Saturday, September 3, 2011

Ronaldo Gila Super Car



RONALDO di samping kereta mewah jenis BMW M6 yang merupakan antara koleksi bintang bola sepak itu.


KETANGKASAN penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo membuatkan sesiapa sahaja kagum dengan aksinya, menjadikan dia antara pemain terhebat di dunia.

Dilahirkan di Funchal, Madeira, Portugal, pemain berusia 26 tahun itu juga dianggap sebagai individu amat popular selain mempunyai peminat yang ramai di kalangan wanita.

Namun lebih mengagumkan ialah hobi mewah pemain kebangsaan Portugal itu iaitu mengumpul kereta bertaraf super car.

Dengan pendapatan tahunan sebanyak 27.5 juta euro (RM119 juta), ia tidak menghalang minat Ronaldo mengumpul segala jenis kereta terpantas dunia bernilai jutaan ringgit.

Antara koleksi kereta mewah yang dimiliki Ronaldo di dalam garajnya ialah Aston Martin DB9, 2 Ferrari 599 GTB’s, Audi R8, Porsche 911 Carrera Triptrnic S, Bentley Continental GTS, Phantom Rolls Royce dan BMW M6.

Rolls Royce Phantom adalah koleksi paling mahal dimiliki Ronaldo dengan nilai melebihi 340,000 euro (RM1.4 juta).

Selain itu, Santai kali ini juga akan menyingkap beberapa lagi koleksi kereta mewah Ronaldo yang menjadi pilihan untuk memenuhkan ruang garajnya.

Bugatti Veyron adalah kereta terpantas dan tergolong dalam kelompok termahal di dunia dengan kepantasan sehingga 407 kilometer/sejam seakan mampu mengatasi kelajuan jentera Formula Satu (F1) sekali gus menjadi kereta kesayangan Ronaldo.

Minat mendalam terhadap kereta daripada jenama Porsche membuatkan Ronaldo menunggu lama untuk memiliki secara terus Porsche Cayenne Diesel.

Kenderaan tersebut mempunyai kuasa yang begitu luar biasa dengan enjin V6 3.0 liter melalui lapan kelajuan membolehkan kenderaan itu mencecah 218 kilometer sejam.

Lebih menarik minat Ronaldo terhadap Porsche Cayenne Diesel adalah dengan mengisi 10.5 liter diesel sudah mampu bergerak menjangkau sehingga 100 km.

Tidak cukup dengan satu Porsche, Ronaldo juga mempunyai koleksi sebuah Porsche 911 edisi terhad yang hanya dikeluarkan 356 unit sahaja.

Bagi menampakkan kereta ini lebih klasik di atas jalan raya Ronaldo telah membelanjakan 201,682 euro (RM872,746).

Kereta idaman seperti BMW M6 merupakan kenderaan yang paling diidami oleh semua penggemar kereta dengan gaya sporty.

Kereta jenis ini adalah yang terbaik di keluarkan oleh BMW, malah taraf Ronaldo sebagai atlet terbaik dunia tidak menjadi masalah untuk pemain bola sepak itu memilikinya.

0 comments: