Friday, October 28, 2011

Tiket final laris di Negeri Sembilan



SEREMBAN - Bagaikan pisang goreng panas!
Begitulah senario penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di negeri ini selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menampung RM20 bagi setiap jualan tiket yang sebelum ini ditetapkan RM50.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati penyokong Hoben Jang Hoben berebut-rebut mendapatkan tiket perlawanan akhir antara Negeri Sembilan menentang Terengganu esok, apabila ia mula dijual pada harga RM30 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sejak pagi semalam.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selepas mengumumkan potongan harga itu, penjualan tiket amat laris dan menggalakkan.

"Untuk setengah hari ini (semalam) sahaja kita telah menjual hampir 20,000 keping tiket berbanding semalam (kelmarin) hanya 2,000 dijual.

"Sambutan hari ini amat berbeza berbanding hari pertama kita mula jual tiket ini pada harga RM50. Tiket amat laris dijual di stadium ini, termasuk yang diagihkan di daerah-daerah lain di negeri ini," katanya.

Dalam pada itu, penyokong Negeri Sembilan yang telah membeli tiket pada harga RM50 turut beratur di Wisma PBNS bagi mendapatkan pulangan wang masing-masing.

Seorang penyokong, Mohd. Razal Borhan, 32, gembira di atas potongan harga tiket final yang ditampung PBNS.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar di atas pengumuman ini. Ia melegakan kami yang merupakan golongan berpendapatan rendah," katanya.


************

Kami dari SUKAN KITA masih tidak puas hati dengan tindakan FAM yang terlalu ego dan penting kan duit poket sendiri. Apa jua alasan FAM kami tidak boleh terima dengan tindakan menjual tiket yang terlalu mahal

Sekian.

0 comments: