Tuesday, October 25, 2011

Kim Swee PENING.!!



SEKEMBALI ke tanah air selepas mengharungi kejohanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) di Hanoi, semalam, jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee kini ‘sakit kepala’ memikirkan barisan pemain yang akan dibawa ke Sukan Sea Indonesia, bulan depan.

Selepas menguji muka-muka baru dan pemain pilihan ketiga pada kejohanan itu, Kim Swee sedar beliau terpaksa membuat penilaian terbaik dalam pemilihan pemain kerana saingan merebut tempat dalam skuad seramai 20 pemain ke Sukan Sea bertambah sengit.


Menurutnya, meskipun tanpa 10 tonggak utama di Hanoi, pemain-pemain yang jarang diberi peluang sebelum ini berjaya menarik perhatiannya apabila mengikat skuad utama Sukan Sea Vietnam 1-1, menang 2-1 ke atas Myanmar dan kalah 1-3 di tangan pasukan juara, Uzbekistan.

“Saya menurunkan pemain pertahanan berusia 19 tahun iaitu Mohd Amer Saidin, Syazwan Tajuddin dan Mohd Fandi Othman semalam (kelmarin) dan mereka berjaya beraksi dengan baik biarpun berdepan Vietnam yang membariskan pemain utama mereka dan mendapat sokongan penyokong tempatan.


“Bagi skuad Sukan Sea nanti, saya hanya boleh membawa 20 pemain saja dan pemain-pemain lama dalam skuad Olimpik dan juga skuad yang saya ada sekarang perlu berusaha lebih keras untuk merebut tempat,” katanya yang tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur semalam.


Kim Swee memberi rehat dua hari sebelum 27 pemain dalam senarai baru yang dikeluarkan semalam kembali menjalani latihan pusat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Khamis ini.


Turut kembali memperkuatkan skuad negara adalah trio kelab Liga Satu Slovakia, ViOn Zlate Moravce iaitu Mohd Fadhli Shas, Mohd Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Noor yang pulang ke ibu negara malam semalam selepas mendapat pelepasan kelab.


“Selepas ini saya akan dapat mengumpul semua pemain dan menguji mereka dalam perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ke Indonesia. Saya bercadang untuk mengadakan perlawanan dengan skuad bawah 23 tahun Laos namun setakat ini masih belum ada jawapan,” kata Kim Swee.

**********

Bagaimana pandangan anda..??

0 comments: