Thursday, October 27, 2011

Wisma FAM dilempar cat merah





PETALING JAYA - Taktik 'amaran ala 'ah long' terhadap peminjam' atau vandalisme dengan membaling cat menimpa Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, awal pagi semalam.

Ia dipercayai ada kaitannya dengan kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini.

Lima bungkus plastik mengandungi cat merah dilempar oleh empat lelaki bermotosikal dari luar kawasan wisma itu kira-kira pukul 3.30 pagi sehingga pecah dan melimpahkan isinya, lalu mengotori lantai pintu depan wisma, serta memercik dan bertompok pada dinding tingkat satu serta bumbung.

Sebahagian cat turut mengenai kereta salah seorang daripada dua pengawal keselamatan yang bertugas dari malam tadi hingga awal pagi ini, yang diletakkan berdekatan pagar wisma dan jalan raya hadapannya. namun sebuah bas Pioneer berwarna kuning milik FAM tidak jauh dari situ, tidak diapa-apakan.

Seorang pengawal keselamatan yang ditemui di Wisma FAM semalam berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh rakan setugasnya yang juga pemilik kereta berkenaan bahawa keempat-empat lelaki tersebut melarikan diri sejurus selepas melontar cat.

Dia yang enggan dikenali berkata: "Ketika kejadian, pengawal tersebut duduk di meja berdekatan lantai yang dikotori lemparan cat itu. Dua beg plastik berisi cat itu tersangkut pada bumbung plastik dan tiga lagi bertaburan di lantai. Ia bagaimanapun dibersihkan beberapa minit kemudian.

"Disebabkan gelap, wajah empat lelaki itu sukar dikenali sementara nombor plat motosikal mereka juga tidak sempat diambil pengawal keselamatan, lagipun mereka dengan cepat melarikan diri menaiki motosikal selepas melakukannya," katanya.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, seorang pegawai FAM yang singgah di Wisma FAM pada sebelah pagi semalam berkata, tidak tahu-menahu mengenai kejadian tersebut, juga dengan seorang kakitangan yang bertugas pada cuti am Deepavali bagi menyiapkan butiran mesyuarat pengurus pasukan perlawanan akhir itu.

0 comments: