Wednesday, November 9, 2011

Kim Swee bengang karenah penganjur (INDONESIA)

SKUAD bola sepak Bawah 23 Tahun negara bukan saja bakal berdepan lawan lebih hebat, Thailand pada perlawanan kedua hari ini, sebaliknya pada masa sama terpaksa menempuhi helah penganjur Sukan Sea Indonesia yang sering mencari idea untuk menyukarkan Malaysia.

Bermula dengan susunan jadual perlawanan bola sepak yang boleh dipertikaikan sehinggalah hampir diusir keluar dari Stadium Gelora Bung Karno kelmarin, persiapan Kim Swee menjelang pertembungan dengan juara 13 kali itu juga terjejas.


“Kita akan berdepan Thailand yang tidak beraksi sebelum ini, mujurlah tidak ada pemain negara yang cedera selepas perlawanan dengan Singapura.

“Sepatutnya kita selaku pasukan juara, akan menentang lawan lebih rendah rankingnya pada perlawanan pertama tapi di sini sebaliknya.


“Hari ini (semalam) pula saya terpaksa membatalkan latihan kerana penganjur menetapkan latihan kami jam 8 pagi yang lokasinya memakan masa sehingga dua jam untuk sampai. Saya hanya akan melakukan latihan ringan di sekitar hotel penginapan petang ini (semalam).


“Saya sudah menjangkakan pelbagai masalah akan timbul dan tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan kami gagal memberikan aksi terbaik menentang Thailand esok,” katanya yang ditemui di Jakarta semalam.

Mengulas insiden beliau hampir dihalau keluar ketika mahu menyaksikan perlawanan Indonesia menentang Kemboja di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin, Kim Swee menganggapnya sebagai asam garam pasukan Malaysia di sini.


“Saya ketika itu duduk di tempat duduk VIP untuk menonton perlawanan Indonesia dengan Kemboja di stadium tapi ada petugas menyuruh saya beredar dan duduk di tempat duduk penonton tapi saya tidak pedulikan arahan itu,” katanya yang turut melihat anak buahnya diejek penyokong Indonesia sepanjang perlawanan menentang Singapura kelmarin.

3 comments:

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sabo Je Le, DioRang NI MMg X PRoFeSionAl lA, n mayBe Diorang tkot ngan malaysia.

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

NAMPAK SGT DORG NI XPRO.. TAKUT KALAH NGN MALAYSIA LA 2. SAJA NK BALAS DENDAM KALAH PIALA SUZUKI DLU 2.. HAHA. KSIAN MEN TAKTIK KTOR.. NGN KEMBOJA BOLE AR KO MENANG.. BANGANG!!

nonie said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak prlu lyan mreka tue................