Monday, October 31, 2011

Penyokong Negeri Sembilan Bakar Bendera Adalah Fitnah.???



Menurut info dari Kelab Penyokong Negeri Sembilan, gambar penyokong Negeri Sembilan yang terbaring di dakwa membakar bendera Negeri Terengganu adalah tidak benar

*************

Selepas tamat perlawan saya telah keluar dari kawasan tempat duduk dan melihat sekumpulan pasukan kompang/gendang n9 meraikan kemenangan berhampiran gate tiket.tiba2 segerombolan penyokong terengganu lalu berhampiran tempat penyokong negeri sembilan yang sedang meraikan kemenangan..senang crite...tup2 diorang ni bertembung saya pun lari ke belakang nak selamatkan diri..nampak dari jauh kecoh2 polis pun datang redakan keadaan.saya dan kawan2 beranikan diri mara ke depan bila polis dah asingkan penyokong terengganu ke luar stadium..saya pun nampak orang diatas terbaring dan dikelilingi penyokong negeri sembilan yang cuba membantu..saksi dan rakan2 dia kata dia telah dipijak ketika bertembung tadi..namun tiada pun kesan bendera dibakar mahupun api berada di kawasan berhampiran..harap maklum


********** 

Apapun kami dari Sukan Kita tidak pasti kesahihannya, sesiapa yang berada di lokasi pasti lebih mengetahui.., Kami benci isu ini berlaku dalam dunia Sukan Kita..


Harimau Muda belasah Laos

 SYAHRUL (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Laos pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam petang semalam.

SKUAD Harimau Muda mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan Laos 4-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam semalam.

Beraksi dalam keadaan hujan lebat, skuad kendalian Ong Kim Swee itu masih mampu menewaskan Laos menerusi jaringan Mohd. Fandi Othman, Thamil Arasu Ambumamee dan dua gol Syahrul Azwari Ibrahim.

Bagaimanapun, Malaysia lebih awal dikejutkan dengan jaringan pemain Laos, Sangvong Phimmasen pada minit ke-21.

Terkejut dengan jaringan itu, skuad bawah 23 tahun negara cuba mengatur serangan tetapi masih gagal menembusi gawang Laos sehingga waktu rehat.

Bersambung di babak kedua, skuad bimbingan Kim Swee tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan menerusi jaringan Mohd. Fandi yang tidak dikawal.

Dia melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol lawan, Sovvanphang Phantahrung.

Harimau Muda kembali mendapat rentak untuk menguasai permainan dan hasilnya, Syahrul meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-72.

Lima minit kemudian, Syahrul sekali lagi melebarkan jurang apabila mele- dakkan gol ketiga hasil kesilapan Sov- vanphang yang gagal mendakap kemas bola.

Gol keempat Malaysia diperoleh menerusi Thamil pada minit ke-82 dan ke- menangan bermakna ini memastikan skuad kendalian Kim Swee berada di landasan terbaik dalam misi memper- tahankan pingat emas pada Sukan SEA di Indonesia bulan depan.

Kim Swee berkata, beliau sangat gembira dengan persembahan yang ditunjukkan oleh barisan pemainnya.

Begitupun, pada masa yang sama beliau mahu sikap mengambil mudah dan memandang rendah pihak lawan perlu dikikis.

Jelasnya, beliau berpuas hati sepan- jang 60 minit terakhir perlawanan apabila skuad negara lebih menguasai permainan berbanding pada separuh masa pertama.

“Saya gembira dengan persembahan barisan pemain saya. Meskipun beraksi dalam keadaan hujan lebat, kami masih mampu mencatat keputusan yang baik.

“Namun saya ingin tegaskan, sikap mengambil mudah perlu dikikis kerana jika mahu mencari gol penyamaan atau gol kemenangan menentang pasukan yang lebih baik, kita perlu bekerja dengan lebih keras tanpa mengira status pasukan itu,” katanya kepada pemberita semalam.

Jelasnya lagi, kebangkitan pada separuh masa kedua membuktikan mereka berada dalam keadaan terbaik.

Beliau turut memuji persembahan Syahrul yang menggantikan posisi penyerang Wan Zack Haikal.

“Pasukan kita berjaya menjaringkan empat gol di separuh masa kedua, ini menunjukkan kita sudah bersedia bagi beraksi di Sukan SEA dan saya ingin memuji persembahan Syahrul (Azwari Ibrahim) kerana berjaya menjaringkan dua gol.

“Syahrul merupakan seorang pemain yang hebat kerana dia mampu beraksi di posisi penyerang dan sayap kanan,” katanya.

Sementara itu, Kim Swee memberi- tahu, senarai kesebelasan utama skuad tersebut akan diumumkan dalam tempoh dua hari lagi.

****************


Gol-gol Malaysia


Fandi Othman-min62,
syahrul azwari-min 72,77
Thamil Arasu-min 81


TAHNIAH HARIMAU MUDA DARI SUKAN KITA

Video Penyokong Terengganu Belasah penyokong N9



 Video seorang fan Negeri Sembilan dibelasah ramai-ramai oleh fans Terengganu selepas tamat Final Piala Malaysia 2011.






kalau cakap ganu ganas diorg marah tapi tengoklah sendri.. ganu tunggu luar stadium untuk rosakkan kereta2 n9 dan kacau fan n9 sbb kalah.. budak belasan taun ni kene belasah ramai2 oleh fan ganu.. dan ade bas n9 yg kene serang ganu.. dia hanya kena tuduh bakar bendera je pdhal xde bendera pon d bakar, yg dia pegang tu jelas kaler kuning, bukan hitam putih..


*******************

Kami dari sukan kita sangat benci dengan perkara begini, !!!!!!!!!!

Saturday, October 29, 2011

Gambar Sekitar Final Piala Malaysia 2011



Berlangsung sudah perlawanan akhir  Piala Malaysia yang menarik diantara Pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu

GELAGAT penyokong pasukan Terengganu ketika aksi Piala Malaysia Akhir 2011 diantara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam


SEBAHAGIAN daripada kain rentang penyokong pasukan Negeri Sembilan di pelawanan akhir Piala Malaysia 2011 di antara pasukan Terengganu bertemu Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam



 
PEMAIN Terengganu, Abdul Manaf Mamat (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Negeri Sembilan, Abdul Halim Zainal (kiri) dan Norhafiz Zamani Misbah


 
PEMAIN Terengganu, Ashaari Samsudin (tengah) cuba melepasi kawalan 5 Pemain


  
PEMAIN Terengganu, Ashaari Samsudin meraikan jaringan

 
 PEMAIN Negeri Sembilan, Hairuddin Omar meraikan gol jaringnannya bersama rakan-rakan


KETUA pasukan Negeri Sembilan, Muhammad Shukor Adan (kuning) dikawal ketat pemain pasukan Terengganu, Mohd Zubir Azmi (putih)


PASUKAN Negeri Sembilan berjaya menjuarai Piala Malaysia dengan mengatasi Terengganu 2-1

 Gambar sumber FB harian metro


 Juara Piala Malaysia = Negeri Sembilan
Naib Juara Piala Malaysia = Terengganu
Pemain Terbaik = Hairuddin Omar

Tahniah untuk pasukan Negeri Sembilan

Friday, October 28, 2011

Harimau Muda vs Laos percuma



SELEPAS teruk dikritik kerana menaikkan harga tiket final Piala Malaysia sehingga RM50, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cuba untuk ‘menyejukkan’ hati peminat bola sepak tanah air apabila membenarkan mereka masuk secara percuma menyaksikan perlawanan persahabatan skuad bawah 23 tahun negara menentang Laos di Stadium Shah Alam, Ahad ini, jam 4.45 petang.

Keputusan FAM itu pastinya akan disambut baik Ultras Malaya yang sebelum ini merungut kerana badan induk bola sepak tanah air itu mengenakan tiket RM20 bagi menyaksikan perlawanan skuad muda negara menentang Nepal dalam aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 15 Oktober lalu.


Ketika ditanya apakah alasan di sebalik sifat ‘bermurah hati’ FAM kali ini, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundaram berkata, pihaknya sentiasa cuba membantu meringankan beban penyokong tempatan jika mampu berbuat demikian.

“Jika boleh, kami bagi masuk percuma, kami akan bagi. FAM akan cuba memberi keutamaan kepada penyokong bola sepak Malaysia,” katanya. ketika dihubungi Arena Metro semalam.


Sementara itu jurulatih negara, Ong Kim Swee menyambut baik keputusan FAM yang membenarkan penyokong Malaysia masuk secara percuma untuk memberi sokongan kepada anak buahnya menentang skuad bawah 23 tahun Laos.

Tiket final laris di Negeri Sembilan



SEREMBAN - Bagaikan pisang goreng panas!
Begitulah senario penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di negeri ini selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menampung RM20 bagi setiap jualan tiket yang sebelum ini ditetapkan RM50.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati penyokong Hoben Jang Hoben berebut-rebut mendapatkan tiket perlawanan akhir antara Negeri Sembilan menentang Terengganu esok, apabila ia mula dijual pada harga RM30 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sejak pagi semalam.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selepas mengumumkan potongan harga itu, penjualan tiket amat laris dan menggalakkan.

"Untuk setengah hari ini (semalam) sahaja kita telah menjual hampir 20,000 keping tiket berbanding semalam (kelmarin) hanya 2,000 dijual.

"Sambutan hari ini amat berbeza berbanding hari pertama kita mula jual tiket ini pada harga RM50. Tiket amat laris dijual di stadium ini, termasuk yang diagihkan di daerah-daerah lain di negeri ini," katanya.

Dalam pada itu, penyokong Negeri Sembilan yang telah membeli tiket pada harga RM50 turut beratur di Wisma PBNS bagi mendapatkan pulangan wang masing-masing.

Seorang penyokong, Mohd. Razal Borhan, 32, gembira di atas potongan harga tiket final yang ditampung PBNS.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar di atas pengumuman ini. Ia melegakan kami yang merupakan golongan berpendapatan rendah," katanya.


************

Kami dari SUKAN KITA masih tidak puas hati dengan tindakan FAM yang terlalu ego dan penting kan duit poket sendiri. Apa jua alasan FAM kami tidak boleh terima dengan tindakan menjual tiket yang terlalu mahal

Sekian.

Thursday, October 27, 2011

PBNS beri diskaun RM20



SELEPAS Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan bertegas tidak akan mengubah harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dengan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) terpaksa mengorbankan sebahagian penjualan tiket itu dengan memberikan potongan RM20 kepada hanya RM30 saja mulai hari ini.

Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengumumkan potongan itu selepas mengadakan mesyuarat dengan pegawai PBNS di Seremban malam tadi, susulan bantahan pelbagai pihak terutama penyokong setia skuad itu yang mahukan PBNS campur tangan terhadap langkah FAM menaikkan harga tiket perlawanan akhir itu kepada RM50 berbanding hanya RM30, tahun lalu.


Menurutnya, pengurangan itu dibuat demi kepentingan peminat dan penyokong skuad Hoben Jang Hoben yang membantah keras kenaikan itu, bagi membolehkan mereka membanjiri stadium Shah Alam, Sabtu ini, untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan Negeri Sembilan.

“Kebiasaannya PBNS akan memperoleh kira-kira 35 peratus daripada hasil jualan tiket perlawanan akhir itu tapi dengan memberikan pengurangan sebanyak RM20 daripada harga sebenar tiket ini iaitu RM50, bermakna PBNS tidak akan memperoleh apa-apa keuntungan daripada penjualan tiket itu nanti.


“Tapi demi kepentingan peminat, PBNS terpaksa melakukan pengorbanan ini dan berharap ia akan membuahkan hasil dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia.


“Bagi mereka yang sudah membeli tiket pada harga RM50, boleh mendapatkan kembali wang sebanyak RM20 daripada kaunter tiket dengan menunjukkan bukti pembelian, bagaimanapun pengurangan itu hanya kepada mereka yang membeli tiket di Negeri Sembilan saja,” katanya.

Negeri Sembilan Terbayang Menjadi Juara



Pemain Negeri Sembilan giat berlatih di dalam hujan semalam, sebagai persediaan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Terengganu, Sabtu ini. -



SEREMBAN - Pemain tonggak Negeri Sembilan mula membayangkan untuk membawa Piala Malaysia pulang ke bumi adat pepatih, sekali gus mengulangi saat manis ketika bergelar juara 2009.

Pemain tidak mahu hampa seperti tahun lalu apabila pulang sebagai naib juara, sebaliknya bertekad untuk mempamerkan aksi terhebat bagi menjinakkan Terengganu pada final di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pemain versatil, S.Kunalan mahu memusnahkan cita-cita besar skuad Penyu yang mengidamkan kejuaraan berganda musim ini.

Namun, pemain sayap kebangsaan itu yang memiliki kelincahan mengakui bahawa memburu kemenangan ke atas pasukan pantai Timur itu bukan tugas mudah.

"Saya begitu teruja untuk aksi final tiga tahun berturut. Apabila sampai pada peringkat ini (final) tidak ada perkara yang difikirkan lagi, memberi komitmen yang tinggi serta tumpuan sepenuhnya pada perlawanan," katanya.

Bagi penyerang muda, Shahurain Abu Samah yang kerap mengukir nama sebagai penjaring dalam kempen Piala Malaysia musim ini, dia optimis dengan prestasi serta komitmen rakan sepasukan.

Katanya, pengalaman beraksi pada final dua kali bertemu pasukan hebat, Kelantan membuatkan dia lebih matang untuk menghadapi jiran bekas juara musim lalu.

Sepanjang kempen Piala Malaysia, Shahurain menjaringkan enam gol dengan purata satu gol setiap perlawanan.

"Saya telah bersedia untuk final kali ini dan memasang impian untuk menang. Tidak fikir untuk menjaringkan gol sebaliknya akan membantu rakan seperjuangan bagi catat kemenangan.

"Berdepan Terengganu satu tugas berat tetapi tetap yakin semua pemain Negeri Sembilan bersemangat dan siap sedia untuk bermain di hadapan ribuan penyokong di Shah Alam nanti.

"Tahun ini Negeri Sembilan belum mendapat sebarang gelaran atau piala, diharapkan piala keramat dapat mengembali semangat pemain," katanya.

Dalam pada itu, Hairuddin Omar yang dikenali Hai-O berkata, empat pemain lawan iaitu Joseph Kalang, Manaf Mamat, Abd. Hadi Yahya dan Ashaari Shamsudian akan diberi perhatian kerana mereka merupakan pemain yang berbahaya dalam melancarkan serangan.

Katanya, perlawanan final mempunyai aura yang tersendiri, perlawanan yang berbeza dengan perlawan biasa di mana kedua-dua pasukan mempunyai matlamat yang satu iaitu mahu menjadi juara.

-utusan

Wisma FAM dilempar cat merah





PETALING JAYA - Taktik 'amaran ala 'ah long' terhadap peminjam' atau vandalisme dengan membaling cat menimpa Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, awal pagi semalam.

Ia dipercayai ada kaitannya dengan kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini.

Lima bungkus plastik mengandungi cat merah dilempar oleh empat lelaki bermotosikal dari luar kawasan wisma itu kira-kira pukul 3.30 pagi sehingga pecah dan melimpahkan isinya, lalu mengotori lantai pintu depan wisma, serta memercik dan bertompok pada dinding tingkat satu serta bumbung.

Sebahagian cat turut mengenai kereta salah seorang daripada dua pengawal keselamatan yang bertugas dari malam tadi hingga awal pagi ini, yang diletakkan berdekatan pagar wisma dan jalan raya hadapannya. namun sebuah bas Pioneer berwarna kuning milik FAM tidak jauh dari situ, tidak diapa-apakan.

Seorang pengawal keselamatan yang ditemui di Wisma FAM semalam berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh rakan setugasnya yang juga pemilik kereta berkenaan bahawa keempat-empat lelaki tersebut melarikan diri sejurus selepas melontar cat.

Dia yang enggan dikenali berkata: "Ketika kejadian, pengawal tersebut duduk di meja berdekatan lantai yang dikotori lemparan cat itu. Dua beg plastik berisi cat itu tersangkut pada bumbung plastik dan tiga lagi bertaburan di lantai. Ia bagaimanapun dibersihkan beberapa minit kemudian.

"Disebabkan gelap, wajah empat lelaki itu sukar dikenali sementara nombor plat motosikal mereka juga tidak sempat diambil pengawal keselamatan, lagipun mereka dengan cepat melarikan diri menaiki motosikal selepas melakukannya," katanya.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, seorang pegawai FAM yang singgah di Wisma FAM pada sebelah pagi semalam berkata, tidak tahu-menahu mengenai kejadian tersebut, juga dengan seorang kakitangan yang bertugas pada cuti am Deepavali bagi menyiapkan butiran mesyuarat pengurus pasukan perlawanan akhir itu.

Tuesday, October 25, 2011

Kim Swee PENING.!!



SEKEMBALI ke tanah air selepas mengharungi kejohanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) di Hanoi, semalam, jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee kini ‘sakit kepala’ memikirkan barisan pemain yang akan dibawa ke Sukan Sea Indonesia, bulan depan.

Selepas menguji muka-muka baru dan pemain pilihan ketiga pada kejohanan itu, Kim Swee sedar beliau terpaksa membuat penilaian terbaik dalam pemilihan pemain kerana saingan merebut tempat dalam skuad seramai 20 pemain ke Sukan Sea bertambah sengit.


Menurutnya, meskipun tanpa 10 tonggak utama di Hanoi, pemain-pemain yang jarang diberi peluang sebelum ini berjaya menarik perhatiannya apabila mengikat skuad utama Sukan Sea Vietnam 1-1, menang 2-1 ke atas Myanmar dan kalah 1-3 di tangan pasukan juara, Uzbekistan.

“Saya menurunkan pemain pertahanan berusia 19 tahun iaitu Mohd Amer Saidin, Syazwan Tajuddin dan Mohd Fandi Othman semalam (kelmarin) dan mereka berjaya beraksi dengan baik biarpun berdepan Vietnam yang membariskan pemain utama mereka dan mendapat sokongan penyokong tempatan.


“Bagi skuad Sukan Sea nanti, saya hanya boleh membawa 20 pemain saja dan pemain-pemain lama dalam skuad Olimpik dan juga skuad yang saya ada sekarang perlu berusaha lebih keras untuk merebut tempat,” katanya yang tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur semalam.


Kim Swee memberi rehat dua hari sebelum 27 pemain dalam senarai baru yang dikeluarkan semalam kembali menjalani latihan pusat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Khamis ini.


Turut kembali memperkuatkan skuad negara adalah trio kelab Liga Satu Slovakia, ViOn Zlate Moravce iaitu Mohd Fadhli Shas, Mohd Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Noor yang pulang ke ibu negara malam semalam selepas mendapat pelepasan kelab.


“Selepas ini saya akan dapat mengumpul semua pemain dan menguji mereka dalam perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ke Indonesia. Saya bercadang untuk mengadakan perlawanan dengan skuad bawah 23 tahun Laos namun setakat ini masih belum ada jawapan,” kata Kim Swee.

**********

Bagaimana pandangan anda..??

Shukor tidak rela kempunan lagi



SEREMBAN – Kapten pasukan Negeri Sembilan, Muhamad Shukor Adan tidak mahu kempunan lagi, sebaliknya menanam tekad untuk membawa semula piala berprestij itu ke negeri beradat, kata kapten pasukan, Muhamad Shukor Adan.

Kata Shukor, selepas tiga kali berturut-turut bermain di pentas akhir Piala Malaysia, sudah pastinya mereka lebih senang digelar pasukan underdog untuk bertemu Terengganu pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada 29 Oktober ini.

‘‘Alhamdulillah berjaya ke perlawanan akhir tiga kali berturut dan ia bukan perkara yang mudah tetapi kita sudah melakukan yang terbaik. Apabila berpeluang ke aksi akhir sudah tentu kita mahu membawa pulang piala keramat ini ke negeri beradat ini.

‘‘Pada masa yang sama kita juga melihat Terengganu adalah pasukan yang sempurna, perjalanan pasukan ini juga konsisten ketika berdepan pelbagai cabaran dan mereka akhirnya ke pentas akhir.

‘‘Inilah saat yang diidamkan oleh mana-mana pasukan serta memiliki piala berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Jelas Shukor, Negeri Sembilan dengan Terengganu dilihat memiliki keseimbangan yang sama biarpun lawan nampak garang apabila berjaya membenam Selangor dan Kelantan.

Sebagai kapten pasukan, Shukor juga mahu semua pemain memberi perhatian seratus peratus dan komitmen penuh dalam mengekalkan prestasi.

‘‘Hampir kesemua pemain sudah mempunyai pengalaman bermain di pentas final, mereka juga sudah siap sedia dari segi mental dan fizikal. Kita bermain sebagai satu pasukan dan mahu mengulangi kenangan manis seperti tahun 2009,” katanya.
-UTUSAN

Friday, October 21, 2011

Pemain negara uji Nike T90 Laser IV



PETALING JAYA - Dua penyerang skuad negara, bakal diberi peluang keemasan untuk menggunakan but baru bola sepak Nike T90 Laser IV yang dicipta berdasarkan maklum balas penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney.

Tanpa mendedahkan nama pemain tersebut, Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Joan Yeoh berkata, mereka akan diberi masa untuk menyesuaikan diri dan mencari keserasian prestasi dengan but yang 20 peratus lebih ringan daripada edisi terdahulu Nike T90 Laser III.

Antara nama besar bola sepak tempatan yang bakal menjadi sasaran Nike ialah pemain Pelita Jaya Indonesia yang turut sempat berlatih di Cardiff City, Safee Sali serta gandingannya dalam skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha.

"Sebaik sahaja mereka bersetuju memakainya dan menemui keserasiannya, kami akan dedahkan identiti mereka," katanya pada majlis pengenalan but yang dicipta khusus bagi penyerang dan telah diuji di padang sejak 17 September serta dijual dengan harga RM729.

Hampir 50 wakil media massa diberi peluang menguji pakai but berkenaan yang setakat ini cuma didatangkan dalam satu warna, hitam-putih dan oren selain mengambil bahagian dalam pertandingan 'Cabaran Rembatan Wayne Rooney', semalam.

Thursday, October 20, 2011

Video Uzbekistan vs Malaysia (19/10/11)





Piala Kejohanan Jemputan Antarabangsa Piala VFF Hanoi, di Vietnam


KEPUTUSAN PENUH

U23 Uzbekistan 3-1 U23 Malaysia





Team Pld W D L GF GA GD Pts
1. Vietnam Vietnam U-23 1 1 0 0 5 0 +5 3
2. Uzbekistan Uzbekistan U-23 1 1 0 0 3 1 +2 3
3. Malaysia Malaysia U-23 1 0 0 1 1 3 -2 0
4. Myanmar Myanmar U-23 1 0 0 1 0 5 -5 0

Thursday, October 13, 2011

Harimau Muda Uji Nepal



KUALA LUMPUR - Skuad Bawah 23 tahun negara yang akan membawa cabaran Malaysia di Sukan SEA Indonesia bulan depan akan menguji skuad kebangsaan Nepal di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Sabtu ini.

Tiket berharga RM20 menyaksikan perlawanan tersebut akan mula dijual mulai 3 petang pada hari perlawanan di kaunter tiket stadium.

Nepal kini berada di tangga 135 dunia, 12 anak tangga mengatasi skuad kebangsaan.

Meskipun pencapaian Nepal tidak sehebat mana, pasukan itu pada Julai lalu berjaya mengikat Jordan 1-1 dalam satu perlawanan persahabatan di Kathmandu.

Skuad Sukan SEA yang dibimbing oleh Ong Kim Swee akan membuka cabaran pada 3 November ini di Jakarta.
~utusan

**********

Kami dari Sukan Kita mengharapkan skuad Harimau Muda mampu mempertahankan pingat Emas yang kita pegang


Wednesday, October 12, 2011

Safee Sali Kapten Pelita Jaya



Safee Sali telah diumumkan sebagai Kapten Pasukan bagi Pelita Jaya untuk musim liga  Indonesia Super League 2011/2012. Satu penghargaan besar serta sejarah buat Safee dan peminat bola sepak Malaysia. Pertama kali anak Malaysia dilantik ketua pasukan professional luar negara.


Fakta ini disahkan oleh pengurus Safee Sali di status Facebooknya


"Baru sebentar, Safee Sali diumumkan sbg Kapten Pasukan bagi Pelita Jaya utk musim liga ISL 20111/2012. Satu penghargaan besar buat Safee dan peminat bolasepak Malaysia. Pertama kali anak Msia dilantik ketua pasukan professional luar negara. Safee dlm ucapannya lepas diumumkan tadi berjanji utk memikul tanggungjawab yg besar ini dgn baik dan mohon kerjasama semua utknya jalankan tugas dgn baik. - Zack Rahim (Pengurus safee sali), Jakarta"


Safee dalam ucapannya lepas diumumkan berjanji utk memikul tanggungjawab yang besar ini dgn baik dan mohon kerjasama semua untuknya jalankan tugas dgn baik.

Tetapi ada kemungkinann juga pihak pengurusan sengaja "menciptakan" sejarah ini bagi mengikat secara tidak langsung untuk terus menabur bakti pada Pelita Jaya dari berpindah ke kelab lain, sekurang-kurangnya hingga ke akhir musim liga bola sepak di Indonesia.

Monday, October 10, 2011

Free Kick Safiq Rahim Masih Berbisa

Ramai pertikaikan mengapa K.Rajagobal menyingkirkan Safiq Rahim pada perlawanan persabatan antara Malaysia dan Australia tempoh hari.

Malam tadi Safiq Rahim telah membuktikan kepada kita semua termasuk K.Rajagobal mengapa dia patut terpilih dan kembali semula untuk skuad Harimau Malaya.

Kami dari Sukan Kita juga bersetuju jika Safiq Rahim kembali dalam skuad Harimau Malaya. Fakta ini kukuh dengan jaringan yang cantik di lakukan beliau malam tadi membantu skuad Selangor menewaskan pasukan Perak dengan jaringan 3-1

Gol jaringan SAFIQ RAHIM

Debaran Piala Malaysia



KEMPEN Piala Malaysia 2011 memasuki fasa kedua apabila lapan pasukan terbaik musim ini akan berentap pada perlawanan suku akhir pertama malam ini.

Sudah pasti, kesemua pasukan akan memburu kemenangan bagi mencari bekalan gol yang selesa sebelum meneruskan saingan pada aksi kedua, Jumaat ini.

Selepas berehat selama 12 hari tanpa sebarang perlawanan kompetitif bagi memberikan laluan kepada aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan pada Jumaat lalu, saingan bagi merebut piala berprestij itu kembali menemui peminat bola sepak tempatan.

Pertemuan yang dijangka menjadi tumpuan adalah antara dua juara musim ini dan musuh tradisi iaitu Kelantan (Liga Super) dan Terengganu (Piala FA) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Begitupun, aksi di Stadium Shah Alam juga dijangka ‘hangat’ selepas Perak menyuarakan keyakinan untuk mengejutkan Selangor yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.

Negeri Sembilan pula tidak memandang rendah keupayaan Felda United apabila berkunjung ke gelanggang lawan di Stadium MBPJ, Selangor manakala wakil tunggal Borneo, Sabah memikul tugas besar dalam misi memburu satu slot ke separuh akhir apabila bertemu T-Team di Stadium Likas.

Friday, October 7, 2011

Gambar Pemain Malaysia tiba di Australia


Petang ini pasukan negara kita akan menentang pasukan berkelas A iaitu Australia. Ia ibarat langit dan bumi. Begitu perbezaan antara pasukan bola sepak kebangsaan dan Australia, namun tidak mustahil anak didik K.Rajagopal mampu membuat kejutan pada petang ini




Hari ini, gawang kebangsaan seperti biasa dijangka dikawal hebat oleh Khairul Fahmi Che Mat yang pastinya menjadi individu paling sibuk bagi menghalang se rangan bertali-arus Australia seperti mana yang pernah dilakukan jentera serangan Jepun pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu baru-baru ini.

Apek


Kami dari SUKAN KITA mendoakan kejayaan pada petang ini, walau apapun juga keputusan petang ini kami harap semua peminat tanah air tetap memberikan sokongan pada pasukan HARIMAU MALAYA


*************

Sejarah Pertemuan Malaysia vs Australia klik SINI <-------


Senarai Skuad Malaysia klik SINI

Senarai Skuad Australia klik SINI  



Thursday, October 6, 2011

Safee Sali dan Mat Yo Nekad Gempur

 
 Safee Sali

KUALA LUMPUR - Setelah sekian lama tidak bersama, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha akan kembali digandingkan pada aksi persahabatan menentang Australia di Stadium Canberra, esok.

Dua penyerang itu yang menjadi nadi kejayaan negara pada Piala Suzuki AFF tahun lalu dijangka diturunkan bagi menembusi pertahanan pertahanan Australia yang diterajui bekas pemain Blackburn dan West Ham, Lucas Neill.

Safee berkata, dia gembira kerana kembali dapat beraksi dengan Norshahrul setelah terlepas dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 ekoran masalah kecederaan ketika berdepan Singapura, Julai lalu.

“Saya memang serasi dengan Mat Yo (Norshahrul). Walaupun tempoh latihan untuk berdepan Australia agak singkat, saya tiada masalah bergandingan dengan Mat Yo kerana sudah masak dengan corak permainan masing-masing.


“Saya yakin kami mampu mencipta jaringan apabila bertemu Australia nanti, ” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, baru-baru ini.

Safee mengakui bukan mudah untuk melakar kejutan ke atas Australia namun berazam mahu menggunakan pengalaman ‘berguru’ di Cardiff City bagi membantu skuad Harimau Malaya.

“Perlawanan dengan Australia memang kena pada masanya. Selepas pulang dari Cardiff, sudah tentu saya bersemangat mahu membuktikan sesuatu.

“Saya juga mahu ambil kesempatan ini mahu memikat mana-mana jurulatih di Liga Australia, mana tahu ada rezeki saya boleh bermain di sana, ” ujarnya.

Norshahrul pula melahirkan sedikit kerisauan mengenai persefahaman dengan pemain baru yang disifatkan masih belum berada pada tahap memuaskan biarpun mengakui tiada sebarang masalah beraksi bersama Safee.

“Tempoh latihan sebelum ke Australia agak singkat, beberapa pemain baru terutama pada bahagian tengah masih belum agak serasi dengan saya.

“Mungkin selepas beberapa perlawanan persahabatan, mereka (pemain baru) boleh mengikut rentak pemain-pemain lain.

“Namun dengan kehadiran Safee, saya cukup bersemangat dan yakin untuk memburu gol ketika bertemu Australia, ” katanya. -UTUSAN


Norshahrul Idlan Talaha (mat yo)

Wednesday, October 5, 2011

Sejarah Pertemuan Malaysia vs Australia



07/12/1965 : Malaysia 0-1 Australia,Di Ipoh(Persahabatan)


08/12/1965 : Malaysia 0-3 Australia Di Ipoh (Persahabatan)


12/11/1967 : Malaysia 0-1 (aet) Australia Di Saigon(Persahabatan)


26/11/1967 : Malaysia 0-4 Australia Di Kuala Lumpur(Persahabatan)


15/10/1982 : Malaysia 0-5 Australia Di Singapore(Merlion Cup)


11/08/1992 : Australia 0-1 MALAYSIA,gol jaringan
P. Ravindran (70') Di Jakarta(Piala Kemerdekaan)



***********************************


7/10/2011

AUSTRALIA VS MALAYSIA Di Australia......???????????


Kita Nantikan Keputusannya Jumaat INI




Senarai Skuad Malaysia klik SINI

Senarai Skuad Australia klik SINI 


Sekian..



Tuesday, October 4, 2011

Cahill dan Schwarzer tersisih lawan Harimau Malaya

Tim Cahill

SKUAD Harimau Malaya boleh menarik nafas lega apabila jurulatih Australia, Holger Osieck tidak dapat menggunakan khidmat tonggak utama, penjaga gol Mark Schwarzer dan pemain tengah, Tim Cahill yang mengalami kecederaan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa di Canberra, Jumaat ini.

Berdasarkan laporan yang disiarkan dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Australia, Osieck terpaksa menggugurkan Schwarzer kerana mengalami kecederaan belakang sejak dua minggu lalu ketika beraksi bersama kelabnya, Fulham dan masih dirasai ketika sesi memanaskan badan sebelum perlawanan menentang Queens Park Rangers Sabtu lalu.


Bintang Everton, Cahill pula tidak dapat bersama skuad Socceroos kerana kecederaan kakinya kembali berulang ketika beraksi menentang Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Sebagai pengganti Schwarzer, jurulatih Australia itu membawa masuk penjaga gol dari kelab Denmark, SonderjyskE, Nathan Coe untuk mengikuti latihan pusat di Sydney bermula hari ini. Osieck sebelum ini berkata, pertemuan dengan Malaysia yang dikendalikan Datuk K Rajagobal penting buatnya sebagai persediaan sebelum berdepan Oman pada 11 Oktober ini bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014.


“Saya mahu menilai kemampuan beberapa pemain lain dalam perlawanan menentang Malaysia. Perlawanan ini penting untuk saya kerana dalam perlawanan menentang Thailand dan Arab Saudi sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk menurunkan mereka.


“Saya boleh menukar sehingga enam pemain dalam perlawanan itu nanti dan saya akan mencuba beberapa taktik. Ia perlawanan penting dan kami mesti menang,” kata Osieck.

Ini adalah pertemuan ketujuh Harimau Malaya dan Socceroos selepas kali terakhir mereka berentap di Jakarta pada 1992.
-metro

Senarai Skuad Malaysia vs Australia




1. Apek
2. Mahalli Jasuli
3. Mohd Farisham
4. Asraruddin Putra
5. Norhafiz Zamani
6. Joseph Kalang
7. Mat Yo
8. Safee Sali
9. Zubir Mohd Azmi
10. Amar Rohidan
11. Khyril Muhymeen
12. Gurusamy
13. Kunalan
14. Wan Zaharul Nizam
15. K. Reuben
16. Faizal Muhammad
17. Izzaq Faris
18. Yong Kuong Yong
19. Farizal Marlias
20. Baddrol Bakhtiar
21. Muslim Ahmad
22. ShahrizalSaad

Cari la siapa pemain yang k rajagopal gugurkan...,


Skuad Kebangsaan Malaysia yang menduduki ranking 147 akan berhadapan Australia di ranking 19.Dengan ini FAM telah berjaya pada tahun ini ingin mengadakan pertemuan pasukan berkelas A.

Petemuan skuad kebangsaan dengan Australia di Canberra, Jumaat ini pastinya menggamit semula kenangan manis ketua jurulatih Datuk K Rajagobal yang pernah merasai detik kemenangan ke atas skuad Socceroos itu pada 1992.

Ketika itu, Rajagobal menjadi penolong jurulatih kepada Ken Worden membimbing skuad negara menewaskan Australia 1-0 pada perlawanan akhir Kejohanan Ulang Tahun Jakarta. Namun memori indah itu sudah hampir 20 tahun berlalu dan Rajagobal mengingatkan supaya semua pihak menerima realiti betapa Australia kini sudah berada di kelas tersendiri.

Kenyataan dijawab oleh Datuk K Rajagopal selepas tamat perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan dengan skuad bawah 23 tahun negara yg nyata memihak kepada skuad kebangsaan dengan kemenangan 3-0 hasil jaringan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-36, Baddrol Bakhtiar (m-47) dan Shahrizal Mohd Saad (m-88).







Monday, October 3, 2011

Senarai Pemain Bola Sepak Malaysia Di Luar Negara



Pemain-pemain malaysia yg beraksia luar negara :



Titus James Palani, FC Villenoy(dulu)

Tadashi Takeda, Fagiano Okayama FC

Brendan Gan, Sydney FC

Wan Kuzain, SIFC/Force Soccer Club

Jix Loong, Canning City Soccer Club

Shaun Maloney, Celtic FC(Telah mewakili Scotland)

Mohd. Naim Ahmad, Birmingham Football Academy

Stanley Bernard Stephen Samuel, Sporting Clube de Goa(Sekarang Pemain Sabah)

Safee Sali , pelita jaya(indonesia)