Tuesday, November 1, 2011

Penyokong Kelantan Sudan Berdisiplin

 Kami dari SUKAN KITA tertarik dari petikan blogger ini

Kami kongsikan untuk pembaca Sukan Kita

*************


Semasa aku membaca comment dari penyokong Negeri Sembilan ketika isu tikam penyokong, dia memetik sekali nama penyokong Kelantan pahadal isu tikam itu melibatkan Negeri Sembilan dengan Terengganu. Oleh sebab itu, aku tergerak hati untuk membuat sedikit review tentang penyokong setia Kelantan.

Walaupun dulu penyokong Kelantan kerap kali dilabel penyokong yang ganas, jahat, samseng ataupun perkataan negatif dari penyokong yang lain terutama oleh media massa. Namun, seteruk-teruk penyokong Kelantan, mereka tidak pernah menimbulkan isu perkauman, membakar bendera negeri lain mahupun kes tikam penyokong yang lain. Walaupun semangat kenegerian mereka terlalu tinggi, namun mereka tidak pernah untuk membuat provokasi tanpa sebab ke atas pasukan lain.



Mereka juga tidak pernah lupa untuk menunaikan solat ketika menunggu perlawanan walaupun semasa berada didalam stadium. Namun, aku begitu kagum dengan semangat penyokong setia Kelantan kerana tidak kira pasukan mereka menang atau kalah, mereka tetap memenuhi stadium keramat The Red Warriors untuk memberi sokongan. Tidak kira yang berupaya atau tidak berupaya, mereka tetap bersemangat untuk datang ke stadium. Semangat inilah yang akan membakar semangat pemain di dalam gelanggang.




Namun, segala kebaikkan penyokong Kelantan akan selalu di negatifkan oleh pihak yang dengki terhadap kemajuan bola sepak Kelantan terutama media massa. Segala keburukan pasukan Kelantan, mesti akan menjadi isu paling panas, namun kebaikkan oleh penyokong Kelantan tidak pernah pula diperkatakan. Kalau nak katakan tentang kes bakar mercun dan gaduh mulut, mana-mana stadium pun akan terjadi perkara sebegitu. Be professional lah.

So, disini ingin aku ingin kongsikan dengan peminat bola sepak negeri lain, anda semua tidak usahlah takut untuk berkunjung ke stadium keramat pasukan Kelantan kerana anda akan dilayan dengan baik. Diharapkan penyokong negeri lain berhentilah berfikiran negatif terhadap penyokong Kelantan. Sokonglah pasukan anda dengan semangat berpasukan dan berprofessional. Sekian.

Kredit

3 comments:

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

penyokong negeri laen pon smayang...cuma x tnjuk dpn org x msuk paper jer...
yg nyata masih lg ad pnyokong kelantan yg suka baling2 mercun ni...

Kapten Amirudin said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sy nampak botol2 kt padang.. hhahaha
xpela,bese la tuh,manusia mane xwat silap. btw,solat lah walau dimana pun asalkn tmpt itu bersih kerana solat itu tiang agama. mngkin ade 'setitik' penyokong yg kasar n jahat tp mnyebabkn rosak satu negeri. da mmg lumrah kehidupan begitu,ye tak? so,pape pon,xpyh la dok gado2,sukan lah dgn cara yg baik. Islam ngn Islam nk gado watpe? sok kalo Dajjal kuar,kite kne berganding bahu pg perang. :)

liyanafadila said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

truskan smgat macam nie... baru bleh maju bola sepak kita... buktikan kat diorg rakyat negeri Kelantan tidak seteruk yg dikata....