Tuesday, September 6, 2011

Arsene Wenger digantung dua perlawanan



Pengurus Arsenal, Arsene Wenger gagal dalam rayuan penggantungan perlawanan selepas UEFA memutuskan untuk menggantung beliau dua perlawanan dalam saingan Liga Juara – Juara Eropah.

Wenger digantung sebelum ini selepas pasukannya tersingkir dari Liga Juara – Juara Eropah musim lepas di tangan Barcelona akibat membantah keputusan pengadil namun ketika perlawanan kelayakkan menentang Udinese, beliau berhubung dengan pembantunya di mana ianya merupakan larangan daripada UEFA.

Ini bermakna Wenger dilarang berada di atas padang untuk perlawanan menentang Borussia Dortmund dan Olympiacos FC dengan sebarang komunikasi dibenarkan. Selain itu, Arsenal turut disaman €10,000 akibat kelakukan tidak elok pegawainya itu

0 comments: