemui sebelum sesi latihan.

Pemilihan Mahali, 23, itu dibuat Kim Swee selepas dia kehilangan dua pemain yang pernah menggalas tugas kapten Harimau Muda A sepanjang 2011 iaitu Muslim Ahmad dan K Gurusamy yang kini sudah berpindah ke Terengganu dan Selangor.

Dalam sesi latihan pertama, petang semalam menyaksikan 29 pemain disenaraikan Kim Swee turun menjalani latihan kecuali enam pemain cedera yang sekadar menjalani latihan ringan.
“Saya masih belum boleh menggunakan khidmat Izzaq Faris Ramlan, Gary Steven Robbat, Syahid Zaidon, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan Irfan yang semuanya masih cedera.

“Cuma saya harap muka-muka baru tersenarai kali ini harus mengekalkan disiplin dan cuba belajar mencari pengalaman sepanjang saingan Liga Singapura nanti. Selepas seminggu, latihan kita akan lebih keras,” tegas Kim Swee.

************

Liga singapura akan bermula 9 Januari ini..,good luck harimau muda dari SUKAN KITA

Kami Sedia Bantu Ariff(pemain muda)

Ariff Zulkifly


KELUHAN pemain muda negara, Muhd Ariff Zulkifly yang berdepan dilema untuk menerima tawaran menjalani ujian percubaan dengan Akademi Bola Sepak Ole di New Zealand berikutan masalah kewangan mendapat perhatian pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor.

Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin yang dimaklumkan mengenai perkara itu berkata, pihaknya bersedia mencari jalan membantu Ariff mendapatkan peruntukan RM14,000 yang diperlukan kapten skuad Piala Presiden bagi memulakan ujian di Akademi Ole, Mac ini.


Justeru beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ariff dalam tempoh terdekat untuk menilai tawaran yang diterima bekas kapten skuad Bawah 17 Tahun negara itu.

“Saya difahamkan Ariff menerima tawaran itu dua hari lalu dan jika tawaran itu menarik, kami sedia membantunya. Bagaimanapun saya perlu melihat dulu isi kandungan kontrak, sama ada benar ataupun tidak. Saya takut ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atasnya.


“Saya akan memanggil Ariff untuk berbincang mengenai perkara ini bersama dengan pengurus (Datuk Mokhtar Ahmad) dan juga jurulatih (Irfan Bakti Abu Salim) secepat mungkin,” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.


Ariff yang baru saja bersama dengan Selangor selepas meninggalkan skuad Harimau Muda B bulan lalu kini berusaha mencari sumber kewangan bagi membolehkannya menjalani ujian percubaan sekurang-kurangnya enam minggu sehingga enam bulan di New Zealand.

Jika berjaya, pemain pertahanan tengah berusia 18 tahun itu akan ditawarkan kontrak untuk beraksi dengan kelab ataupun universiti yang mempunyai jalinan baik dengan Akademi Ole iaitu di New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat.


Antara bekas pemain yang berjaya diketengahkan sebelum ini adalah, Cole Peverly (Hansa Rostock) Bundesliga, Jake Gleeson (Portland Timbers) MLS, Dan Keat (dalam perancangan LA Galaxy) MLS.

Sementara itu, Hamidin memaklumkan mengenai perubahan gelanggang perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Kelantan dan Negeri Sembilan terpaksa ditukar dari Stadium Sultan Muhammed IV ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.


“Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola hari ini (semalam) memutuskan supaya gelanggang perlawanan terpaksa ditukar selepas mendapat maklumat ramalan kaji cuaca bahawa hujan sepanjang minggu ini di Kota Bharu. Bagaimanapun waktu perlawanan (8.45 malam) dan harga tiket (RM30 tempat grandstand, RM15 terbuka) tidak berubah,” katanya.


Turut diumumkan adalah kebenaran pasukan Liga Super Terengganu, T-Team dan Sabah untuk beraksi pada sebelah malam apabila Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Stadium Likas melepasi tahap kecerahan lampu limpah hasil pemeriksaan FAM Sabtu lalu.

Kelantan Yakin Pertahan Piala

KOTA BHARU - Kelantan melaungkan keyakinan untuk mempertahankan Piala Sumbangsih menentang juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, meskipun bakal beraksi di Stadium Bukit Jalil selepas keadaan cuaca yang tidak menentu di Kota Bharu, ia tidak menjejaskan persiapan pasukan untuk menghadapi perlawanan tersebut.

Berdasarkan persiapan rapi yang dilakukan sepanjang Disember lalu, beliau yakin dan percaya Kelantan mampu mempertahankan kejuaraan.

"Kejayaan lalu perlu dikekalkan selepas kali pertama melakukannya tahun lalu.

"Ia amat penting buat pasukan sebagai pembakar semangat mengharungi saingan liga musim ini yang dilihat agak mencabar dengan kehadiran semula pemain import.

"Bagi memastikan misi tersebut terlaksana, kita akan mempertaruhkan barisan terbaik dalam perlawanan tersebut untuk memastikan Piala Sumbangsih terus kekal bersama Red Warriors," katanya ketika di temui pemberita di sini, semalam.

Tambahnya, begitu pun Kelantan tetap menghormati Negeri Sembilan dan mengingatkan barisan pemain supaya tidak memandang rendah kemampuan pasukan lawan.

"Negeri Sembilan sebuah pasukan yang hebat, walaupun kehilangan beberapa tonggak, saya percaya ia tidak menjejaskan persiapan pasukan mereka.

"Kehadiran penggempur berbisa dari Cameroon perlu diberikan perhatian oleh Kelantan pada perlawanan tersebut," ujarnya.

Kelantan musim ini diperkuat dengan kehadiran beberapa pemain berstatus bintang seperti Indra Putra Mahyuddin, Azizi Mat Rose, Norfarhan Mohammad dan penggempur berbisa Lubnan, Mohammad Ghaddar serta penyerang muda dari Ghana, Danny Antwi.

Mengulas mengenai perubahan venue perlawanan dari Kota Bharu ke Bukit Jalil, Azman memberitahu pihaknya menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, perubahan tersebut terpaksa dibuat akibat musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur beberapa hari lalu.

"Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi, Kelantan dijangka akan mengalami hujan sehingga Sabtu ini.

"Jadi jawatankuasa pertandingan tidak mahu mengambil risiko teruskan perlawanan di Kota Bharu kerana bimbang ia akan mendatangkan kecederaan kepada pemain.

"Lagipun kedua-dua pasukan telah bersetuju untuk memindahkan venue perlawanan tersebut. Bagi Kelantan kita tidak mempunyai masalah. Ia cukup baik buat kita sebaik persiapan sebelum bertemu dengan wakil Singapura, Lion XII pada perlawanan pertama Liga Super nanti," jelasnya.

Tuesday, January 3, 2012

Kim Swee Utamakan Kecergasan


KIM SWEE (kanan) mahukan semua pemainnya berada pada tahap kecergasan terbaik menjelang saingan Liga Singapura, Februari depan.


NAMPAK gayanya, waktu 'santai' skuad Harimau Muda telah pun berakhir sebaik kembali menjalani latihan seperti biasa di padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil bermula hari ini.

Selepas berehat untuk tempoh yang agak lama sebaik selesai menjalani siri perlawanan persahabatan di bumi Australia awal bulan lalu, sudah tentu pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee kembali memfokuskan tahap kecergasan pemainnya yang telah 'bercuti panjang' sebelum ini.

Menurut beliau, ia sesuatu yang normal kepada mana-mana pemain yang dilihat sedikit 'berkarat' kerana sukar mengekalkan kecergasan sebaik berehat untuk tempoh yang agak lama.

"Namun, ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan memandangkan kita mempunyai masa yang mencukupi sebelum saingan Liga Singapura (Liga-S) yang bermula Februari depan.

"Justeru, tugas pertama saya nanti sudah tentu memberikan penekanan terhadap aspek kecergasan pemain sebaik menjalani latihan esok (hari ini)," katanya kepada Kosmo! semalam.

Kim Swee berkata, kesemua 29 pemain termasuk Izwan Solahuddin telah dipanggil semula menjalani latihan kali ini.

Katanya, selain menyasarkan kedudukan lima pasukan terbaik bagi aksi Liga-S, beliau juga mahu kesemua pemainnya bersedia menempuh baki tiga perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia selain pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 22 tahun yang bakal berlangsung Jun depan.

Malah, Kim Swee juga mahu pemainnya mempunyai mental yang cukup kuat bagi mengharungi mana-mana perlawanan sepanjang tahun ini.

Menurutnya, setiap pemain harus mengekalkan fokus kepada sasaran jangka masa panjang termasuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar (2013) dan juga Sukan Asia di Korea Selatan pada 2014, selain tidak mengambil mudah cabaran mana-mana pasukan selepas ini.

"Sudah tentu, mana-mana pasukan, terutamanya dari Asia Tenggara kini bersemangat untuk mengalahkan kita selepas meraih pingat emas temasya Sukan SEA baru-baru ini.

"Jadi, saya menasihatkan pemain supaya tidak mudah tunduk dengan tekanan dalam mana-mana perlawanan antarabangsa, justeru mental pemain kena jaga," katanya.

Selain pemain lama seperti Mahali Jasuli, Izzaq Farris Ramlan, Mohamad Fadhli Mohd. Shas,Wan Zack Haikal Wan Nor, A. Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd. Irfan Fazail dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, beberapa muka baharu juga mendapat kepercayaan Kim Swee kali ini bagi memberikan cabaran dalam saingan Liga-S termasuklah V. Kavichielvan, Mohd. Azizan Nordin, Nur Areef Kamaruddin dan Mohd. Firdaus Muhammad.

Apek dan Fadhli Skuad Impian Asia

 
 Khairul Fahmi Che Mat


KUALA LUMPUR - Khairul Fahmi Che Mat dan tonggak pertahanan Harimau Malaya, Mohd. Fadhli Shas mendapat penghormatan terbesar apabila tersenarai antara dua pemain dalam skuad impian Bawah 23 Tahun Asia bagi tahun 2011 oleh laman web sukan terkenal, Goal.com.

Bertambah membanggakan, nama mereka sebaris dengan beberapa bakat baru meningkat naik di benua Asia seperti penyerang Korea Selatan, Ji Dong-Won yang menjadi pemusnah Manchester City melalui jaringan tunggal 1-0 ke atas pendahulu Liga Perdana England itu dan bintang tengah Glasgow Celtic, Ki Sung-yeung.

Khairul Fahmi atau Apek diangkat antara penjaga gol terbaik Asia Bawah 23 ekoran prestasi cemerlangnya membantu Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA XXVI Indonesia, November lalu.

Selain ketangkasannya diakui juga sepanjang pentas kelayakan Sukan Olimpik, dia juga menjadi kunci kepada kejayaan Kelantan menjuarai Liga Super pada musim lalu.

Sementara itu, Mohd. Fadhli Shas menjadi pilihan utama di barisan pertahanan tengah dan digandingkan dengan pemain Australia, Rhys Williams yang kini bermain di England bersama Middlesbrough dalam Liga Kejuaraan.

Fadhli juga mempamerkan prestasi konsisten dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 dan menjadi antara watak penting kepada kestabilan bahagian pertahanan semasa bergandingan bersama Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Zubir Azmi dan Mahalli Jasuli.

Hanya Andik Vermansyah dari Indonesia yang bermain di sayap kiri, pemain dari benua Asia Tenggara berada dalam senarai skuad impian berkenaan.

Melengkapkan senarai skuad impian itu ialah Hiroki Sakai dari Jepun di bek kanan dan pemain Iran, Ehsan Hajsafi mengisi posisi bek kiri.

Seorang lagi pemain Jepun, Hiroshi Kiyotake dipilih antara pemain sayap kanan terbaik manakala tonggak utama Anzhi Makhachkala, Odil Ahmedov dari Uzbekistan bergandingan dengan Sung-yeung mengemudi bahagian tengah.

Penyerang, Jeje Lalpekhlua dari India melengkapkan senarai 11 pemain dan bergandingan dengan Dong-won di bahagian serangan,

Sebelum ini, pada dua hari lalu, penyerang Harimau Malaya, Safee Sali tersenarai dalam senarai pemain simpanan skuad terbaik Asia oleh Goal.com.

Monday, January 2, 2012

Ariff (Harimau Muda B) perlukan RM14,000

 BAKAT MASA DEPAN...Ariff (nombor 5) bersama skuad B-17 Malaysia. 


BEKAS kapten skuad bawah 17 tahun negara, Muhd Ariff Zulkifly berpeluang untuk mengejar cita-citanya menjadi pemain profesional bersama kelab di luar negara apabila ditawarkan menjalani ujian dengan Akademi Bola Sepak Ole di New Zealand.

Ariff, 18, yang mengetuai skuad Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menjuarai Piala Presiden pada 2010 menerima tawaran itu pada 16 Disember lalu selepas pencari bakat akademi itu tertarik dengan kebolehan yang dimilikinya.


Bagaimanapun, dia yang baru saja mengikat kontrak bersama skuad Piala Presiden Selangor selepas membuat keputusan meninggalkan Harimau Muda B berdepan masalah kewangan bagi menampung perbelanjaan selama enam bulan di sana bermula awal Mac depan.

“Saya amat berharap untuk menjalani ujian di akademi itu kerana jika berjaya saya akan ditawarkan kontrak dengan kelab seperti di New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat.


“Cuma masalah yang saya hadapi ketika ini adalah untuk mencari wang untuk menampung bayaran di sana. Sekurang-kurangnya saya perlu membayar lebih kurang RM14,000 bayaran yang ditetapkan itu,” kata Ariff yang beraksi di posisi pertahanan tengah.


Dia yang pernah mewakili negara di Piala Nike di Old Trafford, England pada 2008 memaklumkan sudah menyuarakan hasrat kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk mendapatkan pelepasan serta meminta sedikit bantuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Abang saya (Effendy) banyak membantu menguruskan hal ini, saya fikir Selangor tidak ada masalah untuk melepaskan saya sementara ke New Zealand,” katanya.

Ariff


Ariff pemain kelahiran Ampang, Selangor mengakui semakin bersemangat berhijrah ke luar negara selepas membaca Harian Metro sebelum ini yang menyiarkan artikel mengenai saranan bekas pemain import Sabah, Scott Ollerenshaw supaya mencuba nasib bersama kelab luar.

Dan dia tidak kisah jika ada pihak memperlekehkan usahanya itu kerana hanya menjalani ujian di akademi di New Zealand dan bukannya kelab-kelab ternama di Liga Perdana Inggeris.

“Apa yang dinyatakan oleh Ollerenshaw itu mencetus inspirasi kepada saya supaya mencari jalan sendiri untuk mencari tempat di kelab luar. Tempat untuk saya di sana belum lagi terjamin, apa yang penting saya mencuba dan berusaha keras. Saya berharap ada pihak tampil untuk membantu saya menyertai Akademi Ole,” jelas Ariff.