Wednesday, November 16, 2011

Harimau Muda Jumpa Skuad Kedua

 
ONG Kim Swee memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di padang PSSI, Jakarta semalam menjelang pertemuan menentang Indonesia, esok.


JAKARTA - Satu mata yang diperlukan untuk skuad Harimau Muda layak ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA XXVI tampak semakin mudah dicapai apabila lawan Malaysia pada aksi terakhir Kumpulan A, esok Indonesia hanya akan menurunkan skuad kedua mereka.

Indonesia sudah pun mengesahkan slot separuh akhir dari Kumpulan A, apabila mengumpul sembilan mata daripada tiga perlawanan.

Bukan memandang mudah pertembungan dengan Malaysia, sebaliknya skuad Garuda memilih percaturan demikian kerana mahu memberi rehat secukupnya kepada tonggak utama.

Jurulatih skuad Bawah 23 Indonesia, Rahmad Dermawan berkata, setelah layak ke separuh akhir, dia lebih memikirkan pertembungan separuh akhir sama dengan Vietnam atau Myanmar dari Kumpulan B.

"Saya mahu pemain utama mendapat rehat yang secukupnya untuk menghadapi perlawanan separuh akhir, jadi mereka memerlukan rehat yang panjang.

"Dalam masa yang sama, percaturan menurunkan pemain simpanan memberi peluang kepada mereka untuk membuktikan mereka layak untuk disenaraikan ke dalam skuad utama," katanya di sini, kelmarin.

Saingan tempat ke separuh akhir acara bola sepak Kumpulan A menjadi rebutan di antara Malaysia dan Singapura.

Pada perlawanan terakhir Kumpulan A esok, Singapura yang memerlukan kemenangan untuk mencabar Malaysia akan bertemu Thailand pada pukul 5 waktu Malaysia.

Ini diikuti perlawanan antara Indonesia dan Malaysia pada pukul 8 malam di Stadium Gelora Bung Karno.

Satu mata yang dihajati skuad Ong Kim Swee juga tampak mampu diraih kerana pemain negara mungkin tidak berdepan tekanan akibat ejekan penyokong fanatik Garuda.

Ini disebabkan stadium mungkin tidak padat seperti perlawanan Indonesia sebelum ini kerana pasukan tersebut sudah layak ke separuh akhir.

Selain itu, esok juga hari bekerja yang mungkin mengehadkan kehadiran penonton.

Malaysia menang dua dan seri sekali daripada tiga perlawanan

1 comments:

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

MANA TAU,ITU PERCATURAN STRATEGI INDON SAJE.MANA DIAORANG NAK BAGI LALAUAN MUDAH PADA MALAYSIA.DIORANG TAKMAU KALAH,NANATI JUMPA VIETNAM SEPARUH AKHIR.
PENONTON INDON MNA BOLEH LEPASKAN PELUANG TENGOK MALAYSIA VS INDON.UMAT DIAKAN MENGEMUT,MSA KEJE KE TAK KEJE KE SAMA SAJE PASAL BANYAK YG TAKDE KEJE ...
HARAP HARIMAU MUDA TAK AMBIL MUDAH.HARIMAU MUDA MESTI MENANG...MALAYSIA BOLEH !!!