Thursday, September 8, 2011

Pemain Singapura Kecewa Lakonan Pemain Iraq



PENYERANG Singapura, Aleksandar Duric kecewa pasukannya tewas dan menyelar sikap pemain Iraq yang melengah-lengahkan masa, selepas mendahului perlawanan 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Radojko Avramovic, terperosok ke tangga tercorot Kumpulan A, sekali gus muncul sebagai pasukan tunggal yang gagal mengutip sebarang mata.

Kekalahan terbaru itu, muncul selepas The Lions tewas 1-2 pada perlawanan pertama Kumpulan A, menentang China, minggu lalu.

“Ini merupakan taktik biasa yang diamalkan pasukan dari Timur Tengah.

“Bila berjaya mendahului lawan, akan ada sahaja pemain mereka yang cedera dan tergolek di atas padang,” katanya.

Bagaimanapun, ketidakpuasan hati pemain berasal dari Bosnia itu, bagaikan terkena batang hidung sendiri kerana mereka juga mengamalkan taktik yang sama ketika bertemu Malaysia pada pusingan kedua kelayakan di Bukit Jalil, Julai lalu.

Kelmarin, anak buah Zico mempamerkan semangat juang tinggi menundukkan Singapura 2-0 menerusi jaringan Ala’a Abdulzehra pada minit ke-49 dan Younis Mahmoud lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

4 comments:

  1. padan muke singapore! haha. die pon same jugak, dua kali lima je -.-

    FREE BACKLINK!

    ReplyDelete
  2. nie org kate what u give u get back! KARMA!!

    ReplyDelete
  3. kiranya malaysia lagi teruk la kan? dgn singapore pun bleh kalah..

    ReplyDelete