Monday, August 29, 2011

Usain Bolt Gigit Jari



DAEGU, Korea Selatan - Pelari pecut Jamaica Yohan Blake dinobatkan sebagai juara dunia acara 100 meter yang baru pada Kejohanan Olahraga Dunia di sini, semalam selepas mengetepikan bintang pilihan yang juga penyandang juara, Usain Bolt yang dibatalkan lariannya.

Bolt yang berlari di lorong kelima, melonjak awal sebelum dibatalkan penyertaannya dengan kesemua mata tertumpu kepadanya semacam tidak percaya apa yang sedang berlaku.

Bolt kemudian menanggalkan bajunya sebelum menggelengkan kepalanya beberapa kali lalu meninggalkan trek.

Sementara itu, Blake yang mengerah seluruh tenaganya pada permulaan terus memecut ke garisan penamat untuk mencatat masa terbaiknya musim ini 9.92 saat meninggalkan pemenang tempat kedua Walter Dix dari Amerika Syarikat yang mencatat masa 10.08s.

Sementara bekas juara dunia, Kim Collins dari St. Kitts and Nevis ketinggalan 0.01s di tempat ketiga.

0 comments: