Sukan Kita

Monday, September 25, 2023

Siapa pun kau..Miskin atau kaya.Bodoh atau pandai..Perempuan atau lelaki.Please..jangan guna lampu ni..Lampu "Su... See More

Petang tadi, masa Pok dan Abah pergi memukat ikan tiba2 rasa tak sedap hati. Tiba2 ayah nampak... See More

Kawan lama anggota polis berpangkat pegawai kanan,Mohd Nazri dedah perangai sebenar.. “Dia dulu pernah sama den... See More

Adira berkata dia sudah tidak lagi tinggal serumah dengan Datuk Red namun suaminya masih melawat anak-anak mereka.Datuk Red enggan bercerai kerana... See More

Baru-baru ini pihak berkuasa membuat serbuan kat tempat memproses makanan segera yang popular di negara kita.Bayangkan sup daging,meatball yang kita selalu beli… See more

Ikan ni makanan orang kayangan. Kita semua ni tak mampu, harganya seekor RM… See More

🚨RENUNGKAN KISAH INI | Aqidah memang tidak boleh dijual beli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid, buat duit maSee More 

Power bangsa ni, tambat selamba je dekat laluan kedai utk dijual..Kejadian di Jalan Kem… See more

Gempar kepala buaya ditinggal tepi jalan.. cctv tempat kejadian merakam ada sejenis... See More

Baru sebentar tadi..Dikatakan nelayan jumpa sesuatu di dasar laut yang mana harganya terlampau tinggi hingga mencecah... See More

"Sebelum ini saya pernah tampil dalam sebuah drama, dan waktu ketika itu saya rasa... See More

Tengok gmbar pun dah meremang wei! Bila tengok balik gmbar hiking di hutan di Ipoh minggu lepas. Korang perasan tak depan sebenarnya... See More

Satu video memaparkan screenshot mesej yang dihantar oleh Aisyah Hijanah menarik perhatian netizen. Dalam video tersebut, Aisyah memohon agar individu yang menyebarkan ‘bukti... See More

Kes yang berlanjutan selama dua tahun itu turut membabitkan dua lagi defendan iaitu Pegawai Perhubungan Awam syarikat rakaman, FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 45, dan ju .. See More

"Bila suami buat live tanpa bincang dengan kita, kata dia nak keluar rumah, kemudian orang forward pula video pada saya.Dia buat live, lepas tu dia cakap...See more

Penyondol itu pernah menjalinkan hubungan bersama Azlan sebelum mereka bernikah."Aku rasa kau dah boleh buat persiapan majlis kesyukuran sebab kau... See More

Main Kotor pulak Main Kotor pulak Mekdi..Terkejut tengok list nama tu..Jaga2 nanti surat sampai rumah koran..See More

Dr Mohammad Agus tidak menafikan penyebaran video yang mengaitkan dirinya dibuat pihak yang mahu menjatuhkan reputasinya. "Saya anggap Wahab ini seperti anak saya ..See more

Betul banyak ni, apa petanda ya kupang naik ke darat?Lokasi di Pantai Rem… See more

"Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati haiwan tersebut bukanlah seekor beruang seperti yang didakwa, sebalik... See more

Kieda mendedahkan penemuan sebuah group chat yang dibuat oleh 12 pekerjanya di mana ia terdiri daripada 12 orang ahli yang telah mengu... See more

Ngilu tgk gambar kat FB Ahmad Zairil  , Korang tgk tak berita kejadian ka... ã…¤See more

Siapa penah dgr kes ni, yang penyampai radio dpt panggilan dari mangsa tapi rupa... See more

Betul banyak ni, apa petanda ya kupang naik ke darat?Lokasi di Pantai Rem.. See more

Menerusi hantaran itu, Alif menegaskan dakwaan ‘naik tangan’ terhadap Aisyah Hijanah dan berseronok bersama perempuan lain sebenarnya adalah... See more

Warga N3pol cuba culik budak 3 tahun dari raga motor di Jeniang, Kedah. Rupanya dia nak budak tu utk...See more

Thursday, January 30, 2014

Kim Swee Risau




KUALA LUMPUR - Beberapa bekas pemain Harimau Muda A yang memilih haluan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini jarang diberikan peluang untuk beraksi bersama pasukan masing-masing, lantas timbul persoalan adakah keputusan mereka itu tepat?

Situasi itu jelas membingungkan pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee (gambar), yang risau terhadap persiapan Sukan Asia 2014 apabila ramai pemain utamanya kini berdepan prospek kehilangan kecergasan bagi menghadapi perlawanan berbentuk kompetitif.

Bukan berniat mahu mengkritik polisi mana-mana pasukan, beliau berharap pemainnya yang kini sekadar memanaskan bangku simpanan bersama pasukan atau kelab masing-masing dapat diturunkan dengan lebih kerap selepas ini bagi memastikan kesinambungan prestasi mereka tidak terjejas.
Malah dia memberi mesej yang jelas kepada penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi, Mohd. Fadhli Mohd. Shas, Mohd. Irfan Fazail (Johor Darul Ta'zim), A. Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri (Selangor) supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap sesi latihan pasukan masing-masing dan bukan hanya menunggu peluang seperti menanti bulan jatuh ke riba.

"Mungkin masih terlalu awal kerana baru tiga perlawanan Liga Super berlangsung tetapi sebenarnya saya sudah mula rasa bimbang terhadap persiapan skuad Bawah 23 tahun ke Sukan Asia 2014 jika trend ini (pemain memanaskan bangku simpanan) berterusan.

"Mereka sahaja pemain Bawah 23 tahun yang kita ada buat masa ini, jika mereka tidak bermain dengan kerap, siapa lagi yang saya hendak harapkan untuk bersama saya di Incheon nanti, adakah anda lihat pemain-pemain Bawah 23 tahun lain yang mampu menonjol seperti mereka?
"Saya tidak menyalahkan pasukan yang mereka wakili kerana ini pilihan mereka tetapi kalau selalu duduk bangku simpanan dan hanya beberapa minit diturunkan dalam setiap perlawanan, banyak perkara boleh memberikan kesan terhadap mereka nanti iaitu daripada segi stamina permainan untuk beraksi selama 90 minit," katanya ketika dihubungi, semalam.

Izham, yang merupakan penjaga gol utama Harimau Muda A dan Sukan SEA Myanmar 2013, masih belum beraksi dalam mana-mana perlawanan dan sekadar menjadi pilihan ketiga di belakang Norazlan Razali dan Muhd. Al-Hafiz Hamzah dalam pasukan JDT.

Begitu juga ketua pasukan Harimau Muda A, Mohd. Irfan. Fazail yang masih tidak merasai nikmat bermain di pentas Liga Malaysia sementara Mohd. Fadhli Shas hanya diturunkan sebagai pemain gantian semasa pertemuan dengan T-Team dan sekadar diletakkan di bek kiri, tidak mampu menggugat tempat Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak dan Baihakki Khaizan sebagai pertahanan tengah.

Situasi di Selangor pula memperlihatkan Thamil Arasu lebih banyak bertindak selaku pemain gantian dengan jurulatih, Mehmet Durakovic lebih cenderung meletakkan Paulo Rangel selaku penyerang tunggal manakala Ahmad Hazwan hanya diberi peluang semasa berdepan Harimau Muda C dalam pusingan pertama Piala FA.

Namun, situasi itu berbeza buat pemain sayap kiri, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang kini bertindak antara pemain utama di Kelantan sementara Mohd. Rozaimi Abd. Rahman telah menjaringkan dua gol bersama Sabah dalam saingan Liga Perdana.

Menyentuh isu yang sama, jurulatih yang berasal dari Melaka itu wal
aupun Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan akan berlangsung lapan bulan lagi, beliau mahu semua pemain berada di tahap terbaik sejak sekarang."Pendedahan dan aksi secara kompetitif setiap minggu cukup penting supaya mental serta kecergasan mereka benar-benar bersedia hinggalah Sukan Asia pada September nanti.

"Jika semua pemain berada di bawah kendalian Harimau Muda itu bukan menjadi satu masalah buat saya memantau tahap perkembangan mereka namun mereka yang bermain dalam Liga Malaysia kena sentiasa menunjukkan prestasi terbaik jika mahu diserap ke dalam skuad ke Sukan Asia," tegasnya.
-utusan

Friday, July 6, 2012

FAM bertindak pelik..!!!



HASRAT melihat skuad B-22 negara layak ke
pusingan akhir Piala Asia B-22 2013
menggantikan Myanmar yang melanggar
peraturan menurunkan pemain lebih umur
musnah gara-gara keengganan Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan bantahan rasmi.

Malah, pendirian FAM itu
mungkin bakal memakan diri sendiri apabila
dikhabarkan jurulatih skuad B-22 negara, Ong
Kim Swee mahu meletak jawatan kerana
kecewa tidak mendapat sokongan majikan
sendiri. Namun Kim Swee yang dihubungi malam tadi,
enggan mengulas lanjut kerana masih bercuti.

Selepas tempoh 48 jam berakhir 7 petang
semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk
Azzuddin Ahmad mengesahkan sekretariatnya
tidak menghantar sebarang surat bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Kami tidak boleh semata-mata membuat
bantahan menggunakan bukti-bukti daripada
pihak ketiga (media) atau laman-laman web.
Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC,
kami dapati memang terdapat nama sama tetapi mereka individu berbeza. “Jadi FAM
tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat
bantahan.
Penjelasan lanjut akan diberikan
pada sidang media khas esok (hari ini),” kata
Azzuddin ketika dihubungi, semalam.

Perbandingan profil penyerang Myanmar,
Kaung Si Thu yang sebenarnya sudah berusia
25 tahun dalam laman web rasmi kelabnya,
Yangon United seperti disiarkan Berita Harian
semalam serta biodata umur sebenar kapten
Myanmar, Kyaw Zayar Win iaitu 24 tahun dalam laman web rasmi Persekutuan Bola
Sepak Antarabangsa (FIFA) nampaknya belum
cukup meyakinkan FAM.

Malah terbaru,
senarai pemain untuk aksi Piala Singapura
menemukan kelab Zayar Win, Kanbawza FC
bertemu Loyola Meralco Sparks di Singapura malam tadi, turut tertulis umur Zayar Win, 24
tahun.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex
Soosay turut menyatakan pihaknya sedia
melakukan siasatan andai menerima bantahan
FAM sambil menganggap isu penipuan umur
sebagai serius.

“Sesiapa yang langgar peraturan mesti dihukum. Kredibiliti
kejohanan bawah umur mesti dijaga dan AFC
tegas dalam perkara ini. Tapi semua kena ikut
prosedur. Jika ada bantahan, kita akan rujuk
ke Jawatankuasa Tatatertib AFC dan terpulang
kepada mereka melakukan bentuk siasatan,” jelas Soosay ketika dihubungi,
semalam.