Wednesday, January 18, 2012

Kim Swee Risik Kelab Singapura

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


PENGENDALI skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee enggan melatah berhubung isu aksi persaha- batan menentang Arab Saudi.

Ketika ini, Arab Saudi masih belum memberi keputusan sama ada mahu atau tidak meneruskan perlawanan tersebut.

Perlawanan itu sangat penting kerana ia dilihat sebagai persiapan terakhir Harimau Muda bagi mengharungi aksi kelayakan Sukan Olimpik 2012.

Bagaimanapun Kim Swee memberitahu, beliau terpaksa membuat keputusan untuk membatalkan perlawanan itu ekoran kegagalan Arab Saudi memberikan pengesahan.

“Benar, saya tidak diberikan sebarang maklumat (mengenai perlawanan persahabatan) daripada pihak Arab Saudi.

“Sebagai alternatif lain, saya akan ke Singapura pada Khamis depan untuk mesyuarat penyertaan Liga Singapura yang mana kami akan mengemukakan permohonan kepada beberapa kelab Singapura untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

“Saya berharap perlawanan ini dapat diadakan sebagai aksi pemanas badan sebelum bertemu Bahrain pada kelayakan Sukan Olimpik 2012,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada awalnya, skuad Harimau Muda bakal ditempatkan di Riyadh sebagai pusat latihan sebelum aksi menentang Bahrain di Manama.

Skuad negara menduduki tangga tercorot dalam Kumpulan C selepas tewas kepada Jepun 2-0, Syria 2-0 dan Bahrain 3-2.

Kim Swee yang baru pulang dari Kemboja bersama skuad Harimau Muda A yang menjadi teras skuad Olimpik berkata, semua pemain akan berkumpul selepas cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.

Beliau berharap barisan pemainnya sentiasa mengamalkan disiplin meskipun tanpa sebarang pengawasan daripada pihaknya.

“Cuti kami terhad yang mana bermula pada 21 Januari selepas menjalani sesi latihan dan akan kembali berlatih pada 25 Januari nanti.

“Dalam tempoh cuti tersebut, saya berharap para pemain sentiasa berdisiplin dengan menjaga etika sebagai pemain profesional.

“Saya percaya mereka tidak akan menimbulkan masalah dan jaga pemakanan ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina,” ujarnya.

0 comments: