Tuesday, September 6, 2011

All Blacks Dilarang Guna Twitter


DALAM langkah memulakan kempan Piala Dunia Ragbi 2011, pemain All Blacks telah diharamkan menggunakan twitter dan facebook sepanjang kejohanan tersebut.

“Saya tidak tahu jika saya boleh melakukannya namun saya akan berjuang melalui larangan itu dan bukannya mencipta nama samaran untuk mengakses akaun facebook atau twitter,” kata pemain All Blacks, Cory Jane.

“Saya akan mematuhi peraturan dan hanya akan memeriksa setiap 10 minit. Saya tidak mahu ditendang keluar dari perlawanan ini,” katanya.

New Zealand akan memulakan pembukaan perlawanan menentang Tonga pada Jumaat ini di Eden Park, di mana mereka tidak pernah dikalahkan di sana sejak tahun 1994.

 -sinar

0 comments: